Thursday 11 August 2011

Puasa Di Lebuhraya

Dekat setahun jugak lah kerja2 upgrading jalan ayerhitam-bp tu tergendala. Aritu kemain rancak lagi dia memasang median dan membuat u-turn. Tapi, tak sempat siap lagi, median tu dah pecah. Ada 2 sebab. Satu, dia main tepek je batu/semen tu kat tengah2 jalan, so tak kukuh (bukan patutnya kena korek dulu ke?). Bila hujan lebat, benda tu pun pecah. Dah, air tak tau nak lalu mana. Dua, benda tu dipecahkan dek penduduk tempatan yang tak mahu u-turn jejauh sebaliknya lebih sanggup menyabung nyawa melintas kat depan rumah sendiri.

Entah, kerana berputus asa dengan situasi itu, atau pun masalah dalaman syarikat itu sendiri, tetiba aku terperasan yang takde perubahan pun berlaku dari sehari ke sehari. Terbengkalai lagi lah tu. Dengan u-turn yang separuh siap dan agak membahayakan. Dengan median yang dah lompong2 dan membahayakan jugak. Dengan penghadang plastik merah putih dan batu hitam kuning yang bersimpang siur di tengah jalan dan amat membahayakan. Alamatnya sejarah lama berulang kembali lah tu. Pernah sekali aku terjumpa eksiden kete terlanggar batu median tu. Kiranya dia langgar kat permulaan batu tu lah. Derang tak pasang signboard yang bintik2 tu lagi time tu. Selepas tu baru aku tengaok ada signboard tuh.

Dulu, sebelum projek median+u-turn ni, projek hiway ni pun kemain lama tergendala. Dari aku masuk diploma, sampai dah abis degree pun tak siap2. Bila dah siap, masalah best sangat jalan tu menyebabkan orang memandu laju dan banyak berlaku kemalangan. Timbul pulak projek median+u-turn ni untuk menyelamatkan keadaan. Ni pun entah dah berapa kali tukar kontraktor tah, tak siap2 jugak.

Tapi, beberapa hari yang lepas, dah bermula semula kerja2 ini. U-turn depan mekdi pun dah dilencongkan ke tengah pulak. Sebelum ni lencong ke tepi, macam dia nak buat u-turn dulu, baru besarkan tepi jalan. Yang ni dia guna strategi besarkan tepi jalan dulu baru siapkan u-turn kot. Hehehe mandai aku je. Dan pagi tadi baru aku nampak signboard2 sila perlahan, 50km/j dll. Aku tengah tunggu signboard 'harap bersabar. kesulitan ini demi kesenangan pada masa hadapan'. Belum pacak lagi.

Dulu jugak, aku lah antara orang yang mengalami kesulitan semasa penambahbaikan jalan dungun-kerteh-kemaman. Masa baca signboard tu, terpikir, entah ya entah tidak aku dapat merasa kesenangan tu. Tapi bila sekarang selalu lah jugak aku lalau jalan tu, ermmm ini lah jalan yang sulit dulu. Dapat jugak aku merasa kesenangan yang dijanjikan dulu. Hiks. Tah apa2 yang aku pikir ni.

Ok, nak cerita tu je. Kerja2 dah disambung semula. Sila gembira berhari raya walau pun jalan tak elok.

p/s tau, tajuk tak sesuai dengan isi hihi.


0 komen: