Wednesday 5 January 2011

JJCM 2010 : Dari Blog Ke Alam Mimpi, Kini Jadi Realiti

Nak kena cerita ke sejarah perkenalan? Tak yah lah kan. Dah nama blogger, lebih kurang je lah kekdah perkenalanannya. Saling membaca dan mengomen lalu terbawa2 ke ym dan langsung ke fb. Eh, tapi boleh jugak kalau aku ceritakan sikit2.

Aku mula membaca blog dak ni masa zaman2 tak bekerja dulu. Senyap2 je. Takde sebab nak komen. Tapi, selepas aku bekerja, tiba2, pada satu hari, beliau menulis entry tentang ermmm macamana nak terangkan ek? Dia dah tutup blog lama, so takleh nak baca balik. Tapi yang aku ingat, lebih kurang, hari tu dia pegi keje, lalu kat rumah orang, nampak pompuan tengah sidai baju ke sapu laman tah. Ke tengah bersembang dengan jiran tetangga tah, lalu dia berkata, alangkah best nya jadi suri rumah tangga. Lebih kurang gitu lah. Ada tak lub?

Lalu spontan aku mengomen bahawa aku pernah jadi suri rumah tangga dan sekarang pula bekerja. Bla bla bla... Sejak itu lah kami berkomunikasi. Bermula dari half duplex, hingga lah kini, full duplex.

Sebelum raya aritu, aku mendapat mimpi.

Mimpi 1 :

Lub, aku mimpi jumpa ko ngan kawan ko, pastu pegi pusat pakaian hari2. (ni gara2 beliau tulis status di fb, pusat pakaian hari2 sudah dibuka di parit buntaq)

Dan baru2 ni pula, aku bermimpi lagi.

Mimpi 2 :

Lub, aku mimpi ko datang umah aku, pastu aku lak nak ikut ko pegi langkawi. Siap dengo suara ko lagi. (aku tak pernah dengar suara dia. selama ni sms je. kira jumpa tu baru lah tau suara masing2 hihi)

Dipendekkan cerita, dah kebetulan aku berada di atas sempadan utara negara, aku pun merancang untuk bertemu cik kak ni. Mula tu konon nak jumpa kat rumah dia, kendian kat ipoh, last2 kami bertemu di penang je.

So, malam ahad tu, disaksikan oleh tivi2 yang menayangkan perlawanan akhir pertama piala aff, kami pun ditakdirkan bertemu. Ok, ingat ya tarikhnya, ulangtahun tsunami. Mula2 aku ingat nak jumpa terus kat padang kota. Sekali cik kak ni kata nak 'jemput' kat depan hotel, maka aku pun tunggu lah. Pukul 8 katanya. 7.45 baru nak kuar. Gua saspek 7.45 tu lu baru nak mangga pintu grill rumah, kan? Pastu tunggu lif, panaskan enjin. Sebab dari pukul 8 aku tunggu, sampai 8.20, non ado. Last2 aku tanya balik, eh ko kata nak tunggu kat depan hotel ke, kat padang kota? Aku dah la fobia gathering tak jadi aritu tak abis lagik. Takkan nak kena 'prank' sekali lagi? Tak lama kemudian, beliau pun sampai. Sama la perangai ngan khairul fahm! (keeper tu lah) tu, first date dah datang lambat.

Lepas laga pipi kiri kanan kiri lagi, kami terus follow kete beliau ke padang kota. Dan kami pun makan2.

Eh, ambik gambo dulu sebelum makan.

Pasemboq.

CKT yang tak sedap. Terlebih kicap, udang dah habis. Dan hanyir! (tapi demi menjaga hati tuan rumah, ku katakan rasanya 'kureng' je huhuhu)

Bergambar di tugu peringatan, tapi tugu nya tak nampak pon. Yang nampak, 2 orang yang malu2 bergambar tegak macam tugu negara (awat aku rasa hang lagi tinggi ha? kata sama?)



Dah malam, tak tau nak bergambar kat mana lagi.


Bangunan majlis. Kat belakang tu benonya ada pengantin tengah bergambar2.

Perasan berada di replika white house.


Dan kami pun berpisah di sini. Kalau takde bodyguard kita tu, banyak benda nak sembang benonya. Kendian kami terus ke batu feringghi. Jalan2 cari dvd. Pasar malam tu sebenarnya terbuka, tapi ada beberapa gerai yang tertutup seperti ini. Kenapa eh?

Sebab dia jual dvd haram lahhh.


2 komen:

kakLuna said...

betul!

kalo takde bodyguard mmg banyak benda nk sembang...tp ni dlm hati dan otak dok pikir..isk kang laki aku boring ke..atau laki dia boring ke..kita ppuan ni bukan boleh official2 sangat. mengayam ketupat tu jugak yg sedap!

Irfa said...

ambik ati tuan umah yg tak tahan tu