Thursday 31 March 2011

THE Movies Lagik

Tak jadi preview filem tak bererti aku perlu melupakan maksud asal aku menulis entry itu tadi. Kan title nya pun the movies, maka memang aku nak cerita tentang beberapa movies yang aku tengok hasil pengdownloadan itu.

Selain the sosial network (bukan typo ok), aku juga baru menonton filem the noteb00k. Ya, memang cerita lama. Tapi better late than never kan? Better ker? Tak kot. Memang lah pembawaan citer tu tak good pon, tapi ada sesuatu pada cerita itu. Oh, satu yang aku suka pada cerita ni dan juga cerita sosial network tu tadi ialah pemandangan yang terdapat di dalamnya. Cantik ah. Aku siap berangan, best agaknya kalau aku dapat belajar kat harvard u ek? Takyah harvard la. Dapat pergi luar negara pun aku rasa aku akan jakun kot melihat keindahan alam dan keindahan architecture bangunannya. Eh, tapi kalau dapat masuk harvard pon ok kot. Hahaha adoiyaiii... ayat macam budak lepas spm kan? Tak sedo diri dah tua. Tapi, tak mustahil, kan? Life-long learning what...? Tak mustahil, tapi mustahil bagi aku la kot. Tak kuasa!

Okeh. Berbanding dengan sosial network, the noteb00k ni pulak memaparkan suasana country. Zaman 1940-an. Yang paling tak boleh blah ialah pemandangan burung2 putih di atas tasik. Cantikkkkkkkkkkkk sangat. Eh, aku ni tengok movie ke tengok gambar ek? Apa2 pon, aku suka cerita ini. Rasanya aku dah ulang tayang citer ni 4 kali kot. Sosial network lagi lah, 6 kali kot. Tu belum the t0urist.

The t0urist aku tengok kat pawagam sekali dan kat pc berkali2, tak terkira dah. Cumanya untuk citer the t0urist tu, aku bukan nak tengok pemandangan sangat. Lebih kepada nak tengok erkkk j0hnny depp. Pengsan! Bukan itu saja, sampaikan aku boleh ulang tayang pulak citer pairet of the carribean 3 series berturut2! Sedar, pengsan balik! Erkkk ok, nak ulang tengok the t0urist lagi lah. Babai!

Sambung balik.

Filem seterusnya ialah the reader. Pon cerita lama. Kat3 winsl3t heroin nya. Asalnya aku tertengok cerita ni kat tv, Channel diva kot. Pastu terus suruh encik suami download. Daripada 4 movies ni, yang ni yang agak 'panas' sikit la. Tapi aku suka jalan ceritanya. Lain. Agaknya cerita2 yang flash back zaman perang dunia memang best2 kot, ek?

Okeh, dipendekkan cerita, movie terakhir yang aku sudah tonton baru2 ini ialah filem ketika cinta bertasbih part 2. Sebagai pembaca novel itu, aku bagi 3.5 bintang. Dari segi plot, ok walau pun banyak jugak lompat2, tapi boleh diterima. Tapi dari segi pelakon, sekali lagi aku tak puas ati. Macam citer ayat2 cinta, pelakonnya ada yang tak masuk. Azzam tu ok la jugak. Tapi furqan? Jambu giler! Anna nya pulak tak seperti yang aku gambar kan. Sepatutnya si vivy tu yang jadi anna kot (kalau dah takde sangat). Tapi adik2 azzam tu semua aku suka. Comel dan pandai berlakon. Adik dia yang ayatulhusna tu sekali pandang terus teringat kat anak kak su, thurayaa. Tapi aku belum tengok yang part 1. Mesti best jugak.

Huh! Lega aku. Dapat jugak aku update blog ni. Harap entry ini dapat mengubat rindu korang hahaha. Uwekkk!


p/s owh, lupa lak. ada satu ecene yang sweet dalam citer sosial network tu di mana gelpren kawan mark (co-founder) tu terjah bilik dia dan tanya, kenapa relationship status dia single? i mean, ye lah, dia sendiri sebagai co-founder, tak sempat nak bukak fb dia sejak register. kata dia, masa register tu dia single. LOL!

THE Movies

Kebelakangan ini aku semakin galak mendownload movie. Sebelum ni macam tak tau nak simpan kat mana. Kang simpan dalam laptop bebanyak, hang memanjang pulak. So sekarang, takde masalah itu lagi. Yeah!

Minggu lepas aku menonton filem the sosial network. Lajunya dia cakap! Well... harvard.

Meh aku cerita sket pasal citer tu. Aku tau laaa kawan2 aku ramai yang sibuk, takde masa nak tengok movie. Blogging ada masa eh. Tapi aku rasa, pengguna2 fb PATUT tengok citer tu. Sekurang2nya kiter yang bukan it person ni, faham la sedikit sebanyak tentang dunia rangkaian sosial itu sendiri. *Kalau tidak dunia it itu keseluruhannya.

Dipendekkan cerita (belum mula dah dipendekkan hehe), cerita ini ialah mengenai, bagaimana fb itu dibuat pada mulanya. Aku sebenarnya masih tertanya2, ni cerita benar ke fiction eh? Tak kisah lah tu kan. Kisah bermula apabila Mark (genius kot) ni clash dengan aweknya dan balik hostel sambil berlari. Mula2 tengok tu aku tak tengok part dia gaduh ngan awek dia tu. Tetiba je part dia berlari2. Sampai di bilik, terus dia blog pasal awek dia. Dan dia membuat satu site untuk meratingkan girls di harvard itu. Dalam masa beberapa jam sahaja, dia telah membuatkan trafik di harvard itu meningkat sehingga 22k! Dan dia telah dijatuhi hukuman 6 month academic probation kerana menghijack server uni itu. At the same time dia telah mengirritatekan awek dia si erika itu melalui entry blognya itu tadi.

Kejadian itu telah menyebabkan sekumpulan senior elit (porcelain clubs) memilihnya untuk satu projek ala sosial network yang eksklusif untuk warga harvard (pemegang email harvard.edu ler). Idea tersebut telah dipersetujui oleh Mark. Tanpa hitam putih.

Errr aku rasa macam aku pulak yang menjengkelkan apabila menulis film preview ini. Tidak kah ini seperti macam bagus? Eh, tak jadik lah nak citer.






Tuesday 29 March 2011

Mode Melankolik










Thursday 24 March 2011

Yeay!

Good news! Bawang bombay is back. Ya! Bawang pepel tu. Dan harganya juga adalah biasa2. Aritu aku gi kat pasar malam, ada 3 jenis. Yang kecik rm6, yang sedang rm7 dan yang besar rm9. Aku pilih yang sedang sebab kalau yang kecik tu susah nak kopek. Dah lah tu, kena guna banyak biji pulak. Tidak juga yang besar sebab bila besar sangat, dah macam bawang besar dan susah nak tumbuk. Sebab luas permukaan dia besar. Jadi, lambat nak lumat. Kalau dibelah2 pulak dia akan hancur sebelum ditumbuk. Maka, susah nak tumbuk. Sebab itu aku suka yang sedang2. Aku suka perasaan memecahkan sebiji bawang bila ditumbuk kali pertama. Boleh?



Update Asal Boleh

Apa nak tulis ek? Giler takde cerita nak diceritakan. Macam tido tak bermimpi. Errr boleh ke perumpamaan ni? Ah, dah terlanjur sebut mimpi, aku cerita pasal mimpi je lah ek.

Pertamanya, nak cerita pasal mimpi yang tak boleh diterangkan. Dan berulang. Aku ada satu mimpi yang selalu berulang, tapi bila bangun, tak boleh nak terangkan balik, apa yang aku mimpikan tu. Nak terang kat saper? Saper lagi? Cuma yang boleh aku katakan, dalam mimpi tu, kalau aku tak berjaya pulang ke tempat asal, aku akan mati. Dan selalunya aku akan tersedar dalam keadaan suspen sebab tak jumpa tempat asal tu. Kira kalau dalam filem, macam citer tipah tertipu la... apa orang panggil? Alaaa cerita yang bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat la. Travel? Journey? Apa2 lah. Tapi macam tu lah.

Dan biasanya, kalau mimpi macam tu, aku akan berada dalam separuh sedar di mana aku akan tengok keliling dan perati je kat lampu. Tak kira lah lampu apa yang menyala. Macam dalam bilik aku ada lampu LED pada tv, suis ekon dan pada ekon tu sendiri. Memang susah nak terangkan. Biasanya mimpi tu tak datang berturut2. Dia akan kembali bila aku dah lupa. Dalam sebulan ke, gitu lah.

Keduanya, mimpi beranak. Fuh! Kalau dikumpul2kan, aku rasa ada dekat 5 ke 6 orang kot anak mimpi aku hihihi. Dan setiap kalinya, anak pompuan. Yang terbaru, malam kemarin. Perasaannya macam real, tapi tak sakit hahaha. Siap boleh cakap dalam mimpi tu, tak sakit pon? Orang cakap sakit. Patut la. Nama pun mimpi. Dalam banyak2 tu, pernah sekali je aku nampak muka baby tu. Dalam mimpi yang lepas sebelum yang kemarin tu.

Alahai...

*Yeay! Siap satu entry :)

Friday 18 March 2011

Bole Chudian




Dah abis demam boliwud baru la rajin nak tulis. Ini semua salah radio kereta kancil yang rosak. Itu ari aku servis ekon. Pomen tu bukak betri. Langsung tak dapat dah mana2 siaran. Padahal dah betul dah frekuensinya. Jadi, sebagai alternatif, terpaksa lah aku bukak kaset. Kaset lagu2 hindi yang aku rakam. Nostalgik.

Aritu kan aku tengok citer2 hindi srk kan. Pada masa yang sama, srk berada di melaka kan. Pada masa yang sama jugak srk kuar kat tv dalam iklan jam tag heuer kan. Jadi aku pun godeh2 la yutiub sambil melayan lagu2 hindi. Dan terbukak vc boleh chudian dari filem k3g nih.

Masam musim k3g, aku berada dalam tahun kedua pengajian. Rumah sewa kat seksyen 7. Masa tu, tetiap malam aku layan hindipower. Hari apa tah, ke tetiap hari ada carta? Tetiap hari kot. Carta hindipower. Dan lagu bole chudian ni adalah antara lagu yang pernah jadi juara selama berbulan2. Paling lama aku rasa. Dan pada masa tu, aku rasa, macam selamanya lah lagu ni akan jadi juara. Sebab lama sangat. Tapi, lama kelamaan, berakhir juga musim k3g. Maka berakhir lah juga lagu ni jadi juara.

Itu je, Sebenarnya nak bagitau perasaan aku yang 'macam selamanya lah lagu ni akan jadi juara' tu je hehehe.

Gambo Makanan

Takde mende nak cerita. Maka aku godeh2 la folder photos. Tepek la apa2 yang ada. Kang dibuatnya hard disk kiok, ada lah jugak gambo2 tu kat dalam blog nih.

Asam pedas kepala merah sebelah. Besorrr gilers. Lokasi, Generation Tambak Malam, depan mebeng sebelah ex-pawagam cathayy.

Mee bandung ajijah. Patut lah kak yus kata tak sedap. Memang pun. Dulu rasanya macam sedap. Dan takde kacang. Sekarang ni, dah macam kuah rojak dah. Penuh kacang. Tak sukkker.

Rojak ajijah jugak. Sedap jugak. Besar portion dia.

Sirlion beef steak at diddy'spizza depan welwerd baru.

Lamb chop diddy'spizza jugak. Kalo kat PR ni, kat sini je lah yang sedap. Kat bisik2 punya liat macam selipo jepon.



Thursday 17 March 2011

Mazhab, Cuci Harta atau Fatwa Kebangsaan vs Negeri?

Aduhaiii keliru gegel. Tadi kami pergi ke pejabat agama. Niat di hati nak bayar zakat kwspi. Sebelum ni aku ingat, asal keluarkan je, kena tunaikan zakat.

Sampai di sana, aku cakap kat encik suami, kalau kiter artis ni, mesti besok kuar berita, kiter pegi pejabat agama, masalah rumahtangga ek? Hihihi macam saper aritu? Vanidah kot.

Masuk je pejabat tu, kami cakap ler tujuan kami ni. Puan tu cakap la, mengenai cukup haul, cukup nisab bla bla bla. Dia kata, kalau ikutkan, negeri johor ni memang follow la syarat cukup haul (setahun) dan cukup nisab (negeri johor +- 11k) tuh. Negeri lain mungkin lain, katanya. TAPI, kalau rasa nak bayar jugak dengan niat nak menyucikan harta, pon boleh bayar sekarang.

Ah sudah! Caner nih? Kang tak bayar, dia ingat kami ni berkira. Kalau aku bayar, memang lah bagus kan. Tapi, kenapa dia bagi pilihan begini? Haiyooo. Dahlah puan tu macam ustazah gitu kan.

So, balik je dari situ, aku pun menggugel.

Ini dapatan dari e-fatwa jakim. Dan turut digunapakai oleh majlis agama wilayah.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama' berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.
  2. Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut "Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun".
Ini pula dari majlis agama johor.

S- Adakah wang simpanan di kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) wajib dikeluarkan zakat oleh pemiliknya?

J- Wang yang terdapat di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak wajib zakat ke atasnya sehinggalah dikeluarkan oleh pemiliknya dan disimpan selama setahun (genap haul dan cukup nisab). Sekiranya dalam tempoh haul telah habis digunakan maka tidak wajib zakat.

Itu je yang aku nak share :)




Deko Deco Dekorasi

Selain di rumah, aku juga 'terpaksa' memerah keringat dan minda untuk membuat dekorasi di opis. Dah lah IT dah cantik sekarang. Kang besok terlepas pulak gelaran juara 5s tu kat derang pulak. Susah wei nak maintain. Jadi, itu ari, lepas merentas desa belah pagi, petang nya aku membuat benda alah ni. Patut beli je lah yang ready made, ek? Tapi, kalau ready made, sesiapa pon boleh buat. Plus, aktiviti sebegini sepatutnya menggunakan sumber2 yang sedia ada sahaja. Oleh kerana sticker floresent ni ada banyak, maka aku guna je lah apa yang ada.


Suker! Suker! Suker! Tapi ada satu masalah. Gam sticker tu tak kuat. Asik nak tanggal jek. Dah satu keje pulak aku tetiap pagi, masuk opis je, kena tepek sticker ni. Yang pink tu ok lagi. Yang oren tu yang tak tahannya. Maybe stok dah lama kot. Lantak ler. Agak2 dah tak boleh lekat lagi besok, aku humban je ke dalam tong sampah. Habis cerita. Tapi yang pink tu rasanya masih boleh tahan lagi. Ni aku ingat nak tambah lagi. Tapi, macam malas pulak. Sebab...

Tetiba member balik dari buat soalan, tengok, dia ingat kb yang suruh buat. Sebab katanya macam corak bunga kat lantai yang orang buat guna beras warna warni tu. Choi!

*************************************************************************************

Akhirnya kini aku sudah memiliki sebuah external hard disk hehehe. Tapi tak tau nak simpan apa sebenarnya. Yang kat dalam laptop ni 320GB pun tak penuh, inikan pulak 1TB ek? Takpe, pasni aku download movie banyak2. Eh, tapi apa kaitannya dengan deko tah?


Teman berteman. Si cherry sudah ada pasangan.

*************************************************************************************

Tadaaa!!! Masa gi ganu itu ari, aku dah menambah stok tembaga. Nak dapat pattern yang rumit2 ni memang terpaksa beli yang made in siam. Sebab orang tempatan buat pakai tangan. Derang pakai mesin. Konon nak la simpan benda2 ni dalam kabinet ikeaa yang konon jualan murah tu. Sekali takde stok pulak dia. Tipu ah.

Set merenjis (ke set berinai)

Motif buah manggis (dah kupas)

Dan teko aladin

*************************************************************************************
Dan yang terakhir, koleksi r0mantika, ikeaa dan kk.



Takyah kompius. Memang ketiga-tiga gambar adalah sama hihihi

Yang ni lain.


Kalau 100 kali pegi ikeaa, maka ada 100 buah la kerusi herman ni kat rumah aku hahaha. Senang nak kira, berapa kali aku dah pegi.

Benda2 comel ni banyak kat kk. Tapi yang tingkat2 tu beli kat paksen. Murah. Benda yang sama kat kedai lain, harganya 2 kali ganda.

Yang terkini... tempat mengumpul habuk. Suka la bunga tu...


Penyelamat dunia. Kalau tetamu datang mengejut, boleh sumbat benda2 yang bersepah ke dalamnya.

Ini penyelamat aku. Bila lepas menjahit, malas nak kemas, pon boleh sumbat kain2 ke dalamnya.


Dah.

Wednesday 16 March 2011

Kawen Lagik

Sebelum aku cerita pasal kawen ni, bior ler aku tepek kan gambo budak yang baru nak berjalan ni. Geram aku.







Okeh, baru boleh cerita. Rasanya baru je aku cakap kat encik hairul, biler la adik2 dia nak kawen. Dah lama kiter takde kenduri kawen. Dah lama tak buat hantaran hihihi. Rupa2nya, tak lama tu, mak call, 13hb ni nak buat kenduri kawen adik aku. Alerrr tapi tak besar la kenduri nyer. Dah, ini perkahwinannya untuk kali ke-3.

Jadi, hari jumaat lepas, abang epet datang ke rumah aku seberataan sebab dia ada keje kat sekolah arab sini. Kiranya kak ani balik dengan aku lah besok. Lepas maghrib gitu derang sampai. Besok pagi, kami bertolak dari rumah jam 10 pagi. Sambil dengar berita gempa dan tsunami. Pas ni boleh la ingat, bila adik aku tu kawen. Sehari sebelum tsunami jepon huhuhu.

Sampai di eto5 lebih kurang jam 12. Terus rewang. Penat seh. Terasa lama sangat masa berlalu. Tengah malam lebih kurang jam 12, kami balik semencu. Selesa sikit tido kat sana. Hari ahad, pepagi lagi aku dah pergi semula ke eto5. Buat makanan untuk makan damai pulak. Tak pernah umur aku membuatnya. Main hentam je aku buat ala2 bunga pohor hihihi. Dengan fasiliti yang terhad.

Ok tak ok tak?

Satu je yang aku tolong buat. Yang lain tu tak.

Pernikahan berlangsung lebih kurang jam 11.30. Janjinya kul 11, tapi tok kadi banyak job hari ni.

Rombongan pengantin dari sarawak tuh

Perantin

Ina dan Dini (tok kadi yang sebut gini tau, padahal Danny sebenornya. Dah tulisan jawinya 'dal ya nun ya' kot, jadi lah dini hihihi. Patut 'dal alif nun ya' kot, bunyi dani. ek?)

My new adik ipor (tapi tak tau umur dia berapa). Setakat ni macam pendiam orangnya.


Menu ringkas, sayur goreng, ayam kicap, sambal udang dan pajeri nenas


Dah, abis. Petang tu jugak kami balik. Lalu jb, singgah angsanaa. Kang aku tepek gambo hasil tuaian dari r0mantika pula.