Friday 1 April 2011

Mengeradau Malas Berfikir

Aku memang cerewet dalam beberapa bidang. Tetapi dalam blogging, aku tidak cerewet. Sangat. Aku baca je blog yang penuh tulisan, takde gambar. Aku baca je blog yang berat (lambat loading, bukan isi berat). Aku baca je blog yang menunjuk2 (segala2; kasut, henbeg, anak, perut, rumah, kete). Aku baca je blog yang jual korset. Aku baca jugak blog anak2 orang kaya.

Tapi aku paling tak suka (tapi baca jugak hihi) blog yang entry nya pendek2. Tambah lagi sekarang ni ada musim rabu yang tak berkata2 (tapi tipu... last tu tulis gak caption gambo tuh). Dan tak suka blog yang tulisan ngan background tak contra. Sakit mata! Dan aku tak suka blog yang update sebulan sekali dua. Lebih2 lagi kalau jenis blog yang aku baca entry dari awal. Masa baca entry lama tu best la kan. Kalau 5 tahun lepas punya entry, memang la banyak. Kalau boleh, dalam hati siap berharap, biar lah lambat lagi habis baca semua entry nih. Macam baca novel yang best, aku selalu berharap yang cerita tu takkan habis.

Tapi sepatutnya aku tak rasa seperti baca novel apabila membaca blog. Sebab blog sentiasa dikemaskini. Kalau tetiap hari dia update, bermakna, memang tak berenti lah membaca kisah dia. Tapi, selalunya blog2 yang best, isi bererti, ada mesej, ada pengajaran, jarang diupdate setiap hari. Jauh sekali sehari 3-4 entry. Harapan je lah. Sebab aku percaya, blogger2 sebegitu banyak berfikir, perlu masa, meneliti setiap apa yang ditulis dan bukanlah mengejar hits sangat.

Tapi, aku tak maksudkan blog ilmiah. Aku pun tak berapa follow blog ilmiah. Ada la satu dua.

Jadi, terpaksa lah aku menerima hakikat bahawa blog2 sedemikian hanya akan diupdate paling banyak pun seminggu 2 kali. Kerap nya seminggu atau 2 minggu sekali. Penat je refresh dashboard!


2 komen:

Unknown said...

hehe....

lama gak tak masuk sini....:)

kakLuna said...

huuu..aku sibukk