Tuesday 10 May 2011

Berbaik Sangka Sajalah

Aku bengang la ngan orang2 yang kecoh sangat gula naik doposen. Beli tiket wayang 3d doploh hengget tak bising pulak. Bersangka baik saja. Mari kita melihat hikmah nya.

1. Kurangkan gula dalam minuman dan makanan. Kalau selalu minum teh o setiap pagi, cer teh o kurang manis pula (kalau tak mampu teh o tanpa gula). Tapi kalau selalu minum teh tarik setiap pagi, jangan ngengada nak komplen ek. Orang tak buat teh tarik taruk gula ok. Tapi, nanti harga susu naik? Itu urusan kilang susu. Gula subsidi tu untuk gula yang korang beli kat kedai sepeket2 tu je. Eh, betul, kan? Lagi pun kan memang kita kena kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman kan. Anggap lah kerajaan menyokong anda dalam usaha ini. Hello... jajan anak anda pun lebih dari 20 sen sebungkus tau. Tak komplen pon?

2. Kurangkan subsidi untuk pembangunan. Anda tak perasan kah? Aku tak tau lah negeri lain. Tapi aku tengok kat bp ni, boleh dikatakan kebanyakan sekolah sedang membina bangunan tambahan. Tu kan pembangunan namanya? Kang anak sekolah kat sekolah buruk, komplen jugak.

3. Gembirakan hati pesakit2 kencing manis. Ya, bila harga gula naik, mereka akan berasa lega dan gembira kerana tidak terlibat dalam urusniaga gula.

4. Hei! Entah2 tahun ni gomen nak kasi bonus 2 bulan kot. Ye lah kan. Tahun depan macam nak pru je, kan? Bermakna bonus adalah sangat penting di situ. Biarlah rugi sikit doposen, asalkan untung dopohribu. Uih! Macam gaji aku 10k, kan? Orang keje swasta takpe, bonus berbulan2 tetiap tahun. Gula doposen apa de hal.

5. Peniaga makanan boleh naikkan harga sesuka hati. Untung besar wo! Gula sekampit naik doposen. Kalau sebiji karipap naik 5 sen, makcik kayo! Syabas makcik karipap! Errr aku sengaja kasi contoh karipap, dan bukan keria. Eh, ada apa orang taruk sesudu gula dalam inti karipap sekuali.

Aku tak sokong kenaikan ini, cuma nak mengajak anda sama2 to think positive. Ilek ar...


2 komen:

catz said...

kalau rege petrol naik..aku bengang lah..sebab petrol takde option.melainkan aku nak pi mana2 naik basikal.
gula nak naik sekilo 10 ringgit pun aku tak berapa nak amik hati (kecuali makcik kedai mkn jual karipap sebijik rm2.00 pasal gula naik tah apa kaitan). or tiba2 kedai mamak jual teh o ais rm3.00 segelas. kang mau aku tertikam tokey kedai tuh.
lupa kali terakhir beli gula bila..

AyunasiA said...

sama lah! ada takde gula kat rumah pon x perasan. errr sebenarnya berapa harga gula sekarang?