Friday 4 March 2011

Ex

Hari Jumaat lepas. Hati aku berbunga2. Bukan lah. Mementang tajuk aku tu ex, tak bermakna ada kena mengena dengan sesiapa yang korang fikir tu. Takde takde.

Paginya, muncul 2 orang ex-student aku. Batch pertama yang aku ajar sejak pindah ke sini. Salah seorang daripadanya bawak wife sekali. Dua2 dah keje. Derang datang jumpa PA kelas derang. Dalam hati aku, derang ni lah yang kena amuk itu ari hihihi. Sibbaik jadi orang. Siap dah nak jadi bapak orang dah. Melihat situasi itu, hati ku merasa puas. Anak murid dah mampu hidup sendiri.

Tengahari pulak. Encik hairul sms. Nak bagitau, ada lawatan dari yuitm dungun. Tapi takde pun kawan2 lama aku. Yang ada cuma lecturer2 baru. Kebanyakan daripadanya ialah ex-students aku jugak. Ada yang tengah wat master. Kembang je rasa hati aku. Dengar nama derang satu persatu, alahaiii...

Ini lah kemanisan menjadi seorang pendidik. Bila melihat kejayaan anak2 didik. Alah, sama la macam keje kilang buat tv. Mesti rasa bangga bila tengok tv yang kita buat tu, ada kat rumah orang, atau kat kedai letrik. Tapi, tak sama kot. Sebagai pendidik, produk kita ialah manusia. Apa daaa. Ada ke sama kan dengan tivi?

Tak kisah la. Yang penting, aku gembira. Walau pun takde lah banyak mana yang aku ajar, tapi aku berharap semoga mereka menggunakannya ke arah kebaikan.


0 komen: