Friday 7 January 2011

Tetiap Hari Kira Agregat

Aritu aku cerita pasal carian blog ini di gugel kan? Memang lah, kalau nak cari blog orang, memang wajib guna gugel. Kalau cari kat search engine lain, kang merapu2 ke mana2 tah. Part tu aku dah tak kisah dah. Lantak lah, nak taip ayuniasia ke, ayunloveasia ke, sukati korang lah. Janji jumpa blog ku yang pink ini. Itu memang tak pelik lah kan? Cari blog aku jumpa blog aku.

Tetapi, ada manusia2 ni. Dia tak pun cari blog aku. Tapi, tiap2 hari, ada je yang masuk dengan carian ini. Iaitu, cara kira agregat / pangkat dalam spm. Aku tau, sekarang dah tak main pangkat2, agregat2 ni. Tapi, tetaplah ramai orang yang masih ingin tau bagaimana cara mengiranya. Aku rasa ada 2 kategori mereka2 ini.

1. Orang sezaman dengan ku. Dah lupa, saje nak kira balik. Kot lah lembaga peperiksaan tu tersalah kira ke kan. Sepatutnya dia agregat 7, tapi dalam sijil tulis 17 ke. Eh, mana ada tulis agregat dalam sijil. Dalam slip result je ada. Kat sijil dia tulis pangkat je. Ye lah, dah berapa lama, ada yang tak simpan lagi slip tu. Atau slip tu kena pulangkan masa ambik sijil? Entah.

2. Bebudak zaman sistem terbuka. Tapi, nak jugak tau berapa agregat dia dapat kalau berada pada zaman dahulu (rasa purba pulak tulis zaman dahulu). Sebabnya, aku pun ada jugak buat, nak tau dengan result aku, berapa ABC yang aku dapat kalau aku ambik spm pada zaman ini.

Oh, lupa lak. Sebenarnya aku musykil, kenapa mereka mengira agregat tak mengira masa? Kurang2, kira lah pada musim pekse spm ke, time result kuar ke. Ini, tiap2 hari (kecuali sabtu ahad la, cuti hehe). Kenapa eh? (tak perlu jawab).

p/s kepada pencari, sori kerana terdivert ke sini. sila ke entry ini untuk mengira agregat spm anda :)

6 komen:

Anonymous said...

saya ke sini 16 March 2017. nak sangat tahu ape maksud pangkat n gred wkwkwkwk ;) #spm2007

AyunasiA said...

hai cik anon... sila klik link berkenaan untuk mengira ya.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum sezaman...spm 1999...berkunjung pada Hari ni 10.06.21 timestamp 12:36..

mamiraysha said...

Hai! saya dari masa depan! haha... sy spm tahun 1998. berkunjung hari ni 10.06.21 @22.54

AyunasiA said...

setiap tahun dapat komen camni time result spm kuar😅

Anonymous said...

2022 hahahah