Tuesday 15 March 2011

Awal Juz Dua Surah Al-Baqarah

Masa kecik2, bila dah baca sayakulussufaha... taulah maknanya dah masuk juz dua. Masa kecik2 juga, masa sekolah ugama darjah 2 ke 3 tah, aku pernah join kelas mengaji pada hari sabtu. Yang mengajar nyer ialah seorang qariah di tempat kami.

Pada suatu hari, pihak sekolah ingin mengadakan pertandingan musabaqah (apa ek beza tilawah ngan musabaqah?) al-quran peringkat sekolah bagi memilih calon mewakili sekolah. Jadi, pada masa kelas mengaji itu, cikgu mengaji telah memilih calon2 musabaqah tersebut. Kalau tak silap aku musabaqah tu dibuat sekali dengan sambutan maulud nabi kot.

Semasa kelas mengaji itu, cikgu mengaji telah mengajar kami kekdah bacaan sekali ngan taranum. Ayat yang dibaca diambil dari surah al baqarah. Ayat berapa entah ek, tapi dalam awal2 juzuk ke dua lah. Antara ayat yang aku ingat sangat ialah ini (sebab part ni kena tarik tinggi sikit hihihi) :

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيم

Tengah aku membaca blog berkaitan umrah tadi, aku terbaca lah amalan sunat yang boleh dilakukan semasa saie. Antaranya ialah membaca sebaris ayat di atas semasa berada di atas bukit marwah. Patut lah ada bunyi safa wal marwah dalam tu.

Eh, berbalik kepada kisah musabaqah tadi. Selepas dilakukan ujian, aku adalah salah seorang daripada yang terpilih untuk menyertai musabaqah tersebut. Selain sidah (geng sweetheart ku hihi).

Tiba2, dalam masa yang sama, ustazah sekolah ugama juga sedang membuat pemilihan untuk nasyid semasa majlis tersebut. Pun aku terjoin jugak. Tapi, masalahnya ustazah takut peserta musabaqah tak sempat bersiap sedia untuk nasyid. Sebab peserta musabaqah kena pakai kain songket kot. Ke gitu lah. Takut kelam kabut pula. Jadi, dengan sesuka hati, ustazah telah menggugurkan nama aku dari peserta musabaqah untuk masuk nasyid. Sedih aku. Padahal cikgu mengaji (bukan ustazah sekolah ugama) yang pilih aku. Sidah dapat masuk pulak, tapi dia tak masuk nasyid.

Kecewa betul rasanya. Sebab itulah, sekarang ni, bila mengaji dan tiba kat ayat tu, aku akan baca dengan beriya2. Lepas gian hihihi.

0 komen: