Monday 25 October 2010

Y.A.Y.U

Hehehe hari ni nak wat entry dedikasi. Tak pernah2 aku wat entry sebegini. Tiba2 dapat idea semalam. Tak sabar2 nak tulis, tapi strimiks kat rumah pulak macam S&@%*$#. Takpe. Yang penting aku tulis gak arini sempena besdei kakak ku yang bernama yayu itu.

Pelik kan? Tak pernah aku jumpa orang lain yang bernama yayu dalam dunia ini. Dunia lagi tau hahaha. Macam lah pernah buat research phd ke hape. Nama sebenar yayu ialah R0slinda. Macamana munculnya nama yayu? Ni kisah yang diceritakan oleh maklong. Kisahnya, kan namanya linda kan. So, abah panggil la dayu. Dayu dayu lama2 jadi yayu. Abah memang suka kot tambah2 nama panggilan. Macam farah pun abah panggil faradil.

Macam nama aku, menurut cerita mak aji jiran sebelah rumah, panggilan asalnya ialah Nora. Tapi, oleh kerana yayu pelat, dia sebut Nonga. Dah, melekat nama Nga tuh. Kekadang orang panggil Enga. Dah macam selenga dah huhuhu.

Yayu ialah anak ke-5 dalam adik beradik aku. Opsss kalau ikut pengiraan sebenar, anak ke-6 kot. Sebab kami sebenarnya ada seorang abang yang sulong bernama R0sman, tetapi sudah meninggal dunia semasa berusia 3 erkkk hari/minggu/bulan, aku pun tak ingat. Yang penting, 3. Pastu, bawah abang epet pun katanya ada seorang errr abang ke kakak ke gugur ek? Tu tak kira la ek? Anyway, secara fizikalnya, yayu ialah anak ke-5. Atau dengan kata nama lain, anak kedua bongsu.

Kenapa aku katakan anak kedua bongsu? Sebab orang kata, anak kedua bongsu ni manjanya lebih dari anak bongsu. Orang kata. Tapi, aku rasa, memang ada kebenarannya pun. Huh!

Masa kecik2 dulu, aku dengan yayu memang selalu bercakaran. Ya, bukan gaduh2 biasa ok. Memang gaduh tumbuk2 cakar2 punya. Sebabnya, yayu kata aku ni 'kepal bat' iaitu kepala batu. Degil ya ampun. Dan selalu menyakiti hatinya kot hahaha. Itu mungkin berpunca daripada sifat cemburu ku kerana, ya lah, yayu anak kedua bongsu dan lebih manja.

Bukti pertama, masa mak dah takde, kami tinggal 3 beradik di rumah. Eita tido kat bilik lain, sementara aku dan yayu tido ngan abah. Yang menguatkan bukti dia adalah lebih manja ialah, ada satu katil queen dan satu katil single dalam bilik abah tu. Katil single tu diletakkan melintang dihujung kaki katil queen (sila bayangkan). Dan aku tido di atas katil single sementara yayu pula? Ya, betul. Yayu tido atas katil queen sebelah abah. Tengok! Bukan kah itu membuktikan bahawa yayu anak manja? kihkihkih.

Bukti seterusnya. Pernah sekali, masa belajo kat u1tm, semasa cuti semester, aku balik ke kampung mersing. Masa tu abang epet tinggal kat rumah nenek. Aku pergi sensorang (sebenarnya encik hairul yang hantar bersama kawan2 beliau yang ingin mandi manda di air papan).

Semasa di situ, pada suatu hari, sedang aku makan berdua dengan atuk (nenek belah abah), atuk bercakap padaku.

"Abang epet kadak sayang ikam. Dia sayang yayu."

Aku pun, kenapa pulak? Sedih oh. Atuk cakap lagi,

"Masa yayu datang, abang epet bawak pegi makan kat luar. Ni ikam datang, dia suruh makan kat rumah aja."

Wekekekekekek kelakar ke sedih? Takdenya sedih lah. Alah, itu interpritasi melalui pemerhatian orang tua kot. Aku pun tak ambik port.

Okeh, abis bab bukti.

Semasa abah berkawen dengan mak tiri aku ni, yayu lah yang paling memberontak. Kira macam tak boleh menerima hakikat gitu. Tapi aku rasa sebenarnya dia tak puas ati sebab terpaksa keluar dari bilik abah hahaha. Masa tu yayu form 2. Memang pada usia remaja yang sedang dalam krisis identiti pun huhuhu. Eh, tapi bukan yayu aje. Aku pun ada gak memberontak, tapi tidak lah se'extreme' yayu hihihi. Selalu lah juga kami bergaduh dengan adik beradik tiri. Alah, biasalah. Budak2. Sedangkan budak kecik pon kalau dapat adik, dia selalu jeles. Ini kan pulak kami yang dah 5 tahun hidup tanpa mak, tiba2 dapat mak dengan pakej 4 orang anak lagi. Perasaannya, perhatian dan kasih sayang abah dah berbelah bahagi lah kot.

Bila meningkat dewasa, aku dan yayu pun takde gaduh2 lagi. Apa ke hei pulak nak gaduh2, kan? Bila yayu abis spm, dia pon keje. Bila nak naik sekolah, dia belikan aku baju sekolah. Bila raya, dia belikan baju raya.

Masa aku form 5, aku ada pinjam baju yayu. Baju pesen2. Yayu memang suka bergaya. Boipren pon ramai hehehe. Baju tu aku pinjam untuk aku pakai pada jamuan perpisahan. Tapi, entah macamana, aku simpan baju tu dalam beg dan tertumpah pula clorok atas baju tu. Aiyok! Dah lah baju tu yayu tempah kat kedai cina rm75. Kurang2 kalau nak bayar kena bayo rm100 tu. Mana aku nak cekau? Memula aku sorokkan baju tu. Lama2 tah cemana aku terbagitau kot. Pastu aku bayar balik secara ansuran. Tah, sampai aku grad kot baru abis bayo. Sebulan seringgit agaknya hahaha.

Baru2 ni masa balik mersing, maklong ulang cerita pasal kes yayu menggunting rambut aku. Kata maklong, mak cerita, kami berdua duduk dalam bilik masa kejadian tu. Bila mak masuk je bilik, tengok2 rambut aku pun dah ditokak dek yayu. Boleh pulak dia tanya, "antek tak? antek tak?" Sabo je lah. Sibbaik aku tak ngerti apa2 lagi masa tu.

Eh, ni dah melalut2 dah. Ok lah. Kang lagi panjang aku tulis, lagi banyak pula rahsia terbongkar dan lagi banyak pula dosa aku dapat. Kesimpulan pun takde lah yea.

Happy Birthday Yu!


3 komen:

t.p said...

rasanya ada gmbr rambut kena tokak yayu tu. gmbr kat celah pokok bunga dgn haris..

AyunasiA said...

oh? yg bertiga tu ker? x perasan pulak. kena tgk balik ni.

Yayu said...

Kelakarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...hahahaahahah