Friday 15 July 2011

Cuti-Cuti Kerja






Banyak nya cerita yang tertunggak. Idea banyak, tapi ada beberapa halangan. Kat opis, line internet putus2. Kat rumah, sibuk mengulit kain dan benang. Dah nak poser uolsss. Memang tak sempat nak bukak laptop. Dah banyak kali, macamana aku bawak beg komputer tu, macam tulah juga aku bawa ia balik. Tak berusik langsung. Tambah pulak pc desktop kat opis aku tu semakin memberi kerjasama sekarang ni. Cuma dia takde modem wifi je, menyebabkan aku terpaksa bergantung sepenuhnya kepada rangkaian berwayar. Kalau time takde student biasanya wifi lagi laju. Eh, kalau ada student pun laju jugak kot. Cuma sejak dua menjak ada masalah line telefon kat sini, bukan setakat internet, telefon kat opis aku pun dah sunyi sepi. Ada kena mengena lah tu. Elok jugak lah takde telefon. Takde lah makcik tu asik telefon jek kan. Aritu semasa kami pegi umrah, banyak kali lah jugak dia call. Konon sepupu dari kl. Mustahil sangat la sebab aku bukan sahaja takde sepupu kat kl (kalau ada pun aku tak tau), malah hubungan aku dengan sepupu pun takde lah sampai peringkat nak bertelefon2, jauh sekali telefon kat opis. Laaa korang ingat aku dah bebas ke? Aku malas je nak citer. Buat tak tau je sudah lah. Orang kata, nanti dia penat, dia berenti lah. Aku rasa dia tak geti penat kot. Nanti dia mati, dia berenti lah. Itu pasti. Tapi tak tau lah kalau hantu dia pulak yang datang hihihihihihihihihihihi *tak kelakar.


Ha kan? Itu lah bukti bahawa aku ada banyak idea, tetapi takde masa nak menaip. Ini cerita sebenarnya.

Minggu lepas, aku telah pergi ke KT. Lagi. Seperti juga pemergian yang lain, aku telah mengambil cuti juga untuk kali ini. Aku ingat malas nak pergi sebab cuti dah tinggal separuh. Dah, tetiap hari encik hairul asik la cakap, nak pegi ganu nak pegi ganu, aku nak kasi dia berenti cakap, ikut je lah. Tapi bukan ambik cuti sikit2. 3 hari ok. Cumanya budak tengah cuti sem, so boleh la cuti sesuka hati tanpa memikir perasaan orang lain yang mengganti kelas kita. Mulut aku ni berat je nak cakap kat kb aku supaya kami pun mengamalkan sistem ganti kelas sama macam bahagian ie iaitu ganti suka sama suka. Derang kalau nak cuti, nak suh orang ganti, kiter switch kelas je. Senang, kan? Takde lah terbeban sangat. (Aku tau sebab aku kan pernah ajar kelas ie kan sem lepas). Ini, nak cuti boleh pekik je, saper nak ganti kelas aku hari jumaat ni... Takde saper nak lah woi! Tapi dah terpaksa. Tapi aku rasa kalau kena switch, mesti derang bengkek je ngan aku, ek? Ok, dah melalut ni.

So, kami pergi pada pagi rabu. Singgah sarap roti canai kat paritdaun. Pastu terus pergi ikut ayerhitam. Kendian singgah lunch plak kat hentian gambang. Tak sedap pulak ikan patin dia kali ni. Macam bukan ikan patin lak tekstur ikan tu. Pecah2. Dari situ, kami terus je ke kt. Eh, ada r0mantika la kat paka. Balik nanti nak singgah lah.


Sampai di kt lebih kurang jam 3.30 petang. Dah settle semua, kami terus ke pasarpayang. Kejar masa ni. Pukul 6 karang dah tutup. Besok nak kuar pagi2, so tak sempat dah nak soping2. Cari mebeng pulak tak jumpa. Aku ada 4rat je. Tak dapat la beli batik banyak2. Elok lah tu. Tapi ada masa lagi ni. Cer la cari atm kat mana2. Memang takde mebeng berhampiran. Paling dekat rhb. Last2 cucuk la jugak kat situ. Memula tu tak boleh kuar duit. 2 kali try tak boleh. Sekali aku keluarkan kad, hek eleh... Ini kad kredit. Fuh! Sibbaik tak kuar duit. Kalau kuar? Dah komfem kena charge sebab kuarkan cash, kan. Patut lah tadi dia ada warning, transcation ni ada charge, sila rujuk bank anda masing2. Dan dia ada suruh pilih, akaun saving ke credit card dan aku pilih saving. Mana aku ada akaun saving bankislam da. Lain kali berhati2 ok.

Balik semula ke pasar payang, kedai dah mula nak tutup. Nafsu nak membeli pun dah kureng. So, selamat lah duit aku. Rugi singgit je lah sebab kuar duit kat bank lain. Kendian turun bawah beli keropok. Dan rambutan. Makan tepi pantai batuburuk. Saya suka rambutan! Nom nom nom.


Ada gambar ni kat kepala katil. Ingat tak? Kellie's Castle lah.

Masa on the way balik tadi, ternampak satu kedai makan. Ada ckt! Mesti cuba. So, malam tu kami pergi ke kedai itu. Lokasinya ialah, kalau dari kuantan, kat roundabout batu bersurat, ambik pukul 12. Straight je. Akan jumpa 2 traffic light kot. Nak ke kedai ni kena masuk kanan kat satu traffic light ni. Landmark nya, kat depan traffic light tu ada kedai c0sway belah kiri. Masuk sikit simpang tu, terus nampak kedai ni sebelah kanan. Ada 2-3 kedai makan kot kat situ.


Sedap! Walau pun dia banyak kicap sikit, tapi ada rasa ckt tu lah. Akan datang lagi.

Besok pagi, lepas sarapan, kami terus check out dan terus ke kuale berang. Pung pang pung pang, terus ke paka. Ikut jalan jerangau. Tengah2 jalan nak ke dungun, ternampak pulak papan tanda simpang ke ladang limau madu. Woh! Ini lah yang aku cari selama ini! Jalan yang sama juga menunjukkan jalan ke durianmentangau. Macam pernah dengar. Dekat2 dungun jugak tempat tu. Kami pun masuk jalan tu. Jalannya sunyi. Dan kecil. Ngeri la kalau jalan memalam. Takde rumah langsung. Tapi, bayang pokok limau pun tadak. Mula ingat nak patah balik, tapi nampak ada 4-5 biji kereta lalu, mesti ada arah tujuannya kan. Sampai kat kawasan yang bertanda ladang limau, dah takde dah ladang nya. Rasanya dulu banyak kot owner ladang ni. Tapi sekarang dah jadi hutan balik dah. Sayangnya... Aku sangat suka limau madu jerangau ni, Dulu masa kat dungun, tiap2 minggu sebelum balik, aku mesti beli 3 kilo. Murah je. Yang besar2 penumbuk tu, rm3 je sekilo. Sedap sangat. Tak sama lor ngan limau madu siam.

So, kami terus je lah. Tau2 je tembus kat jalan dungun. Betul lah. Kat durianmentangau. Lepas loji air dekat bukitbauk. Ok jugak ikut jalan ni. Takde kete. Tak perlu tempoh pekan dungun. Cuma jalan nya kecik dan bahaya pada waktu malam.

Oleh kerana kami sampai awal, sempat lah kami singgah di r0mantika. Banyak barang baru, tapi dia baru bukak kot. Belum siap susun sangat. Lepas tu, solat kat masjid baru. Apa ke namanya, lupa lak. Ada hadhari2 la.


Macam best je kalau ada wakaf cenggini kat depan rumah. Tengah2 tu buat lebar sikit, leh parking kete. Ketiga. Kalau ada la hahaha.

Lepas tu baru lah encik hairul melakukan kerjanya. Sejam lebih jugak la aku menunggu dalam kete. Sempat siap satu leher. Ya uols. Aku sedang sibuk menjahit baju raya. Insya Allah, baju raya tahun ni sebanyak 12 pasang hahaha. Sabo je lah. Tak tau lah berapa yang boleh siap. Dah siap potong semua, dan jahit tepi dan dah siap tebuk leher semua dah. Tinggal nak jahit je. Tapi ada satu baju tu, bikin drama pulak. Gini. Sebelum tebuk leher untuk baju2 yang tak sambung bahu, aku iron dulu bahunya, buat tanda. Satu baju ni, aku dah tebuk, dah lekat lapik, tinggal nak jahit tulang belut je. Sekali aku tengok, eh, mana leher aku? Lorrr jatuh kat pinggang la pulak. Aku kan tebuk tu ikut tanda yang aku iron kan. Sekali ada line lain daaa... Mula tu aku ingat nak sambung je baju tu. Nak jahit manik ke, batu ke haper kat sambungan tu. Fesyen la kononnya. Sekali pikir balik, menyusahkan aku la pulak nak jahit2 benda tu kan. Last2 aku curik sikit kain part kain je lah. Sambung kat bahu macam biasa. Kecik la sikit kain aku. Takleh langkah longkang besar la nampaknya. Ok, problem solved.

Ermmm sampai mana tadi? Dah settle kerja, kami terus menuju ke kuantan. Singgah di geliga pekena satar, otok2 dan keropok lekor. Dan beli keropok lekor untuk yayu kat tepi jalan. Tak jumpa la keropok lekor yang panjang2 tu kat sini. Ada, kat pasar payang, tapi tak sempat lak nak pegi. Aku tak berapa gemar keropok kecik2 macam kat losong tu. Dah takde, terpaksa la beli jugak. Saper paksa tah. Ada road block kat sempadan ganu-pahang.

Kendian kami terus ke hotel. Asal ke kuantan je, mesti stay kat sini. Takde la special sangat. Cuma hotel ni baru. Kecik2 pun selesa.



Lepas maghrib, kami terus ke tg lumpur. *Catz, ana ni nak bukak cawangan kat bbbangi. Dah tau tak? hihihi.

Ni bukan makan berdua ok. Kami makan berenam (termasuk budak kecik 2orang)

Sedap sangat sotong goreng tepung dia

Siakap bakar petai. Tapi macam kureng sikit la rasa dia kali ni

Balik tu, kami terus ke rumah yayu. Huhahuha sekejap, terbeli tudung 2 helai, kendian balik hotel semula. Kat bp takde lagi tudung camtu yu (dah siap survey lagi).


Ok lah jugak rasa benda alah ni. Musim kan.

Besok pukul 11, check out dan misi ronda2 kuantan. Memula pegi maidin. Pastu aku hantar encik hairul ke masjid, sementara aku ke kamdar. Dan terbeli langsir hihihihihi. Bukan langsir penuh la. Aku nak tukar kepala langsir tu je. Modal nya dalam 100 lebih je.

Kendian kami ke megamol. Lorrr paksen tu dah pindah ecmol ke? Ingat memang ada 2 paksen kat kontan ni. Dulu rasanya paksen tu dekat dengan maidin. Kendian dia pindah megamol ni kot, kendian baru pindah ecmol pulak kot ek? Lepas makan, kami terus ke rumah ngah. Pungpangpungpang pukul 9 malam baru kami bergerak balik ke bp. Sampai rumah lebih kurang kul 12.30 pagi.


0 komen: