Tuesday 19 October 2010

Sayangilah Pokok...

Hari sabtu aritu, bangun2 je, tengok encik suami takde. Macam perasan, dalam separa sedar, dia memakai baju hitam dan bersiap2 seperti mahu pergi ke sesuatu tempat. Aku ingat, agaknya dia ada buat test kot. Tak pon kelas ganti. Tapi, bila dah sampai tengahari masih tak balik, aku pun mula lah pikir yang bukan2. Isy isy isy...

Jadi, sementara nak menyedapkan hati tu, aku pun pulun jahit tepi kain2 yang aku dah potong sepanjang minggu itu. Dah siap tu, aku try call berkali2, tak angkat pulak. Lagi lah menambahkan syak wasangka di dada ku. Ku pikir2 segala kemungkinan dan akhirnya, baru lah aku teringat, kot2 dia pegi kursus solat khusyuk kot. Memang ada dia cakap nak pegi, tapi aku tak tau lah pulak bila. Masa tu dah lega sikit. Last2 aku sms, baru lah dia reply. Lorrr tu lah, tido petang (balik keje) lagi. Sibbaik tak gila. Betul lah dia pergi kursus solat khusyuk tu. Baru lah lega.

Dah boring2 tu, aku jahit pulak lapik leher baju. Ada 3 pasang yang aku dah siap tebuk leher. Biasanya kalau baju yang jenis tak cantum bahu, aku terus je tebuk leher siap2. Sambil2 tu, tengok ulangan gimrama komenwel. Eh, lupa nak citer, aku juga menonton sukan komenwel. Antaranya sukan badminton, gimrama, lawnbowl dan netball. Setiap kali aku tengok lawnbowl, mesti pengulas tu sebut nama siti zarina. Berulang2 kali. Tapi tak menang pun. Aku ingat terer sangat tahap nikol devid ke.

Pastu aku tengok netball. Dan terminat ngan GA newzealand, tutaia nama dia. Terel giler. Setiap kali try, mesti masuk. Tak boleh la nak bandingkan dengan basketball sebab netball punya ring tu kecik berbanding basketball punya. Lagi pun, mana boleh time nak gol kan tu kita lompat tinggi2 macam basketball. Tapi, apa yang aku peratikan, perlawanan peringkat komenwel ni, takde pun kes2 gerak kaki. Aku tengok orang tu pusing kaki tak pakai hujung jari pon masih ok. Tapi part penalti memang strict giler ah. Dan satu yang paling penting, derang takde pun jatuh. Tegap betul kaki derang. Dan finally, newzealand menang gold melawan australia. Suspen giler. Apa taknya, boleh pulak selepas 4th quarter tu derang seri. Dah lah tu. Masuk extra time pulak memang sengit giler. Dan bila habis masa tambahan, mereka terpaksa bermain macam badminton; lebih 2 score dari lawan baru lah menang. Memang best lah. Ecehhh tiba2 minat netball pulak huhuhu.

Untuk badminton, aku sempat tengok ulangan je. Ngan hujung2 mew choo kalah di tangan india. Derang main tengahari, cemana nak tengok? Eh, tapi aku sempat tengok bergu campuran menang. Tah, bila aku tengok ek? Time lunch kat kafe kot.

Untuk gimrama, ada seorang gimnas saipres yang bajet terel. Asalnya, masa peringkat qualifying, dia lead dalam kebanyakan kategori (4 kategori je pon). So, bila masuk final, peminat pon dah ramai, dia pon ala2 kerek. Sebenarnya memang gitu pun style dia. Cuma, bila sekali tengok, macam kerek giler. Tapi, dalam gimrama, walau macamana terel pon, kita tak dapat lari dah kesilapan. Bola termantul keluar, gelung tergolek, riben bergulung dan tali tercampak, memang susah nak jangka. Pada peringkat all-around, awek saipres tu dapat silver je. Mesia dapat bronze. Tapi pada peringkat individu (tah apa ke nama peringkat tah, tapi dia asing2 la gelung, tali, riben dan bola), dia menang 3 gold kot. Mesia dapat satu gold untuk kategori gelung. Gimnas india la yang paling kesian. Menang sorak je hihihi. Orang lain semua dapat markah atas 20 per 30. Dia, belas2 jek. Memang takde difficulties pun rutin yang dia buat. Orang, kenalah banyak2 lepaskan apparatus tu. Campak ke, baling ke, apa2 la yang boleh menambah markah difficulties. Ni dia main selamat je. Kalau riben tu, asik pusing2 je riben nyer, takde campak2. Mana nak banyak markah. Kena lah berani ambil risiko. Dengar2 beberapa tahun lepas dia pernah masuk reality tv show yang menari2. Tu yang ramai peminat tu. Lagi satu, aku suka tengok baju derang. Ngerlip2. Cantik. Aku bayangkan, agaknya baju tu tugasan budak limkokwing kot hihihi.

Dah abis gimrama, dah abis jahit leher, aku pulun iron baju pulak. Sejak lepas raya, belum pernah lagi aku iron baju banyak2. Asik la cukup2 untuk seminggu. Ada sekali tu, tak iron langsung. Sibbaik ada belen2 baju time aku rajin. Tapi minggu ni memang terpaksa juga iron sebab belen2 tu pun dah abis. Semua baju dah duduk dalam almari bilik belakang sebab belum iron. Jadi, minggu ni aku iron baju encik hairul sekadar untuk minggu ni, sementara baju aku, aku iron semua. Semua kecuali baju yang dah outdated. Oleh kerana lepas raya ni baju aku dah bertambah 8 pasang, baju2 yang 4-5 tahun lepas tu terpaksa lah disingkirkan. Apa nak buat ngan baju2 tu ek? Nak derma kat rumah anak yatim kang, disalah tafsir pula. Baju dah buruk baru nak bagi. Tapi, kalau dibuang begitu saja pun, tak elok juga. Nak dibiarkan, dah padat benar beg pakaian terpakai itu. Ok ker kalau bagi kat rumah anak2 yatim?

Haaa... ini baru betul adalah aku. Menulis sesedap rasa je, tau2 dah berperenggan. Tak terpikir pun nak tulis pasal sukan komenwel hihi.


Okeh, sambung balik.

Hari ahad, takde mende nak buat, aku pun menguli roti. Nak buat pizza, cis pulak dah abis. Terpaksa lah mencuba roti baru. Lalu aku pun membuat roti manis. See, nampak manis, kan?

Suka suki je aku buat kecik besar bun nyer. Janji jadi roti. Sedap, lembut je time panas2.

Lepas zuhur kami pun keluar ke JB. Ye, JB. JB tu dekat je. Kan minggu ni ada homefair kat persada. Aku pulak kengkonon nak survey la mixer, kalau ada. Pergi lalu jalan dalam je. Singgah sekejap kat kelapa sawit.

Ya, kelapa sawit ialah nama satu tempat di kulai. Aritu aku baca kat blog tokR, citer pasal kedai ni. Aku, biasa lah. Curious. Lalu aku pun menggugel. Jumpa lah tempat nih. Kat sebelah mebeng je.

Errr aku tak geti lah nak cari apa kat sini?


Dari situ, kami terus ke persada. Ermmm tak best lah pergi homefair tanpa matlamat nak membeli sesuatu. Macam takde perasaan je tengok. Memburukkan lagi keadaan, takde pun mixer yang aku cari. Ada mixer, macam jenama 3lba, fab3r, tapi tak nampak stylish pulak. Over betul nak berstyle pulak. Nak buat macamana, ni semua salah majalah impiana hahaha.

Dari sana, kami ke angsanaa pula. Oh, sistem parkingnya dah lain. Tapi kekal singgit sekali masuk. Tujuannya, nak pegi r0mantika. Sebelum tu, makan dulu kat P.

Nasik pilaf (makanan arab kot ni?). Rasa ala2 beriani, berempah.

Che3zy baked meatbol in carbonara sos. Dapat idea nak masak benda alah ni pulak hihihi

Hasil rembatan di r0mantika akan aku tepek di sini selepas siap dipasang ek. Banyak nyer benda2 baru kat r0mantika. Sukkkerrr...

On the way balik, singgah ar!ani dulu. Rembat ler 2 lai macam biasa. Oh, derang dah tak pakai paper bag ek. Dapat plastik je.

Sebelum balik, singgah tesko kulai. Huaaa rugi je aku minum slurp33 saiz besar. Sebabnya, kat tesko ada koolblog lor. Rugi rugi rugi. Sedih lah.

Balik lalu hiway. Sampai rumah kul 10 lebih. Ajaibnya... aku berjalan2 hari ahad. Dah, tak tau nak tutup cerita macamana.

p/s oh, pasal tajuk tu. 2 hari cuti aku lupa siram pokok durian. yang d101 dah kekeringan. hidup lagi ke ek? kenapa lah suami ku itu tak sayang pokok ha???

2 komen:

kakLuna said...

masyaAllah sedapnya carbonara tu. aku 1st try kat pizza hut sekali tu tak best gilerrr pastu Am marah aku sbb pandai2 order makanan x sedap. pastu aku pun takot nak order.pastu skrg aku rasa nk pulak rasa skali lg carbonara kat tmpt lain.

AyunasiA said...

luna, aku ambil masa berhari2 utk membalas komen ko sbb aku tak faham. memula ko kata sedap, pastu tak, pastu nak try lg. sebenarnya mcmana?

aku 1st mkn sblm puasa tu ari, terus rasa sedap. seronok sgt sbb dah ada menu selain pizza yg boleh dimkn di sana.