Monday 23 May 2011

Colour Block

Image from here

Pada suatu hari aku ada tertengok whi kot. Masa tu dia jemput 2 orang girls dan 2 orang boys. Errr boys kerrr? Ok ok Rizman dan Ruzaini yang pesen designer tu la. Yang girls tu pulak, dia ada bisnes online, menjual skirt2 pastel. Jap jap aku nak ingat nama website dia. Ooo dah ingat. Tak perlu kot aku taruk link dia kat sini. Kang dia bertambah kaya pulak hahaha (macam la ramai orang baca blog ko...).

Point nya di sini bukan pasal girls tu, atau pun boys tu. Cuma nak stori mori tentang trend pesen masa kini. Dalam program tersebut, duo tersebut mengatakan, sekarang ni tengah trend colour block ni. Memula aku ingat colour blog. Huh! Ada macam koolblog kah? Logik gak tu. Koolblog kan jual air warna warni hihihi. Dasar blogger sempit!

Tapi sebenarnya bukan colour blog ok. Colour block. Sebelum tu aku nak bagitau siang2, seperti biasa, aku adalah menulis tanpa membuat research. Kang dah publish kang baru aku buat research. Saje nak menguji pemahaman sendiri dulu huhuhu.

Jadi, apa yang dimaksudkan colour block, khususnya dalam bidang pesen ni ialah kombinasi 2 atau lebih warna dalam satu piece design itu. Ehehe ok tak definisi aku? Bila derang cakap je maksud colour block tu, terus aku terfikirkan kenduri kawen. Baru2 ni opismate aku ada la membincangkan tentang trend kenduri kawen sekarang. Sebelum ni memang dah ada tema warna. Tapi sekarang tema warna tu dah diperluaskan lagi kepada tema colour block ini. Sebelum ni memang biasa kita jumpa khemah dihias dengan apa2 warna tema plus putih. Tapi sekarang perantin2 semakin berani dengan menggabungkan 2 warna contra tapi match. Merah-hitam, biru-kuning, pink-purple, coklat-kuning, hijau-kuning dll.

Kalau dalam pesen pulak, kita boleh tengok pada baju, seluar, skirt, kasut dan henbeg. Patut lah aku berkenan sangat ngan kasut kaler coklat-pink kat kedai kasut summit tu. Colour block la tu. Tapi aku rasa colour block ni mesti contra kot.

Ok, setakat tu je lah ilmu pesen yang aku ada. Cer la gugel untuk tahu lebih lanjut.

Updated.

Laaa kemain eksaited nak publish, terlupa tujuan asal aku tulis entry ni. Sebenarnya aku baru perasan yang opis aku mengamalkan colour block juga hahaha. Alaaa kan dinding nya dulu kami cat kaler pink-pepel kan. Pastu aku tengah eksaited pulak membuat soft touch pada opis kami. Pon mengikut tema warna tersebut. Tidak lah nampak macam opis sangat. Kejung je. Dah macam rumah pulak aku rasa. Kang dah complete semuanya baru aku citer okeh? Tapi lambat lagi la. Bulan depan ke...

0 komen: