Monday 22 August 2011

Dua Dulu


Seperti yang dijanjikan, aku dah mengambil gambar perkara yang aku kepochikan ari jumaat tu ari. Takde lah mende sangat.

Yang pertama mengenai tanah sekangkang kera di depan rumah ku itu. Sebelum ni ia adalah semak. Memang majlis mesin setiap bulan, tapi dia tak mesin tang celah2 pasu tu. Keje aku lah tu memotong rumput2 tuh. Nyampah giler aku. Jadi, sebelum aku betul2 giler, maka terjadi lah projek ini.

Semak! Semak! Semak!


Selepas dikorek. Berbulan2 baru siap ni tau. Banyak batu kat sini.

Ya, ada kekangan pili bomba di situ. Tapi aku think positive dengan membayangkan pili tu macam arca yang penuh seni huhuhu.



Beli pasir dan batu. Ok, paving stone. Bukan pebel huhuhu (tak paham sudah).

Sebijik singgit lebih. Anggaran 4 biji per square feet.

Kendian kiter curah pasir. Ya, benda ni tak diajar di sekolah ok. Tak masuk dalam silibus kemahiran manipulatif tambahan. Buat ikut logik jer.

Tiba2 dah siap. Lupa nak ambik gambar sebelum tu hihi.

Lagi ramai orang macam kami, ramai lah lagi kontraktor takleh cari makan hahaha.

Kami buat sekali rumah sebelah punya. Takkan nak buat separuh2 pulak, kan? Jiran muafakat membawa berkat.

Amacam, ada berani? Marilah kiter menyenangkan kerja pakcik pemotong rumput mpbpi. Kesian pakcik tu panas2 potong rumput tau.

Dan yang kedua ialah pintu pagar. Tak, aku belum pasang pintu oto lagi. Aku kan penjimat orangnya.

Cantik tak? (kata eric)


Perkara ketiga pula ada hint ditunjukkan dalam gambar di atas ini. Cer teka. Baper kali nak teka daaa.

3 komen:

Irfa said...

sian pakcik potong rumput..dah takde keje :-)

AyunasiA said...

ni pakcik majlis perbandaran. banyak lg rumput dia kena potong.

Irfa said...

oh igt yg ambik upah sambil kayuh beskal tu