Thursday 14 July 2011

Batuk


*Amaran, entry ini agak menjijikkan. Sila skip jika anda sedang mabuk.

Alhamdulilah...

Akhirnya aku telah sembuh sepenuhnya dari post-umrah fever hehe. Sukati je kasi nama. Bukan demam sebenarnya, tetapi batuk.

Aku mula batuk sebaik sahaja sampai di mekah. Jadi, kalau dikira, sebulan lah jugak aku menanggung batuk itu. Salah sendiri juga. Masa baru balik tu rasanya dah baik dah. Tapi, bila tengok koolblog je, terus tergoda. Merasa lah batuk semula. Pastu dah nak baik lagi, tengok koolblog je, tergoda lagi. Tah pape. Batuk balik. Tapi batuk kali yang terakhir ni dia ulang versi kat mekah punya. Macamana tuh?

Dulu, masa aku darjah 4, aku pernah mengalami batuk. Ok, aku jarang batuk sebenarnya. Kalau selesema memang selalu. Tapi bila sekali batuk, ia akan jadi lama dan menderita hahaha. Membesar2kan sungguh. Masa darjah 4 tu, aku tak pergi klinik. Alah, dulu aku tak sampai ati nak ajak abah gi klinik. Ada ke abah duit? Jadi, aku makan ubat batuk woods je lah kot. Entah. Tapi memang tak berkesan sangat la. Jenis batuk ni pulak jenis yang tak boleh makan. Asal makan, batuk dan muntah. Sampai kan aku tido pun kena sangkut plastik kat telinga sebab takut tak sempat muntah kat bilik air. Time tu pulak, yang berseleranya, megi. Maka, asik lah muntah kuar megi hihihi. Eeee loya lak aku bila bayangkan. Pernah sekali time kat sekolah aku tak sempat gi toilet, termuntah kat kaki lima kelas. Dah lah kung kung kung je manjang, muntah pulak tu. Mesti classmate aku memandang jengkel je kat aku ek. Batuk anjing tu yang tak tahan tu. Perit tekak. Memang trauma la aku ngan batuk. Mujur juga itu lah sekali kot aku batuk dahsyat. Lepas tu macam tak pernah pulak.

Untuk versi mekah ni pulak, aku ada bawak strepsil. Kawan ada kasi ubat batuk pil. Kendian aku beli ubat batuk kat sana, jenis bukan dadah kot. Rasa macam teh. Dibuat dari daun apa tah. Mahal lak tu. Macam tak mujarab jek. Ubat tu sesuai untuk tekak orang arab yang makan roti je kot huhu. Rasanya ubat batuk la yang aku terlepas pandang nak bawak dari mesia. Ubat2 lain dah complete dah. Pastu aku beli madu. Dengan minyak habatussauda. Tapi tak berapa nak ok jugak. Dia menyerang bila malam. Dah lah aku balik malam tu, makan. Kendian balik bilik terus tido. Bila gosok gigi uwek uwek kung kung kung dan abis kuar balik segala makanan yang baru ku makan. Sampai tak boleh bernapas aku time muntah tu. Memang trauma lah. Semasa dalam perjalanan balik, baru lah aku perasan, rupa2nya batuk ni akan menggila bila aku memasukkan sesuatu yang bermint ke dalam tekak. Macam strepsil tu. Dan ubat gigi. Eh, ubat gigi tak masuk tekak. Tapi mint tu terasa di tekak kan. So, dia macam merangsang batuk gitu. Bila ini terjadi, dia akan batuk tak berenti dan berakhir dengan muntah la. Trauma sekali lagi.

Masa kat epot pun ada sekali. Lepas makan nasi aku makan halls yang berangin tu, terus... sibbaik sempat berlari ke toilet. Dalam flight pulak, ada sorang makcik sebelah aku ni, tak tahan agaknya dengo aku batuk, dia kasik dequadin. Ok, dah tau apa berlaku. Cuma kali tu aku belum makan apa2 lagi (selepas dah kuar nasi kat epot tadi). So, muntah sikit je lah. Masa ni lah aku perasan tentang teori mint tadi tu. Sebelum mendarat pun sekali lagi, cuma itu sebab pening mabuk udara, bukan sebab batuk.

So, batuk terakhir ni pun sama, batuk malam. Tengah2 nak tido tu, bila terbatuk sekali je, maka ia akan berlanjutan dan... Takmo gi klinik lagi tu. Konon nak mengamalkan kaedah tradisional la. Kat opis pulak, member takut2kan. Ko pergi la klinik. Mana tau bronkitis ke. Dengar bunyi bronkitis tu pun aku dah ngeri. Ini kan pula nak menghadapi kenyataan menghidapinya. Maka aku tangguh la pemergian ke klinik, sehingga lah pada 3hb julai yang lepas, dah sampai tahap tak boleh tahan, aku pun pergi ke klinik. Doktor kasi antibiotik yang 500mg punya. Dan katanya kalau tak ok jugak, datang lagi buat x-ray. Huuuu takut!!! Maka, aku pun telan la ubat yang besar itu. Sibbaik bentuk pil tu aerodynamic. Dia lonjong tapi tirus macam bola ragbi gitu. So, mudah lah sikit nak telan. Dan bila habis je antibiotik itu, aku pun sudah sembuh. Yeay! Dah boleh minum koolblog balik hehehe.

Itu lah kisah batuk aku. Itupun nak citer (ni kalau aku baca entry ni kat blog orang, itulah komen aku di dalam hati hihihi).

0 komen: