Monday 7 March 2011

Bukan Rezeki

Masa nak pegi kb itu ari (apasal asik intro pasal kb je ek?), kami ada singgah kat pasar malam membeli air. Air tembikai susu dan stroberi katira. Air tembikai susu, memang seperti biasa. Kesukaanku. Tapi stroberi katira adalah new invention!

Jumaat lepas, sekali lagi encik suami outstation. Kali tu ke kuantan pula. Sikit punya lama ke aku menunggu waktu itu. Sebab nak ikut serta. Sekali tiba masa, aku kena kerja pula. Kelas gantian untuk sebelum cuti wesak nanti. Tah, bulan 5 nanti kot. Cuti jatuh hari selasa. So, kiterang ganti yang hari senin tu. Boleh cuti stret.

Maka, petang jumaat tu, aku menyinggah lagi lah pasar tu. Niatnya nak cari nasi ambeng ngan air tu tadi. Dah dapat kedua-duanya, aku pun balik. Oh, aku beli air yang sama. Tembikai susu dan stroberi katira. Tamak. Macam takde air kat rumah. Padahal ada je kordial stroberi yang dibeli kemren tu ari yang boleh dibancuh2 menjadi katira. In fact, aku dah siap beli dah perkakasan nak membuat katira tu, termasuk la getah anggur yang tak pernah terfikir aku nak beli tu. Tapi, tak kosser aku nak membancuhnya.

Sampai rumah, terus taruk air atas meja kopi. Belum sempat aku mengunci pintu, gedebush! Jatuh secawan air stroberi katira. Di atas karpet!

Sebelum itu, malam semalamnya, terdetik dalam hati aku, setakat ni tak pernah lagi apa2 tumpah atas karpet ni. Pernah tak korang camtu? Terdetik sesuatu dalam hati, tak lama tu, terus berlaku. Aku selalu, tapi mana lah nak perasan. Dulu masa purse aku hilang, pun sehari sebelum tu, terdetik dalam hati, purse ni dah lama, belum pernah tertinggal. Isy, banyak lah lagi kejadian2 yang seumpama dengan nya. Kalau ikut logik, memang aku boleh mengambil langkah berjaga2 bila terdetik tu, tapi, memang Allah swt nak tunjuk, ambil lah langkah berjaga2 macamana pun, kalau Dia kata JADI, maka, jadilah.

Dalam kes air tumpah atas karpet ni, selain gerak hati, aku patut percaya tentang rezeki. Bahawa memang bukan rezeki aku. Buktinya, takde sedikit pun air tu yang bersisa yang boleh aku minum. Memang tumpah habis. Satu lagi pengajaran, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Sepanjang jalan balik tu, aku dah plan, balik ni nak terus mandi, kendian nak makan nasi ambeng tu terus. Dah lapar sangat nih. Tapi, takdir menentukan, aku terpaksa membasuh karpet terlebih dahulu. Sempat pulak terpikir nak hantar dobi huhuhu. Haihhh banyak pulak yang aku pikir kan. Hanya kerana kejadian itu.

Sepanjang ketiadaan encik suami, tetiap hari aku menangis. Huuuuuuuuuuuuuuuu mengongoi2 lagi. Tapi takde kena mengena ngan ketiadaan suami pun. Nangis sebab tengok hindustan hahahaha.

Angin apa tah, ari jumaat tu aku layan K3G. Sabtu tu chalte2. Ahad pulak, devdas ngan mohabattein. Perasan tak, semuanya ada shahrukhkhan hehehe. Dalam 4 citer tu, aku paling suka part watak srk kat london dalam K3G. Sebab time tu dia serius dan matang. ???????


p/s betul lah. perasaan nya sama macam tengok jack dalam 24. getek!









0 komen: