Thursday 28 July 2011

SKT' Ramadhan


Bulan puasa dah nak dekat. 3 hari je lagi. Kali ini aku nak catitkan skt' aku untuk sepanjang bulan Ramadhan ini. Kalau dah publish tu, mesti lah malu dan rasa bersalah kalau tak tercapai, kan.

1. Bangun sahur. Kuantiti : setiap hari. Kualiti : disertai dengan solat2 sunat berkaitan.

2. Khatam Quran. Kuantiti : 30 juzuk Al-Quran. Misi 1 1/2 juzuk sehari (untuk cover hari2 yang tak puasa nanti). Kualiti : Jaga tajwid ( minggu lepas dah buat revision tajwid dengan ustaz hairul hihi )

3. Solat di awal waktu. Solat asar sebelum balik rumah. Hihihi itu pun nak tulis sebagai skt'. Kuantiti : setiap hari bekerja. Kualiti : errr...

4. Minum susu. Kuantiti : 1 mug sehari. Kualiti : Kurang gula. Tah apa kaitannya dengan bulan puasa tah.

5. Banyakkan solat sunat; Kuantiti : wudhuk, isyraq, dhuha, rawatib, awwabin, hifzul iman, istikharah, hajat, tahajjud, terawih, tasbih, witir. Kualiti : istiqamah.

6. Solat terawih. Kuantiti : 20 rakaat. Kualiti : berjemaah di surau/masjid.

Itu je kot. Bab berbuka makan apa tu semua tak masuk skt. Makan je apa yang ada (dijual dan dimasak). Baju2 raya sudah 95% siap. Weekend ni balik kampung dan aku akan pulun menyembat segala kaki tangan. Langsir akan dijahit pada weekend2 bulan puasa. Tak sempat la pulak. Sikit je, 2 keping kepala langsir bilik aku dan living hall.

Semoga segala urusan kita dipermudahkanNya. Amin.

p/s eh, gambo kat atas tu diambil dari 123greetings. teringat zaman baru2 jumpa internet, 1997 dulu, anto kad raya pakai 123greetings ni lah.

5 komen:

Luna said...

skt tu t tu mmg kena ada (') ek? oh dulu mmg masyhur 123greetings tu kan...lagi satu, bluemountain

Irfa said...

siap ada SKT tu ,,cayalah

AyunasiA said...

lub: kang boss aku search skt' kang jumpa blog aku, naya. tp ko pun dah tulis tanpa ' :P

happyirfa: kengkonon berazam la hehe

AyunasiA said...

lub: eh tertinggal. a'ahhhh bluemountain. ingat3.

shue said...

buat kueh raya takda dlm skt ke?
kuantiti....cukup utk sebulan.
kualiti..mcm famous amous...hehehe