Thursday 27 January 2011

Azam!

Apa, ingat aku nak citer pasal azam tahun 2011 ke? Aku nak citer pasal anak sedara aku yang nama azam tu lah. Budak yang aku tak sangka begitu talkative sekali tu. Errr tapi, nak citer apa pasal dia ek? Jumpa pun setahun sekali. Lain lah kalau abang dia tu. Yang selalu tegur aku kat ym time cuti sekolah, 'Hai Cik Nga!' Ya, begitulah cara dia menegur ku. Siap ikut skema penulisan kata nama khas mesti huruf besar lagi. Bagus2. Teruskan usaha anda (cikgu suka tulis ni kat buku penyata, kan?).

Ok lah, betul la... aku nak citer pasal azam. Bukan citer sebenarnya, sekadar sebaris ayat yang boleh difikir2kan bersama.

'Kalau ada azam, beritahu pada orang ramai.'

Ya, itu lah ayatnya. Tak percaya? Kenapa aku cakap macam tu? Sebab sebelum2 ini, kalau berazam (yang hebat2 umpamanya), aku takkan beritahu orang. Konon takmo menunjuk2. Atau malu kalau tak tercapai. Tapi, itu sebenarnya salah!!! Azam lah yang sepatutnya kena bagitau orang. Supaya kalau kita macam malas ar nak usaha melakukannya, orang akan sering bertanya, sampai kita naik malu la dan terpaksa buat. Maksudnya azam yang baik2 lah.

Katakan azam ko nak sambung belajar. Ambik master misalnya. Lalu seantero dunia ko canangkan impian murni mu itu. Sampai orang nampak muka ko je, mesti teringat ko nak buat master tahun tu lalu tanpa menimbang baik buruk terus tanya, eh, dah apply master belum? Eklan dah kuar tau. Cepat lah donlod borang. Lalu, ko pon dengan semangat jatidiri yang tinggi, terus donlod borang dan terus print, bawak balik rumah. Apa yang penting, ko dah membuat langkah kedua selepas niat/azam tu kan. Isi tak isi, hantar tak hantar tu belakang kira. Mana tau, tahun depan, tengah kemas2 buku, terjumpa borang tu balik, terus terbuka hati nak apply betul2.

Gitu.

So, apa azam aku? Cer citer cer citer?

4 komen:

shue said...

sambung kat UTHM ajer ler...dekat pn dekat...lps tuh ko mintak la biasiswa jpa utk part time student.....

AyunasiA said...

tak berazam pun lagi hihi.

kakLuna said...

ko nak wat umrah melalui Tiram travel.ok, betulkan?kan?

AyunasiA said...

lub: terima kasih kerana mengingatkan. dan mencanangkan jua ;P