Tuesday 2 November 2010

Terbaik lah!


Berita baik kepada AH kerana mulai sekarang, perjalanan balik kami lebih lancar tanpa aksi2 stunt. 3 minggu lepas, derang curah batu sebelum mengetar tempat2 yang berlubang. Aku ingat setakat tu je lah. Tetap lah kami akan melambung2 di atas jalan. Minggu depannya, derang mula tar penuh kat trafik light. Alah, biasalah, depan2 mesti dia tar cantik. Besoknya, dia tar lagi. Sampai lah akhirnya, seluruh jalan parit k3mang tu ditar sepenuhnya. Nak naik jambatan pun takyah slow2 dah. Khamis lepas aku buat ujian masa, 30 minit dah sampai rumah. Yezzzaaa... Errr sebelum ni 35-40 minit baru sampai sebab kat situ aku terpaksa bawak bawah 60-70km/j. Ini lah untungnya bila kawasan tu jatuh ke tangan p3mbangkang. Bila dapat balik kat bien, macam2 derang buat. Macam kat tganu. Kawan aku cakap, dulu, tganu ni memang mundur abis lah. Tapi, selepas jatuh dan kembali semula ke bien ni, terus bergerak maju. Tapi, terpaksa lah menanggung 4-5 tahun tu ngan p3mbangkang. Kira pengorbanan lah tu hehehe.

Kisah Ke Ibu Kota

Hari jumaat pula, aku mengambil cuti. Sepanjang minggu lepas, setiap hari aku terpaksa pergi ke bank waktu tengahari untuk memenuhi satu misi. Demi misi itu juga lah kami terpaksa bercuti. Jadi, pada hari khamis, kami bertolak dari rumah jam 10.03pm dan sampai di nilai jam 12.30pm. Sengaja lambat2 supaya dapat diskaun tol lepas pukul doblas.

Pada pagii jumaat, kami keluar rumah kira2 jam 9am. Singgah sarapan di bbb.



Lepas sarapan, pergi bank lagi buat kesekian kalinya. Asalnya aku dah kira dah, 5 hari berturut2 pergi bank dah boleh complete miss tersebut. Tapi, hari isnin tu (hari gaji) aku pergi, banknya offline pulak. Betul2 time aku datang. Semua branch pulak tu. ATM pun takleh. Kiranya, pada hari gaji tu aku sengkek abis lah. Duit dalam purse cuma ada beberapa sen je. Tengahari pun tak dapat makan uhuk uhuk sedih.

Lepas gi bank, cari kedai potostet pulak. Jumpa la kat serdang kot. Kendian kami terus straight ke jalan semarak. Aku selalu kompius ngan persimpangan jalan tun razak, jalan ampang, jalan semarak tu. Kadang2 datang dari jalan ampang. Kadang2 muncul dari jalan sungai besi. Teringat (mula la tu nak nostalgia) dulu masa baru2 sampai kl. Kami pernah naik bas dari cm, turun kat persimpangan tu lah. Dulu kecik je jalan tu, boleh lari2 melintas. Pastu berjalan kaki ke tasik titiwangsa melalui library negara, istana budaya (dulu takde lagi), pastu ada sekolah puteri apa tah. Jauh, kan? Alah, dulu, jangankan gunung fujiama, puncak himalaya ku ikut kamu, jangankan ke ikea, ke oneutama ku ikut kamu hihihi.

Encik hairul tu, nama je duk kl 3 tahun, tapi, simpang masuk ke jalan maktab pun tak tau. Padahal 'sekolah' dia kat jalan semarak tu je. Ok, untuk panduan semua, kalau nak pegi ke sana, senang je. Masuk je jalan semarak tu, akan jumpa jabatan peta ukur (jup3m) ke hape tah kat belah kanan. Jalan maktab tu betul2 selepas bangunan jupem tu. Masuk jalan tu, terusss je, terus nampak blok J. Waktu aku sampai tu dalam kul 11am, banyak gerai2 ala bazaar tengah nak dibuka di tepi jalan. Waaa best la, kan? Tengahari rehat panjang leh soping2 kat situ.

Masuk2 je kat kawasan tu, terus nampak dewan perdana f3lda. Ooo kat sini lah dewan tu ek. Sebelah nya pulak pejabat d'saj!. Kalau nak kawen ke haper, leh la tempah dewan ni, sekali ngan katering d'saj!. Masa nak balik tu aku pegi la toilet kat belakang opis d'saj! tu. Tengok ada raaamai budak2 lelaki tengah menunggu sesuatu. Ooo derang wat parttime jadi waiter la tu. Tengah ambik payment. Lupa lak aku nak ambik nombor telefon encik yang in charge bahagian parttime waiter tu. Ada dia tampal kat dinding. Eh, bukan lupa la. Lebih kepada perasaan malu kot hihihi.

Kat dewan pulak, nampak derang tulis, 'selamat datang encik sipolan ke majlis food tasting'. Oh, food tasting pun ada 'majlis' ek?

Berbalik kepada ketibaan kami ke tempat itu, kami terus lah masuk ke pejabat kpif. Sebelum datang ni, berbagai gambaran muncul dalam fikiran aku. Aku bayangkan derang tak terima dokumen aku. Pastu dia takmo pulang balik duit yang aku dah bank in. Pastu aku bayangkan derang takleh siapkan dalam hari tu, kena datang semula minggu depan atau dia akan pos ke kampung. Pastu aku bayangkan jugak, tempat tu macam opis dan kita kena pergi kat receptionist, cakap nak jumpa pegawai yang sekian2. Kalau nak diikutkan, bermacam2 lagi persoalan timbul sebelum2 tu lagi. Agaknya aku ni terlalu banyak berfikir negatif. What if? Siap dah rangka dialog cemana nak cakap lagi. Melampau betul.

Hakikatnya? Tak satu pun bayangan aku tu yang kena. Pertama, tempat tu bukan lah macam opis biasa sebaliknya dia macam bank jugak. Ada kaunter. Opis dia ada lah kat belakang2 tu kot. kedua, derang terima je dokumen2 aku tu. Terlebih lagi. Orang lain takde pun buat salinan, tapi aku kasik jugak salinan. Takde lah sampai dia nak songlap duit aku. Aku bukan apa. Urusan2 rasmi ni, kalau nak ambik duit orang, senang sangat. Tapi kalau nak pulangkan, bermacam2 prosedur. Tu yang aku bimbang.

Ketiga, derang memang proses semuanya dan2 tu jugak. Kena tunggu la lebih kurang 30 minit kot. Pastu, terus dia panggil nama dan taraaa! Sijil pun sudah berada dalam genggaman. Aku perati lah jugak orang2 yang menjual sijil. Pun dapat dan2 tu jugak. Tapi dia kasi cek mebeng la. Tapi, tetap lah sangat efisien, kan? Pastu, adalah juga aku tengok mereka2 yang menjadi wakil kampung masing2 untuk membuat urusan ini. Rasanya untuk beli je lah. Kalau nak jual baik datang sendiri.

Mengikut pemerhatian dan pendengaran aku, kebanyakan yang datang tu ialah orang2 nogori.

Memula isi borang kpf1. Satu borang untuk satu slip transaksi. Jadi, memang misi aku berjaya lah! Misi aku ialah untuk memecahkan sijil kepada nilai2 yang kecil dengan cara memasukkannya pada hari yang berlainan (hari yang sama pun boleh, tapi aku segan nak buat transaction kat bank tu banyak2 kali. ni aku pegi 5 hari pun derang leh kenal. eh, bukan semalam dah datang ke?) Tu yang pergi bank 5 hari berturut2 tu hihi. Senang besok kalau nak jual, takde lah selepuk terus. Dah isi borang, taruk semua dalam tray kat kuanter. Pastu, tunggu je lah sambil2 membaca papan kenyataan.

Ada 2 kaunter jualan dan 1 kaunter menambah. Satu lagi kaunter pertanyaan. Nak tanya apa ek?



Ku suka! Oren je.

Bila dah siap, kena sign. Sesiapa yang mengambil sijil, kena sign. Tak kiralah kalau sijil orang lain ke.






0 komen: