Monday 14 March 2011

PTPTN=PTPTPU (Tiada dakwa dakwi lagi!!!)

Aku ni bukan nya nak mintak duit dia. Aku nak bagi duit. Itu pun susah ker? Dusy! Dusy! Dusy! Kebabom! Eee marah sungguh la. Kali ni aku betul2 terasa yang dia memang ptptpu. Buang karan betul. Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...


Ok ok takde. Ekceli derang takde pon songlap duit aku. Cuma tahap kelembapan tu je yang membuat aku hangin tu. Dah la lembap, tipu aku pulak tu.

Gini. Kan aritu aku cakap yang aku call derang mintak dihantar agreement ujrah tu kan. Ye lah. Kalau ikut dalam website dia, katanya agreement akan dihantar setiap 10hb. Katanya, kalau anda apply tengah bulan 1, 10hb 2 besok kami akan emailkan agreement itu. Tak caya, cer korang baca FAQ derang. Ok, takyah susah nak baca kat sana. Meh aku tepek kat sini faq nombor 6.

6. Bilakah PTPTN akan mengeluarkan dokumen tawaran Ujrah?
Jawapan : Dokumen tawaran akan dikeluarkan pada 10hb setiap bulan. Bagi peminjam
yang telah mendaftar dan mengemas kini pada bulan semasa, dokumen tawaran akan
dikeluarkan pada 10hb bulan yang berikutnya.

See see see aku tak tipu ok. Baik lah. Kita kesian la kat mereka yang banyak kerja itu. Kita kasi chance 2 bulan berikutnya pulak.

Masa aku telefon itu ari, orang lelaki yang jawab. Dia cakap, 10hb nanti derang akan email. Tapi, sampai ke hari ni, masih tiada bayang. Jadi, pagi tadi aku call lagi. Kali ni pagi, maka takde angka giliran. Perempuan pulak yang jawab. Satu yang aku nak puji ialah, aku tak bagi nombor ic pun, just sebut nama je, pon derang terus dapat trace. Ye lah, kalau ikut logik, berapa ramai orang yang nama sama kan. Pastu, biasanya orang akan salah eja nama aku. Ni, aku sebut nama je ok. Tak sebut binti pun, terus derang tau. Errrr ke aku sorang je yang selalu tefon derang? ekekekek. Tak mungkin la. Sebab minggu lepas baru 1st time aku call. Pon derang dapat kesan.

Ok, cukup dah aku puji. Bila aku ajukan soalan yang sama, dia cakap, memang derang belum hantar pun lagi. Dan katanya ada 2 laporan dalam rekod derang. Bermakna lambat lagi la baru boleh settle. Mungkin bulan 6 ke gitu. Boleh gitu? Aku pun tak tau apa masalahnya. Aku assume, kalau 1 laporan je, mungkin dah sampai ke peringkat mesyuarat terakhir untuk kelulusan kot. Apa ke lempun benar nak luluskan ek? Katanya ujrah hanya tidak ditawarkan kepada mereka2 yang telah dikenakan tindakan undang2 (tak geti2 nak bayo kot) dan mereka yang langgar agreement (tak abis belajo misalnya). Aku siap cakap kat orang tu, saya nak bayar lump sum ni. Kena tunggu jugak ker? Kena tunggu jugak katanya.

Penyelesaiannya senang je sebenarnya. Takyah tukar ujrah, bayar je seberapa yang dikenakan tu. Abis cerita. Tapi...

0 komen: