Tuesday 8 February 2011

Ayunasia Batik Collection (A.B.C. la kononnya)


Maharaja Ramlah Ram. Izinkan Ku Pergi Kaer.

2 lagu yang bila aku dengar je, mesti teringat bisnes batik aku suatu ketika dulu. Memang masa tu aku taruk lagu ni sebagai background music blog batik aku tu. Dan bila teringat, mesti rasa sebak, nak nangis. Campur tak percaya. Betul lah. Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Macam sekarang, aku boleh beri bermacam alasan kalau orang tanya, takmo bisnes lagi ke? Tapi, hakikatnya, alasan yang paling tepat ialah M.A.L.A.S. Tak boleh nak kata apa lah kan.

Semasa berbisnes dulu, memang lah rajin. Balik2 je dari kb, cecepat bukak studio. Panjat turun gantung pin edit upload update. Naik juling bijik mata. Seharian mengadap pc, monitor forum dan email.

Tadi aku tengok balik blog dan fotopages bisnes tu (macam takde keje je kan? semalam belek akaun ptptpu, hari ni belek kain baju plak). Bestnya. Yang best sekali bila tengok, eh, macam baju aku? hahaha. Sebenarnya, ada beberapa pasang jugak yang akhirnya menjadi milik aku. Bila dah mula kerja, aku buat promosi tutup kedai. Dan baju yang tak terjual, aku pakai sendiri je.

Meneliti setiap helai baju, aku dapat mengingati serba sedikit tentang pembelinya. Meh kita cekidaut.

Ni bukan batik. Tetiba angin aku jual kain pasang biasa. Kain ni asalnya 4 meter, tapi tiba2 ada sorang buyer dari sabah, mintak kain matching (baju 2 meter, kain satin). So, aku terpaksa lah potong. Mujur jugak dapat sorang lagi yang nak beli lagi sebelah.

Pembeli ni tanya aku, sesuai tak kalau baju ni dia nak pakai time bertandang ke rumah lelaki? Sebab takde sanding2 katanya. Ok lah kan? Kaler silver memang in time tu.

Yang ni dibeli oleh seorang staf uiam. Diberi nama 'batik retak'. Punya lah beria dia suh aku meyakinkan dia bahawa baju ni cantik dan akan dipuji oleh rakan pejabat hihihi. Sabo je lah.

Nama glemernya versace. Tah tang mana yang versace nye tah. Dah supplier kasi nama tu, aku pun memperpanjangkan jelah nama tu. Banyak jugak design ni yang berjaya aku jual. Yang ni dijual kepada kawan ku fara. Masa tu aku gi kl, singgah rumah dia dan dia pon berkenan yang ni. Ingat jugak, masa aku datang tu, dia baru balik dari cuti2 pd.

Ini design bonia. Aku pun ada satu kaler pepel. Yang ni antara yang terakhir terjual. Dijual kepada staf ilpi mersing.

Yang ini pon aku ada satu kaler gold. Corak abstrak. Yang ni aku jual kepada staf it0. Memula aku datang, dia dah beli satu, design versace. Kendian suh datang lagi (aku tak datang, suh encik hairul je bawak) dan dia ambik yang ni pulak. Dapat lah aku tengok dia pakai baju ni time wedding adik dia. Eh, beliau.

Oh, yang ni aku tak jual. Ekceli, ini kain first batch. Bila tak habis, selalunya aku pulang balik. Tapi tidak yang ini. Sayang. So, bila takde orang nak beli, aku buat baju aku je lah. Dan aku pakai baju ni untuk lapor diri kerja sekarang ni. Yo yo jek.

Ini antara fevret aku. Sebab bila tengok, mesti hati tepikat. Entah. Mungkin kombinasi kaler hijau pepel tu kot. Dan aku menjual nya kepada seseorang yang nak bertunang. Budak muo. Agak panjang la cerita jual beli kain ni. Dalam proses tu, kami pun jadi kawan. Siap dia hantar gambar dia bertunang dengan memakai baju ni lagik. Cuma aku tak puas ati sikit la sebab tudung yang dia pakai tak berapa match hehehe.

Ini pun koleksi first batch. Punya lah lama aku simpan. Kalau boleh memang takmo jual, tapi akhirnya ada staf ilpi mersing yang berkenan. Terpaksa la let go jugak. Tah apa2 tah aku ni.

Itu je lah. Banyak lagi yang ada sejarah, tapi macam takde rasa nak taruk kat sini. Apa2 pun, satu pengalaman yang menyeronokkan lah jugak. Dan yang penting, aku melakukan ini untuk mendapatkan mood menjahit baju batik aku yang dah lama terperap tu. Bila nak rajin nih?

p/s rindu pulak kat kaler biru dinding bilik tido kat rumah sewa lama dulu.
p/ss owh, manequin tu aku bagi nama suraya. masih ada dalam stor, tak tau nak jual kat saper.

0 komen: