Thursday 6 January 2011

JJCM 2010 : Nasi Kandar dan Tak0 Ta0


Lepas check out, kami terus berjalan kaki ke penang road. Jauh? Ala, lebih kurang bus stand klang ke jalan masjid india je jaraknya. Dapat naik jejambat di persimpangan penang road off burmah road. Sampai2, terus beratur. Aku ambik nasi beriani lauk ayam masak ros kuah campur sementara encik hairul ambik nasi kandar lauk gulai ikan dengan sayur toge kuah campur jugak. Nampak sempurna? Ya, sebelum makan.


Tetapi, apabila aku menyuapkan nasi beriani dengan secubit ayam itu, aku sudah mengesan sesuatu. Aku rasa macam nak menangis. Terharu? Bukan.


Aku nak menangis kerana telinga ku berdesing! Pedas nak mati!

Muka nak nangis.

Tetapi, aku heran. Orang sebelah aku order benda yang sama ngan aku. Dia berdiri depan aku masa beratur tadi. By the time air sirap aku sampai, dia dah pun selesai makan. Pasal dia makan cepat tu tak lah aku heran sebab saiznya agak berkadar langsung. Yang aku heran ialah ini.

Tinggal tulang dengan batu je. Tahan nyer dia. Aku mampu makan separuh je. Tu pun berusaha tahan takmo minum air. Last2, serender. Tapi nampak dari gaya dia macam orang tempatan. Dah biasa.

Selesai makan, kami pon berjalan semula ke kereta di depan tune. Oh, lupa. Ayam tu tadi ok, lembut dan juicy. Nampak la macam ayam baru sembelih tak sempat masuk peti ais.

Kendian kami terus ke queensbaymol. Dulu pernah pergi situ. Masa tu aku tau tempat tu menghala ke bayan lepas, so aku pun ikut la papan tanda bayan lepas. Mata pulak asik nak tengok papan tanda, hinggakan lupa nak tengok kiri kanan. Rupanya mall tu tidak lah jauh dari jambatan. Dah, terlajak sampai ke mana2 tah.

Tetapi, untuk kali ni, mula2 aku dah nampak hotel eastin. Macam ingat2 lupa hotel tu dekat ngan mall itu. Tak jauh tu, terus nampak susur keluar ke mall tu. Mula2 jalan2, terjumpa pementasan barbidol. Tengok dari atas je. Oh, yang rambut kuning lah barbie nyer eh? Aku pun tak pernah nak ambik tau. Dia ala2 musical gitu. Sekejap2 pompuan seksi 3 orang tu nyanyi2. Masing2 berkemban. Tak lama tu, aku cakap dalam hati, isy, tak boleh jadi ni. Dah lah tengok dari atas, nampak segala2nya. Kami pun blah. Dan masuk jasko.



Si barbie.

Pusing2 dalam jasko, sempat lah aku merembat sehelai blouse. Itu pun puas lah menerai 3 pasang, 4 kali setiap selai. Cepat lupa. Kendian kami turun ke tingkat bawah, mencari tako. Yeay! Ada tako tao. Terus beli 2, oktopus dan prawn. Ada ke dah izan tu kata tako tu macam jejemput? Ceh! Tapi memang macam jejemput pun, kalau takde kicap ngan fish flakes tuh heheh. Oh, rupanya yang oktopus tu sedap lah. Sedap lah kalau ko tak membayangkan si paul tu huhuhu.

Dah tak pakai polisterin dah. Kotak kertas.

Jejemput jepon.

Dah beli, kami pun masuk ke food court. Tengah aku makan, encik hairul kata nak cari air. Dia takmo air kat food court tu. Nak cari kat jasko air oren. Tinggal aku sensorang. Sedang aku menyepit2 jejemput itu dengan copstik mini itu, aku terpandang kelibat seseorang. Lohhh jumpa lagi budak luna tu. Dia tengah ngekor suaminya membeli air. Aku pun menelefon beliau. Tak angkat. Mesti tak dengar tu. Sebelum tu, masa nak turun dari beli baju, aku dah sms, tanya dia kat mana. Katanya semalam nak lepak queensbay ari ni.

Bila dia dah duduk, baru lah dia tengok henponnya. Aku perati je dia tengah menaip, 'kat queensbay'. Bila sms sampai, cecepat aku reply, ' tengok jam 11'. Kami pun melambai2. Dia nak pegi kat aku, suaminya tengah pegi beli makanan. Aku nak pegi kat dia, lom abis makan lagi. Dalam jarak 5 meter pun bleh sms lagik. Sabo je lah. Pung pang pung pang lepas jumpa sekejap, aku pun blah. Mesti ko pon nak suh aku pegi cepat kan, sebab nak beli tiket wayang. Tapi aku dah tengok jadual tayangan guliver tu, kul 5 lebih kot hahaha. Lambat lagi. Dalam masa yang sama, aku nak cepat jugak sebab tak nak tempoh jammed.

Memula tu plan nak naik feri. Ye lah, dah datang kut jembatan, kenalah balik naik feri supaya dapat 2 pengalaman berbeza. Tapi, memandangkan aku dah pernah naik feri tu dan mengambil kira jarak nak ke jeti tu yang jauh (kalau lalu jembatan dah sempat sampai ipoh kot), kami terus naik jembatan. Dan terus turun ke selatan.

tbc...

up next, se'eh!

0 komen: