Monday 18 October 2010

Terbaik Di Paghit Ghaja!



Setiap bulan, giliran berjaga malam pasti tiba, sekurang2nya sekali. Dalam keadaan tersebut, para isteri diminta bersabar dan redha. Suami bertugas demi kemakmuran bersama. Kalau dah rumah kena rampok, tivi LED kena cilok, menangis pun tiada gunanya lagi. Sebulan sekali je.

Hari khamis lepas, cikgu jal!l call nak bagitau, besok ada perjumpaan ngan pulis. Kena bawak isteri. Adoiyaiii... malas betul aku. Nasib baik lah besok tak keje. Kalau dia buat time2 hari keje besoknya, kem salam la aku nak pegi. Maka, lepas maghrib hari jemahat lepas, kami pun keluar. Gi makan dulu. Lebih kurang kul 8.30pm, kami pun pergi ke balai pulis paghit ghaje untuk acara tersebut. Lorrr ingat miting ker. Rupanya ada majlis berkhemah bagai. Tengok buku aturcara, siap ada makan2 lagi. Dan cabutan bertuah juga. Rupa2nya majlis perjumpaan bersama ketua pulis bp. Setiap taman atau kampong perlu menghantar wakil seramai 30 orang, 15 lelaki, 15 pompuan. Kemudian, kami pun duduk di bawah khemah. Wakil taman kami yang hadir, tak sampai pun 10 orang. Lain2, masyarakat berbilang kaum turut memeriahkan majlis ini.

Penduduk paghit ghaje

Hadiah dan anugerah yang disediakan

Kira2 jam 9pm, majlis pun dimulakan dengan kemunculan sepasukan pulis wanita menaiki motosikal, mengiringi ketua pulis bp. Yb juga turut hadir (tapi dia sampai dulu, tunggu kp datang). Selepas bacaan doa, kami dijemput menjamu selera. Tapi, aku dah kenyang makan bubur ayam. Lagi pulak, nak berebut2 pulak ambik makanan. Malas ah. Selesai makan, terus lah ucapan oleh kp. Pung pang pung pang, yb pulak berucap. Pung pang pung pang, cabutan bertuah dan penyampaian anugerah.

Pulis2 wanita yang akan bertugas menjaga keselamatan kaum wanita di bp daripada menjadi mangsa ragut dan jenayah2 lain (tapi aku tengok derang bawak motor tu pun macam tak kompiden jek hihihi)

Bagi kategori kampong, 'juara' srs disandang oleh kampong 0lak batu. Dan naib juaranya kampong paghit jelutong (ni kalau tak menang langsung ni, yb balik tutup muka pakai topeng la ek sebab memang kampong dia).

Manakala untuk kategori taman pula, juaranya disandang oleh taman w!rajaya. Diulangi...

TAMAN W!RA JAYA!!!

Ecehhh para pemenang anugerah (yang lain pon menang juga, tapi tak datang, serupa tak menang ler hihi)

Apa maknanya tu? Maknanya, memang betul lah suami2 kita tu berjaga malam sebulan sekali itu dengan jayanya. Maka, dengan bangga nya, cikgu jal!l pun mengambil piala itu. Erkkk dapat piala je ker? Takde hadiah duit ke? Tak dapat duit hadiah pun, kurang2, bagi lah duit yang dijanjikan tahun lepas tu ker... Tak gitu yb?

Oh, naib juara kategori taman pula jatuh kepada taman b!ntang. Kat mana tu? Entah, tak pula ku ambil tahu.

Selepas itu, acara cabutan bertuah diteruskan dimana, nombor aku turut terpilih uolsss... Alah, dapat hamper jajan je. Boleh laaa buat kunyah2 pepagi.

Antara 50 nombor bertuah

Maka seminggu ni makan jajan je lah haku huhuhu

Acara berakhir lebih kurang jam 11.30 malam. Kami pun pulang dengan gembira. Kesimpulannya, galakkan lah suami2 kita berjaga malam demi kesejahteraan hidup kita bersama. Hidup srs w!rajaya! (Ecehhh padahal selalu pokpekpokpek asik abang je jaga, orang lain tak jaga pon???) Jangan fikir apa sumbangan masyarakat kepada kita, tetapi, apa sumbangan kita kepada masyarakat. Tak pasal2 aku jadi ajk wanita pulak lepas ni kang. Oh tidak!!!


0 komen: