Friday 12 August 2011

Lagu Tak Nostalgia Yang Tiba2 Sedap : Istana Pasir Alleycats

Masa kecik2 time lagu ni release, aku tak pernah dengar. Baru setahun dua ni je dengar. Tiap kali dengar mesti dalam kete. Dan aku bercita2 nak taruk dalam blog. Tiap kali juga aku terlupa. Hari ni dengar lagi lagu ni dalam kete. Dan aku save betul2 cita2 tu. Akhirnya. Cuba hayati liriknya. Sweet jek.



Istana Pasir

Di tepian pantai yang indah permai
Kanak-kanak membina istana pasir
Dan disaksikan oleh sepasang insan
Sedang dalam percintaan

Riang sungguh hati mereka berdua
Kerana istana akan mereka bina
Hanya menunggu saat-saat bahagia
Jelas terbayang di mata

Sedang mereka terpesona
Melihat kanak-kanak gembira
Hujan pun turun tiba-tiba
Musnahlah oh istana

Tergugatlah perasaan mereka
Kerana takut akan terjadi
Pada istana yang bakal dibina
Pada istana yang bakal dibina

Hiduplah semula semangat di hati
Melihat kanak-kanak sambung kembali
Begitu megah hati sepasang insan
Melihat ketabahan ini





0 komen: