Wednesday 21 March 2012

Kuale


Hari jumaat yang lepas, aku telah mengikut encik suami ke program j0m masuk u. Syukur lah, semester ni aku dapat class off pada hari jumaat. Dah lama rasanya tak dapat off hari jumaat. So, dapatlah aku ambil cuti.


Hari khamis sebelum tu, student di sk00l aku telah diarahkan balik ke rumah masing2 atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Kira jumaat tu skool tutup lah. Staf je yang kena keje. Elok juga. Kalau staf pun dipaksa cuti, taukah apa maknanya? Ya kena ganti. Tapi ni tak kena ganti la.

Pagi jumaat tu, kami sarapan dulu makan lontong. Kendian barulah kami bertolak ke sinun. Keluar sekejap di ebor untuk solat jumaat di masjid berhampiran tol. Betul2 sampai tu tengah azan. Sementara menunggu tu, apa yang aku buat? Cer teka cer teka...

Uiks? Watper tuh?

Khusyuk nyer?

Hehehe aku jahit tulang belut la...

Apa makna nama masjid tuh?

Jom teruskan perjalanan. Konon nak kuar tol shahalam dekat bukit jelut0ng tu. Sekali terlepas ke tol guthrie la pulak. Berapa banyak tol da...

Dari situ, kami terus je ke tempat ini.


Pertama kali menjejaki bandar diraja ini. Berdebar2 lak, tiba2. Kendian kami terus mencari laksa kuale yang kengkonon femes tuh.


Dari tol, straight hala ke kuale dan cari trafiklite yang ada kedai tayar g00dyear di sebelah kirinya. Belok kanan di trafiklite ituh.


Akan nampak sekolah menengah tsungwah ini. Kedai tu kat belakang sekolah nih. Belok kiri dan tak jauh tu nampak lorong kecil sebelah kanan.

Jumpa! Jom try...

Cair jek kuah dia...

Rasa ok, tapi...

Rasa mee dia terlalu kuat sehingga menenggelamkan rasa kuah dia. Dan cepat mengenyangkan. Aku tak abis makan mee dia. Hirup kuah jek.


Takyah pergi sini pun takper. Kat bandar dia ada je lori dia berniaga secara mobile.

Signboard yang kena datang dekat baru nampak.

Okeh, jom balik ke istana kiter...

Opsss sebelum tu kena solat dulu.

Kami ke masjid ubudiah. Aku imagine masjid ni besar dan gah kerana ia semacam satu kebanggaan negeri perak ni kan? Rupa2nya, kiut miut je masjid ni. Macam masjid kristal je konsepnya.

Tapi dalam dia cantik la...




Sejarahnya, pembinaan masjid ni pernah tergendala kerana jubinnya pecah dipijak dek gajah sultan. Mentara nak tunggu stok baru sampai, dah perang dunia pertama. So, lama la jugak ia terbengkalai.










Ini je sudut terbaik yang sempat aku tangkap.



Tengah aku berposing2 ni, tetiba ada orang dalam sebuah kereta menegur. Eh, kawan sekerja aku kat jpk dulu. Dia pun datang untuk promote skillsmalaysia.


Dari masjid, kami terus ke istana kenangan. Sekali lagi sangkaanku meleset. Pun kiut miut je istana lama ni. Aku ingat ni replika hikhik. Tapi istana iskandariah tu memang santekkk sangat. Kubah dia macam emas betul. Ada texture pulak tu. Besarnyaaa macam istana!

Muzium bekas istana ni tak dibuka sebab dah reput katanya. Bergambar kat luar jek la. Masa kami sampai, takde sorang pun kat situ. Bila kami dah mula berposing2, ramai pulak yang datang.



Ni lah istana yang tak pakai paku besi tu.















Pastu, kami pun terus ke tepeng. Eh, ada pasar lah. Jom tengok apa yang menarik.

Bukan pasar ni. Pasar malam...

Ramai nya orang. Agaknya semua orang kuale ada kat sini kot.

Ok, takde yang menarik. Biasa2 jek.

Dah, citer tepeng pulak pasnih.

1 komen:

Lub said...

fastabiqul khairat itu adapun maksudnya...'berlomba2 ka-arah kebaikan..' toyyibbb...