Thursday 5 May 2011

Nostalgia Aku dan Lagu

I love music.

Selain untuk menghibur hati, muzik juga boleh membuka pintu memori. Macam zaman belum sekolah, umur 4-5 tahun. Bukan senang nak ingat. Tapi bila mendengar muzik, lagu, tiba2 je memori tu muncul kembali. Contohnya lagu Alleycats, sampaikan lah salam cinta ku padanya. Aku akan teringat pada aktiviti terjun tiruk kat paya taha. Bukan aku yang terjun, abang2 dan kawan2 nya. Sebab masa kejadian, aku pernah terdengar derang nyanyi lagu ni. Dan lagu hetikosendang, titik2 noda tersimpan di dalam dada. Aku akan teringat semasa aku dan kakak2 duduk di tangga rumah, menyanyi sambil mengubah lirik ini menjadi titik noda tersimpan di dalam monyet. Eh? Macam pelik lah pulak. Entah la. Tapi memang kami ada ubah lagu tu. Begitu juga lagu2 lama 80-an yang bila aku dengar di radio sinar contohnya, semacam berada di zaman dulu. Terbayang suasananya.

Masa zaman sekolah pulak, selain mendengar pilihan bersama radio muzik, kami juga pendengar setia pilihan ku di radio ria. Radio yang dulu mendakwa era meniru konsep mereka. Memang, radio ria antara stesen radio paling meletup ketika itu. Sebelum muncul radio era pada tahun 1998. Stesen radio melayu di singapore dulu ada 2. Ria dan warna. Kalau warna ni ala2 skema sikit. Tapi radio ria memutarkan lagu2 terkini dari malaysia dan indonesia. Program pilihan ku tu ke udara setiap jam 6 petang. Lupa lak cemana kekdahnya. Pakai poskad ke telefon tah. Tapi sampai sekarang aku masih minat dengan cara orang singapore bercakap. Especially dj radio lah. Bila hari raya, dj-dj derang lah yang muncul di kaca tv untuk rancangan malam raya.

Terlanjur bercakap pasal singapore ni, meh la aku stori sikit pasal kenangan aku dengan derang. Tak. Aku tak pernah pergi singapore. Takde sedara mara pon dari singapore. Tapi zaman kanak2 dan remaja aku di johor banyak kaitan dengan singapore. TV dan radio la maksud aku. Kita citer pasal tv dulu.

Tv singapore dulu2, ada beberapa channel (tak ingat berapa). Ada tv melayu, ciner dan oramputih. Untuk tv melayu ni, ada satu rancangan kanak2 yang sangat best (bagi aku la, sebagai kanak2 masa tu). Dalam rancangan tu, ada beberapa orang pengacara. Antaranya, yang menjadi poojaan hati kakak2 anak2 dara ialah abang shahrin. Henskem ko. Kira kalau zaman sekarang ni taraf remyishak la hihihi. Pastu, najibali, saper tak kenal masa tu? Popular sangat lah.

Pastu, bila petang2 weekend kot, ada rancangan dondang sayang. Berdondang sayang la mak2 kita masa tu. Yang paling aku ingat, dah abis berdondang leleh2 segala, abis nya mesti ada joget dondang sayang yang tangan letak kat bahu ngan pinggang tu. Alaaa yang kaki jengket2 silang2 tu. Muziknya pun serupa itu lah dari dulu sampai sekarang.

Kendian, ada rancangan bangsawan. Ini aku yang kanak2 pun suka tengok. Sebab apa, tak tau lah. Eh, ingat tak dulu2 ada program bangsawan kat radio? Ni rasanya radio mesia kot. Dalam tu dia selitkan syair, kan? Kat situ lah aku belajar lagu syair hihihi. Tersebut lah kisaaaaaahhh, satu ceritaaaaaaa...

Itu tv melayu. Kalau tv cina pulak, ada drama cina la. Banyak la drama best2. Satu yang paling aku ingat sampai sekarang ialah cerita unbeatable. Kisah pasal gambling. Ada satu watak pempuan ni, namanya mei feng. Cantik sangat! Isy, walau pun gambling tu tak bagus, takde la pulak memberi pengaruh buruk kepada aku, ek? Ke, masa tu tak pandai berfikir lagi kot. Nama pun budak. Sekarang ni tv mesia pun dah tak banyak drama ciner, ek? Dulu setiap petang ada. Sekarang tv mesia dah ubah polisi, menayangkan drama2 tempatan saja. Dan ind0n. Tv8 ngan tv2 je kot yang masih ada. Ko tak tengok tv tu, memang la cakap takde hehehe. Padahal berlambak kat ntvtujuh. Tu maknanya tv mesia sekarang dah ikut kategori bahasa la kan.

Last sekali rancangan Asia Bagus! Siapa tak ingat? Pergh! Masa tu, asal aku perkenalkan diri, nama saya n0rasiah, panggil je asiah. Asia Bagus! Terus orang akan cakap cenggitu. Macam bagus je, kan? hahaha.

Oh, tv oramputih pulak banyak kartun. Dan gusti. Pastu, setiap ari ahad jam 6.45 petang ada tayangan filem. Best2. Tak banyak citer aku pasal tv oramputih sebab jarang tengok.

Eh, dah melalut2 dah ni. Tadi aku cakap nak stori pasal radio, kan? Tak jadik la. Tak ingat lak nak citer apa. Ekceli aku nak cerita lain. Tengok tajuk tu, kan pasal lagu? Lenkali la aku tulis pasa aku dan lagu. Ek?

0 komen: