Wednesday 19 January 2011

Tak Kelakar, Tapi Tergelak Jua. Bersalah Rasa




Minggu lepas, ada satu hari tu hujan lebat sangat. Aku terpaksa pergi ke bp lepas balik kerja. Seperti biasa, kalau hujan lebat, ada sesetengah jalan dinaiki air. Depan bpmol misalnya. Tak sangka pulak, aku terjumpa kejadian banjir lumpur di tengah jalan. Tak menjangka apa2, aku pun mengambil video ini. Tiba2... saksikan sendiri.


Pertamanya, aku rasa bersalah sebab aku rasa, kereta aku lah asbab motor tu tumbang. Sebab aku rasa, dia cuba nak mengelak kereta aku, lalu cuba berhenti. Malangnya...

Keduanya, yang aku nak gelak tu, ayat spontan aku di akhir video tersebut. Aku pun tak perasan yang aku bereaksi sedemikian. Kira macam gelakkan diri sendiri la.

Ketiganya, aku rasa menyesal sebab tak dapat berbuat apa2. Sebab hujan lebat. Dan aku tak ke tepi sebab ada batu besar (bleh nampak sebelum kejadian) kat sebelah kete aku tu. Selepas kejadian, aku pun pulas stereng ke kiri. Lalu, tayar ku terlanggar batu tersebut. Risau je tayar pecah.

Jadi, itulah relevannya tajuk di atas. Memang bukan citer kelakar, tapi aku tergelak, seolah2 menggelakkan lelaki bermotor itu. Kalau dia baca blog ni (huh! tak mungkin kot), nak aku katakan bahawa, aku tak bermaksud sedemikian. Aku kelakar part e e e alamak, jato la pulak... je.



4 komen:

Yayu said...

Akak yang tergelak besar....

AyunasiA said...

masa tgk kat kemre, org biasa je, sbb x dgr sgt. bila bukak kat pc, dgr bebetul, baru lah gelak x hengat. kelakar+kesian.

kakLuna said...

ko jahat....

AyunasiA said...

aik? boleh pulak? tgh musim jahat, dengki dan jeles kot.