Wednesday 2 March 2011

Jahit

Apa, ingat aku buat2 lupa ke? Aku ingat ok. Jari aku ni ha yang taip, masakan bisa ku lupa. Ari tu kan aku cakap weekend lepas nak jahit baju kan. Nak siapkan 2 pasang kan. Kalau tak aku offer untuk dikutuk kaw2 kan. Tak. Tak siap pun 2 pasang hahaha. Tapi nanti dulu. Sebaliknya, aku berjaya menjahit 3. Pasang kain. Dan mencantum 2 pasang baju. Campur sebahagian dari sepasang baju. Yang 3 lai kain tu memang komfem siap la. Yang 2 siap cantum tu salah satunya ialah berkun. Satu dah siap kelim kaki tangan, tinggal tulang belut lagi separuh. Satu lagi pulak memang belum kelim belum tulang belut, tapi kainnya dah siap ngeeee. Yang sebahagian dari sepasang tu pulak, pon kain dah siap tapi bajunya aku sempat cantum pesak dan bahu plus tebuk leher. Serta tekan kun. Belum cantum lagi yang kat kun tu sebab time tu dah pukul 6, masa untuk senaman.

Kenapa tak berjaya mencapai matlamat? Ehhh saper kata tak mencapai? Aku rasa ini dah kira baik. Sebab sekurang2nya aku dah siapkan kain dulu. Baju tu sekejap je bleh siap. Setakat ari khamis ni nak pakai baju batik baru sekali lagi pun boleh. Sajer tak nak. Tapi sepatutnya memang boleh siap semua pun. Kalau tak kerana aku menjahit sambil tengok hantu kak limah, mesti arini aku dah pakai baju baru dah. Adoiyaiii rasa diperbuduskan betul lah citer tu. Sengal betul.

So, kalau rasa patut nak kutuk kaw2, sila kan.


0 komen: