Wednesday 2 February 2011

Kepala H0tak Penjenayah Itu dan A.XN

Masa pergi ke penang tu ari, aku telah membeli dvd season 4, 5 and sebahagian daripada 6 (sebab belum abis tayang kat tv lagi) siri kepala h0tak penjenayah itu. Sejak balik, berhari2lah aku mengadap bendalah pat segi kat rumah itu. Sampai kan gerak geri orang di sekeliling ku, dapat aku kaitkan dengan siri tersebut. Kira bertambah paranoid lah aku yang sedia paranoia ini. Kat tv kita sekarang, tengah tayang season 5 kalo tak silap. So, tak perlu lah aku ternanti2 tayangannya.

Tapi, sekarang jugak, axn tengah tayang 24 musim ke 8. Yang aku dah tengok 2 kali tu. Mula2 dia tayang hari selasa kul 11pm. Tetiba sabtu lepas, aku tertengok maratonnya dari kul 8-12 malam. Tengok eklan, laaa rupanya dia tayang setiap selasa-jumaat jam 11 malam. Cepat lah sikit habisnya, kan? Nampak gayanya macam susah lah nak mencapai cecita untuk tido awal.

Selain itu, s0 u think u can dance juga telah bermula sejak 2 minggu lepas. Setakat ni masih lagi peringkat odisyen. Tak sabar nak tunggu peringkat akhirnya. Tayangannya setiap isnin jam 8 lebih sikit. 2 jam. Aku suka tengok cat tu sebut s0 u think u can dance tanpa menggerakkan mulut hihi.


2 komen:

kakLuna said...

aku selalu terlepas kepala hotak penjenayah tu sbb ngantuks atau dh ralit sgt berFB. mujur ada tonton.com.my...layan situ aje. grey anatomy pun

AyunasiA said...

aku pon ingat2 lupa tv mana dan pukul berapa cite tu kuar.