Monday 8 August 2011

Johan Qariah Antarabangsa 2011

Bangga, kan? Kalau kiter ada kena mengena dengan orang terkenal? Takyah ada kena mengena lah. Jumpa kat tengah jalan pun dah bangga. Macam nak bagitau semorang yang kiter jumpa orang tu. Contoh macam zaman mawii dulu. Bangga giler mengaku 'saya orang johor'. Lagi bangga kalau saya orang kulai. Takyah orang kulai, saya orang kota (yang sebelah daerah kulai) tu pun dah bangga dah. Tapi sekarang? Sikit pun tak heran. Eh, tapi ekin dah ngandung lagi katanya ek (bukan ambik tau, terbaca paper, *tak ngaku masih concern hihi). Eh, cakap pasal mawii, ingat tak, masa hari raya tahun 2005, semua orang cakap pasal dia time raya, kan? Kira taraf citer kehilangan jutawan kosmetik tu lah kalau tahun lepas. Ok cukup cukup.

Hari ni aku bukan nak cerita yang aku sepupu tiz zakiah atau pun bekas kawan sekelas aaron aziz (wtfunny?). Tapi berkenaan johan qariah kiter tahun ni. Bukan ada kena mengena dengan aku pun, tapi ada kena mengena dengan mil. Secara otomatik mengena gak la ngan aku kan. Nakkk jugak. Tapi bukan la sedara ok.

Semasa qariah malaysia membuat bacaan pada 19hb julai, pagi2 lagi mil dah pergi ke kota untuk menaiki bas yang disediakan untuk mengikuti rombongan ke pwtc. Beriya betul, kan? memberi sokongan. Siapa qariah itu? Ada pun hajah suraya itu ialah cikgu mengaji mil. Alaaa yang aku citer mil selalu gi mengaji kat kota setiap hari sabtu dulu tu. Tapi sekarang dah tukar hari rabu. Tapi jugak, dulu cikgu nya lain. Baru ni je lah hajah suraya ni mengajar derang. Asalnya, dia pun belajar jugak sama2 ngan cikgu yang sebelum tu. Gitu. Malam tu kami pun sibuk la tengok tivi. Bukan nak tengok orang ngaji, tapi nak cari mil dalam tivi hahaha. Eh, tapi dengar lah jugak orang mengaji. Memang sedap bacaan qariah kiter tu. Lemak2 gitu suara dia. Hehehe ada kena mengena tak?

Dan, pada hari ahad minggu lepas2 (sehari sebelum puasa tu), hajah suraya ni dijemput ke program nasilemakkopio. Itu pun mil yang ingatkan kitorang suh tengok sebab mil nak gi gotong royong. Maka kami pun tengok la. Admire la aku kat dia. Lemah lembut je. Sempat beliau mengucapkan terima kasih kepada pelajar2 mengaji beliau di kota tinggi yang memberi sokongan dan galakan. Mil la antaranya tu kan hehe.

Dari program itu juga, baru lah aku tau bahawa, semasa tilawah peringkat antarabangsa ini, surah yang akan dibaca diberi pada pukul 10 pagi hari tersebut. Laaa mati2 aku ingat selama ni derang dah berlatih berbulan2 kat rumah. Macam aku nak masuk musabaqah tak jadi dulu. Tu pun nasib baik diberi pukul 10 pagi. Kalau pertandingan peringkat kebangsaan derang kasi pukul 3 petang tau. Fuh! Dan menurut kata qari tu pulak, dia beruntung kerana membaca pada hari2 terakhir. Dapat lah dia perbaiki mana2 kesilapan orang lain.

Katanya lagi, menurut pemerhatian dia, mereka2 yang tidak berjaya biasanya dipotong markah tang tarannum. Tarik di tempat yang tak sesuai. Katanya kiter kena tahu terjemahan untuk tahu di mana nak tinggi kan dan di mana nak rendahkan bacaan. Gitu. Itu je lah yang aku faham hehe.

So, itu lah kisah kaitan aku dan johan qariah tahun ini. Terima kasih.


2 komen:

Luna said...

eh ko pun penah nak masuk musabaqah tak jadi ek...aku pun penah masa sekolah rendah..tp aku malas nk masuk,aku pun wat2 baca x sedap masa sesi pemilihan..hahaha.(konon bajet suara sbnrnya sedap la ni..)

AyunasiA said...

tengok! tak baca la tu. aku pernah citer lam blog ni aritu. aku tak sempat sesi pemilihan dah kena reject. sedih.