Tuesday 12 July 2011

PTPTPU Tak Habis Lagi, Tapi Kini Menuju Ke arah Kebenaran

Buat pertama kali hari ni aku call ptptpu dan terus disambungkan kepada pegawai terberkenaan. Sebelum ni kena tunggu 10 minit untuk bercakap tak sampai seminit. Siap, 'anda adalah pemanggil ke 26, sila tunggu bla bla bla'. Dan kali ni juga aku telah mendapat penjelasan panjang lebar dari encik ptptpu itu. Maknanya panjang la '0' aku bila dah faham tu. Kenapa la derang ni tak konsisten. Lenkali bagi lah penjelasan sama rata kepada kesemua pegawai call centre tu. Tidak lah aku terpaksa menunggu berbulan2.

Kesimpulannya, walau pun aku baru saja mendapat surat tawaran ujrah, namun ia tidak bererti apa2 kerana perkara tersebut boleh diselesaikan tanpa tawaran ujrah itu. Isy... aritu aku tanya dia cakap kena tunggu tawaran ujrah, ni cakap tak payah pulak. grrrrrrrr Itu lah maksud ptptpu itu. Bukan lah mereka menipu ke haper. Ada member yang tak faham, tanya, apa yang mereka tipu? Tak baca agreement ke sebelum sign dulu? Aku cakap, derang tak tipu part pinjaman tu. Cuma part urusan pejabat dia je yang kurang cekap, menyebabkan kiter rasa tertipu. Padahal tak tau pun apa penipuannya. Lantak ler. Janji lawan daripada yang baik. Dan sedap disebut. Isy, dah macam fitnah pulak ek?

Ok, gini. Menurut kata encik tu tadi, untuk membayar pinjaman secara pukal, sms pinjam10 ke 32999. Eh, tipu. Kalau kiter nak bayar habis, kiter kena tau dulu berapa nilai full settlement kiter. So, kiter kena lah isi satu borang ni dan hantar ke bahagian lejar pinjaman untuk dikira. Kalau kiter faks ke dia, dia kata 7 hari la tempoh prosesnya. Tapi aku tak berapa nak percaya sangat. So, aku kasi dia masa 14 hari la. Kalau nak cepat sikit, kena pegi terus ke klsentral. Bila aku tanya 'kat mana?' Dia jawab, 'kat kl, cik' hahaha. Tak, lokasinya ialah di tingkat 2,ada 1stop centre ptptpu kat sana. Boleh isi borang kat sana dan nilai yang dicari itu akan didapati dalam masa 2-3 jam gitu. Dan selepas itu, boleh lah kita bayar. Sekian.

Eh, belum abis lagi. Katanya lagi, pinjaman kita juga akan dikira menggunakan kaedah ujrah sekiranya kita ingin membayar habis pinjaman itu. Dipendekkan cerita, isi borang, faks, tunggu 14 hari, tahu baki dan bayar.

4 komen:

Cikgu Nana said...

ini mesti nak bayo kasi abes nie...hehe

eh, mana eh tutorial ko yang nak adjust height and wide blog tu...huhuuu....dah tak jumpa lagi dah

AyunasiA said...

sementara ada duhet ni, baik aku bayo siap2. baru tenteram hidup aku.

cer ko cari komen ko aritu, aku dah kasi link kat situ.

Cikgu Nana said...

kihkih....ko tau la aku nie kan entah hapa2 entah...

nie tengah bengong sebab ada satu widget tu takmo center2 la pulak....walhal sama jek edit pat html....yang lain gi tengah...dia jek yang dok bodo tak gerak2....bior jek la... buang masa aku jek.....

AyunasiA said...
This comment has been removed by the author.