Tuesday 23 August 2011

Ehehem Saya Buat Kuih Raya Lagi Tahun Ini


Tahun lepas ada cuti merdeka, sempat lah aku membuat kuih raya di pagi merdeka itu. Ini tahun, harapkan weekend je lah kalau ada pun. Weekend pula adalah hari untuk berjalan2 (sabtu) dan hari isteriberehat (ahad). Tak masuk lagi hari mengemas rumah dan hari menggosok baju.

Dipendekkan cerita, aku telah membuat kuih raya pada hari sabtu lepas. Pagi aku buat biskut sarang semut, malamnya pula biskut dahlia. Takde idea nak bebel. Biarlah gambar bicara sendiri. Akan ku beri step by stepnya supaya senang aku nak buat lagi tahun depan.

Amik seketul butter saiz kecik. Takyah timbang2. Masa sahur tadi dah kuarkan dari peti.

Kendian masukkan 100gm gula kastor. Nak bagitau, benda2 timbang menimbang ni aku buat sebelah malam tau. Pagi tu tinggal campak je.

Kendian putar lah ia sampai kembang.

See! Dah kembang semangkok.

Ok, ada step yang aku skip sebab tak cukup tangan. Tangan kanan pegang tapis (ayak), tangan kiri pula menguli. Iaitu masukkan 350gm tepung gandum + 100gm tepung jagung. Dah uli2, jadilah cenggini.

Eh, lupa lah! Sebelum masuk tepung tu masukkan sebiji kuning telur ngan satu sudu teh esen vanila dulu. Pukul sikit2 je pastu.

Pastu, amik pemarut nih.

Kepal2kan doh itu dan parutkan ia dengan pemarut halus. Selama ni aku wonder, cemana lah derang hancurkan kuih ni. Parut rupanya.

Parut ah sampai habis. Bosan seh...

Ok, dah siap parut.

Kendian susun cawan kertas dalam dulang.

Ya, cawan kertas perlulah mengikut tema rumah. Kiut kan?

Pastu sudukan lah parutan tadi ke dalam cawan itu.

Dan taburkan coklet rice dan gula urai yang berwarna warni.


Dan masukkan dalam oven pada suhu 180 degree celsius.

Kiter bako jer dia sampai masak kekuning-kuningan.

Tada! Dah siap sudah.

Kuih dahlia pulak, tak sempat nak ambik gambo step by step sebab dah ngantuk. Buat dah pukul 10. Tiba2 dah jadi bunga dahlia.

Jangan tertipu dengan rupanya yang macam cantik. Susah ok mula2 tu. Tapi orang kampung aku kata, prektis makes perfek. Boleh la...

Kiter bako jer jugak.

Dah siap pun biskut dahlia ku. Perasan tak, aku tak taruk ceri/jeli kat atas dia? Saje je aku taruk manik mata udang tu sebab rasa nostalgia. Ok, takyah citer apa yang nostalgia tu.

4 komen:

Irfa said...

pesal la byk blog duk post buat kueh raya ni?adeh..jeles gue

AyunasiA said...

itu maknanya kiter DILARANG membeli kuih raya hehehe

Irfa said...

hajat nak buat kueh tapi takde oven :-( so postpone lain tahun

Anonymous said...

assalamualaikum.. nak tanye..boleh tak tunjuk acuan yang digunakan utk buat kuih dahlia tu jenis yang camana.. time kasih