Tuesday 4 January 2011

JJCM 2010 : Dari Gunung Ke Pulau


So, selepas makan kek, kami terus start kete dan bertolak ke destinasi kedua. Sejak semalam aku peratikan, jalan kat depan bilik kami, tak pernah lengang. Sejak tengahari sampai lah ke malam (tambah ada pasar malam pulak). Mujur lah kami awal2 lagi dah dapat parking yang strategik di depan cafe stroberi tu. Tak payah alih sampai balik.


Sama lah juga dengan hari ahad tu. Kenderaan penuh sesak menghala ke simpang pulai dan gua musang. Ada lah dalam sejam gitu, baru dapat lepas dari kea farm. 2km je padahal. Selepas itu, baru lah bergerak macam biasa. Sibbaik dah kenyang. Kalau tengah lapar, harus kepala ku pening dan teruwek-uwek.

On the way turun, kami singgah di kedai teh yang sama cawangan jalan simpang pulai (pandai2 bagi nama). Niat di hati nak cari nasi lemak semalam. Agak2, sama tak? Tak! Tak sedap pong? Sambil2 tu sempat lah mengambil gambar sambil mendepangkan tangan di ladang teh. Janji ada.

Ok, gambar encik hairul mendepangkan tangan agak kontroversi, tidak dapat siarkan hehe.

Perjalanan turun aku rasa agak curam tetapi lapang. Berbanding jalan tapah yang lebih landai dan sempit. Apa2 pun, syukur lah kami gagal mengesan lokasi eksiden bas 2 tingkat minggu lepas tuh. Kalau ternampak, harus trauma di situ.

Pusing punya pusing, pulas punya pulas (stereng la, takde jual buah pulasan kat kemron), kami pun sampai di kaki gunung. Memang agak jauh tetapi rasa lebih selamat. Sesampainya kami di simpang pulai, teruslah kami mengambil jalan pantas ke hiway. Sempat lah buat aksi stunt kat trafik light tuh. Dah, papan tanda kurang jelas. Dari lorong kanan pon boleh undur dan cilok ke susur belok ke kiri. Takpe, nombol plet johor (ayat biasa menyedapkan hati kalau beraksi stunt di jalan raya negeri orang).


Akhirnya, Penang! Here we come!


0 komen: