Monday 7 February 2011

PTPTPU Lagi

Diam2, dalam dok komplen2 kos perkhidmatan tinggi, nak tukar ujrah ke tidak, nak bayar banyak2 ke sikit2, rupanya2 pada hari ini hutang ptptpu aku cuma tinggal lebih kurang 4,900 je. 4,000 daripada 17,000, kira bagus lah, kan? Masa keje lepas grad tu, aku tak bayar dulu, sibuk kumpul duit nak kawen. Pastu, adalah jugak aku bayar 150 sebulan. Setahun pastu, berenti keje pulak. Tapi aku bayar jugak tau. Tapi 100 je la setiap bulan. Baik nyer la hai. Rasa2nya encik hairul yang bayo kan hikhik. So, dapat je keje ni, terus aku pulun bayar 300 sebulan. Sepatutnya mengikut perjanjian, aku kena bayar lebih kurang 152 sebulan selama 15 tahun. Pergh! Macam selamanya je. Tetapi, bila aku bayar 2 kali ganda setiap bulan, dia boleh jadi 5 tahun jek. Magik!

Takde maknanya magik aih.

Tengah boring2, aku belek2 la akaun ptptpu aku tu. Sajer lah nak tengok macamana duit yang aku pinjam tu ber'revolusi' hihihi. Rupa2nya, sejak perubahan dari 4% ke 3% tu, akaun aku telah terpecah dua. Dah macam akaun kwspi kekdahnya, kan? Ada akaun 1, akaun 2. Ekceli bukan lah dia namakan akaun 1, 2 pun. Cuma dia asingkan je pengiraan kos pentadbiran tu. Kekdahnya, pinjaman semester pertama yang 3,500 tu, dikira 4%, sementara yang bakinya lagi 2 tahun, 14,000 tu pulak, dikira 3%. Magik lagi! Pastu, tiba2, pada tahun 2006, dia merge kan kedua2nya sekali. Tengok baki, hek'eleh, macam aku tak bayar langsung pulak.

Bermula bulan 12 yang lalu, para peminjam ptptpu sebelum tahun 2002 sudah boleh menukar perjanjian 'pinjaman' kita kepada 'pembiayaan' sistem ujrah. Daripada 3% yang asalnya 4% itu, ia bertukar!!! kepada 1% sahaja. Bunyik macam best?

Tapi, aku pulak, ingat benda tu bermula bulan januari ni. Aku pun tak buat apa2 lah. Ni, baru je beberapa minggu yang lepas, baru lah aku apply. Rupanya kena apply, tunggu approval, baru lah dia anto agreement. Pastu kena gi mati setem. Sampai sekarang, aku masih belum mendapat surat perjanjian itew. Tapi katanya, kalau kita bayo lump sum, memang boleh dapat 1%. Mengikut terma dan syarat la tapi. Cuba lah terus terang je kalau buat stetmen. Hisy!

Ingat lagi (well... nostalgia la pulak), masa nak sign agreement mula2 tu. Senang sangat. Tak perlu penjamin kan. Nak saksi je. Orang hep suh mintak sign daripada staf kat hep tu lah. Tah, aku pun tak kenal. Yang penting sonang baitu. Ni, nampak gayanya kena melalui proses yang sama. Takat nak sign pegawai gred A, sekelip mata je boleh. Yang lecehnya nak ke lembaga hasil matikan setem. Lemah betul la nak keluar2 time opis nih.

Anyway, sedang aku menunggu reply dari mereka (email), tiba2 aku terdengar kabo2 angin yang mengatakan, sistem ini memang lah menguntungkan budak2 sekarang, yang ambik ptptpu semenjak pengumuman pengurangan tu. Sebab menurut kabo angin itu, bagi kita2 ni, pengiraan 1% itu dikira bermula dari baki pinjaman kita pada tahun 1 jun 2008 kot (memang time diumumkan lah ni). Alah, sama lah macam masa dia nak tukar dari 4% ke 3%. Bukan nya dia kira dari pinjaman pokok, tetapi dari tarikh pengumuman bajet. Tu yang akaun aku terpecah tu tadi. Dah la siap hantar stetmen salah, pastu hantar yang lain mintak maaf, sila abaikan stetmen sebelum ini. Dah ber*ak baru nak cangkung.

So, kalau dikira dari tahun 2008 (contohnya), takde lah menguntungkan sangat. Eh, bukan lah nak untung. Boleh la jimat 5-6 ratus kot. Cuma nakkan keberkatan je. Sebabnya, kalau dia kira baki pada tahun itu, baki tu sendiri dah dicampur dengan 4% dan 3% suatu masa dahulu tu. Ok, lah, kalau kata ujrah tu bercirikan islam. Tapi, macamana yang sebelum2 tu? Umpamanya, saper yang ambik ptptpu dahulu, dah menanggung dosa sebelum mereka mengujrahkan nya. Tetapi di'kurang'kan dosanya apabila menandatangani agreement ujrah ini pula. Huh! Kenapa aku rasa macam baru keluar dari zaman jahiliyah pulak nih?


Pape pun, ku akui, masa buat pinjaman ptptpu dulu, memang aku jahil dalam hal ini. Peduli lah dia nak taruk kos pentadbiran 10% sekali pon. Yang penting ketika itu, ada duit nak menyara hidup. Haih...

Akhir kata, aku dah tak sabar nak memutuskan hubungan dengan ptptpu. Sikit hari lagi. Aku berterima kasih atas perkhidmatan yang diberikan sehinggalah aku tamat pengajian. Bukan lah teruk sangat servis derang. Cuma sekali je, final semester, dia lambat bayar. Sibbaik ada kekasih yang berlainan batch yang dapat duit dulu. Itu pun, sebab duit loan dia dah nak abis lah tu, yang aku terpaksa terjah opis ptptpu tu. Kami mahu wang kami! Gitu. Eh, betul apa tindakan tu? Kalau memang aku sensorang time tu, mana nak cekau duit sewa rumah, makan, minum, teksi segala? Mana???

Dah.




0 komen: