Wednesday 27 October 2010

Amarah

Grrrrrr marahnya!

Petang tadi ada ceramah bulanan. Biasalah, kat opis aku ni, setiap bulan ustaz akan panggil sorang ustaz lain untuk memberi ceramah kepada semua. Dan biasanya ustaz tu dikalangan kawan2 ustaz kami juga. Ustaz kali ni pun pernah bagi ceramah sebelum ni, tapi aku tak ingat pulak tajuk apa. Aku kenal dari suara dan tonasinya. Ustaz ni juga kalau bercakap memang beriya. Siap ngan gaya2 lagi. Dan kelakar juga hihihi. Kalau dapat selalu dengar ceramah agama dari ustaz ni, mesti best. No lah. Bukan sebab dia kelakar. Tapi sebab pendekatan sebegitu yang aku suka. Takde lah aku sangap 10 kali dalam masa 10 minit.

Tajuk ceramah hari ini ialah 'Mengurus Marah'. Selalu kita dengar tajuk ni diberi oleh pakar motivasi, kan? Siap ada kursus pengurusan marah lagik. Tapi kali ni aku dapat dengar dalam masa 1 jam sahaja. Tapi, sudah memadai bagi aku yang CAT1 nih.

Mula2 sekali, mari kita muhasabah diri sendiri. Dalam kategori mana kah tahap 'baran' kita? Kita selalu dengar, 'laki aku tu jenis panas baran.' Dulu, aku tak faham apa maksud baran nih. Rupanya ada kaitan dengan kadar kepantasan marah seseorang. Kalau macam tu, aku ni kira panas baran la jugak kot? Kepala hangin!

Ada 4 kategori orang yang marah.

1. Cepat marah tetapi cepat reda.
2. Lambat marah tetapi lambat reda.
3. Cepat marah dan lambat reda.
4. Lambat marah dan cepat reda.

Ok, take your time. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Hah! Korang kategori mana? Aku rasa aku kategori 1 hihihi. Dalam 4-4 kategori ni, nombor 4 lah yang terbaik. Dan paling 'teruk' ialah kategori 3. Hahaha mesti ramai, kan? Jangan tak ngaku pulak. Kategori 1&2 adalah masih ok lagi. Under control. Ni nak menguruskan si nombor 3 nih.

Baik lah. Sekarang kita masuk kepada cara2 untuk menangani marah. Marah boleh disamakan dengan api. Ia datang dari syaiton. Dan syaiton duduknya di dalam aliran darah. Selagi darah kita mengalir, selagi itu lah syaiton akan mendampingi kita. Jadi, untuk menangani marah, kita perlulah menangani syaiton itu jua. Langkah pertama yang boleh kita lakukan apabila sedang marah ialah dengan membaca ta'auz. A'uzubillahi minassyaitonirrajim. Mudah2an syaiton akan menjadi lemah.

Jikalau itu tidak berkesan, lakukan langkah kedua iaitu ubah posisi. Kalau sedang berdiri, duduk lah. Kalau sedang duduk, baring. Kalau baring pun tak meredakan amarah mu, tidur lah. Kalau bangun tido pun masih marah lagi, maka ambil lah wudhu' lantas sujudlah (solat sunat 2 rakaat).

Selain langkah2 di atas, kita juga boleh menggunakan pendekatan berikut. Apabila berlaku sesuatu yang boleh membangkitkan rasa marah, cuba ambil masa seketika. Jangan terus bertindak. Diam seketika. Kerana apabila kita marah, terdapat hormon jahat di belakang badan kita yang akan dirembeskan yang akan meluap2kan lagi rasa marah itu. Dengan berdiam seketika, kita akan memberi jalan kepada hormon baik pula untuk dirembeskan lantas menjadikan kita dapat berfikir secara rasional.

Apabila marah juga, oksigen akan menyusut dalam tubuh kita. Untuk itu, cuba tarik nafas dalam2. Kemudian, letakkan tapak tangan ke dada dan bacalah ayatul qursi sambil mengurut dada dalam bentuk bulatan melawan arah jam. Ini kerana perasaan marah akan menyerang jantung dan peparu. Sebab tu orang sakit jantung tak boleh marah. Karang terus kena heart attack. Orang tak sakit jantung pun tak boleh marah supaya jantung kita sihat sentiasa.

Tapi, macamana pulak kalau kawan atau suami kita yang marah? Pendek kata, orang lain lah yang tengah marah. Maka, kalau itu berlaku, maka bacalah 'Waladdhooollin' dan hembus lah ke arah orang sedang marah itu. Jangan lah pulak ko baca kuat atau cakap kat dia, abang, waladdhooollin fuh! Slow2 la.

Dan kalau orang tu dah abis bercakap ke, atau dah duduk ke, pergi kat dia dan urutlah belakang badannya dengan cara bulatan seperti tadi sambil membaca ayatul qursi. Ingat ya. Kalau diri sendiri, urut depan, kalau orang lain, urut belakang. Okeh?

Hmmm patut lah aku tak jadi kaunselor atau motivator. Tak geti ah aku nak nasihat2 orang nih. Yang baik dari Allah swt dan yang buruk itu dari kelemahan aku sendiri.

'Selamat Beramal!'

0 komen: