Friday 26 August 2011

Pasifik Pon Memberi Kerjasama

Sabtu lepas aku meneruskan misi soping raya yang tergendala minggu lepasnya. Kali ni pegi pasifik pulak. Nak cari baju encik hairul je. Baju raya aku kan dah ada 12 pasang hehehe. Bila aku pusing2 area baju lelaki tu, eh, pasifik ni tau ke tema raya aku eh? Memang banyak baju kaler biji kundang yang ditonjolkan. Kira baju yang dipakai mannequin dan duduk depan2 tu baju kaler tu lah. Tapi, takkan lah aku nak beli semua baju kaler tu pulak kan. Baju aku pun selai je kaler tu. Selain tu macam2 kaler ada. Hijau, ceklat, kuning, pepel, biru, kelabu dan sebagainya (sebagainya lagi!). Tapi memang banyak pilihan baju kaler tersebut. I like!

Tapi tetaplah lama ok nak memilih. Bab2 baju ni memang beliau cerewetbercitarasa unik. Sibbaik citarasa dia tu menepati citarasa aku jugak. Cuma citarasa aku je lah yang tak berapa menepati citarasa dia. Maksudnya, yang aku pilih tak semestinya dia suka, tetapi yang dia pilih biasanya aku suka.

Tahun ini jugak aku lebih lenient (gini ke ejaannya?). Selama ni aku melarang keras beliau membeli t-shirt dari fabrik guni. Aku akan pastikan t-shirt dia mesti selain fabrik tu. Tapi biasnaya yang cantik2 memang pakai fabrik tu pun. Mencik! Jadi, terpaksa lah aku merelakan beliau berbaju guni.

Owh, tiba2 aku kesian kat summiit. Dulu aku sangat suka soping kat situ. Banyak pilihan kedai kasut. Fastfood pun cukup (k, p dan m). Thest0re nya pun best. Tapi sejak thest0re tu dah pindah ke bangunan fajar tu, orang pun dah tak ramai kat summiit tu. Aritu aku pergi sebelum puasa, parking pun dah free. Sebelum tu selepas pukul 6pm je free. Ni memang dah terdesak nak ajak orang datang lah ni.

TAPI??? Minggu lepas aku ternampak banner besar. Uda0cean akan dibuka di summiit. Yeay! (macam la summiit tu shopping complex bapak aku huhu). Mungkin kah summiit akan kembali meriah? Lagi pun hotel sebelah dia tu pun dah siap. Kalau hotel tu dah bukak, mungkin lah summiit akan kembali bernyawa. Kot.

Sekarang ni kami lebih kerap pegi ke square0ne. Dah, balik2 thest0re pasifik dan milim3wa je kat bp ni. Kalau pegi paksen tu, dapat lah tengok benda yang lain sket. Pasni dah ada u0, harus lah kad aku pun akan bertambah lagi. U0 ada kad jugak ke?

0 komen: