Monday 18 July 2011

Kutub Khanah



Hari isnin lepas aku telah berkesempatan pergi ke library baru yuthm. Baru tak baru lah. Setahun dah kot. Tujuannya ialah untuk mencari buku rujukan. Library kat tempat ku tu usah dicari lah kan. Library rumah aku pon lagi banyak buku kot. Ekceli kami dah search buku yang dicari secara online, tapi takde. So, tujuan aku ni kononnya kalau buku sebenar takde, mesti ada buku yang berkaitan kan. Buku rujukan uni ni kan lebih kurang standard isinya. Lagi pun, tak puas la cari buku secara online ni. Tak dapat belek isi dalam.

So, balik keje tu aku terus pegi opis encik hairul. Soalan pertama aku ialah, ada lif tak? Mesti lah ada. Dah tentu tinggi.

Pasal library ni, aku ada isu yang membawa perdebatan antara kami berdua. Pasal budaya senyap di library. Ada la aritu, sorang staf sini pergi library ni. Dan katanya bising (berdasarkan status fb dia je). Aku yang kepochi ni pon menyampaikan la kepada encik hairul. Bukan kah konsep library ialah senyap? Dia pulak menyokong student yuthm tu. Dia kata library sekarang bukan lagi tempat untuk cari buku baca buku, tetapi juga tempat belajar, berbincang dan sebagainya. Tapi, kan ke ada ruang khas untuk berbincang? Biasanya kan ada bilik perbincangan yang tertutup kalau nak diskas kan. Ni kat area buku2 tu, sepatutnya senyap lah. Eh, lantak lah.

Dah sampai sana, cari punya cari, jumpa la rak buku berkaitan, tak jumpa pun yang betul2 aku cari. Last2 aku pinjam je lah 3 buku yang sipi2. Ok, nak tunjuk gambar je sebenarnya.



Semangat nak study kalau camni

Suker la bangku ni

Comel

Library ni bentuk bulat. So, tengah2 ada courtyard.


Zaman study dulu takde kemre, maka takde ler gambo2 cenggini



Rasa macam nak sambung belajar pulak huhuhu

0 komen: