Malang tidak berbau, itu lah yang boleh aku katakan berikutan  kejadian lawak ngeri (bukan lagak ngeri he...) yang aku alami petang  tadi. Kisahnya gini...
Seperti biasa, bila jam  menunjukkan ke pukul 5 petang, aku akan membimbit beg komputer dan  henbeg dan turun untuk pulang. Waktu tu, hujan baru mula. Waktu aku tiba  di bawah, bunyi hujan yang turun kedengaran semakin kuat. Tanda hujan  sedang melebat. Dan seperti biasa, aku akan meredah hujan untuk pergi ke  kereta.
Alah, hujan air. Basah jer, bukan terbakar...
Gitu  lah selalunya bisik hati aku bila dalam situasi ini. Lalu aku pon  berlari2 anak. Satu tangan memegang kunci kereta dan satu tangan lagi  menyingsing kain. Jarak dari bangunan nak kereta tu, lebih kurang 30-40  meter sahaja. Sejak beberapa bulan yang lalu, laluan terus ke parking  lot itu telah direntang dengan sejalur tali dengan tanda amaran,  'DILARANG MELINTAS DI KAWASAN INI'. Mungkin sebab rumput di situ dah  botak asik di lanyak jek. Untuk sampai ke kereta, aku perlu menyeberangi  satu parit yang agak dalam. Kira2 1 meter dalamnya. Dan agak luas.  Kalau nak langkah tu memang kena angkat kain sikit.
Dan  sambil2 berlari anak tu, entah macamana, secara otomatik otak aku  memberi arahan supaya aku melalui laluan bertali itu. Padahal, sejak  adanya tali tu, memang aku tak pernah lalu situ. Kena pusing jauh sikit.  In fact, dah banyak kali hujan pun aku akan lalu jalan jauh tu. Tapi  petang tadi, memang dah tertulis dan ditakdirkan, aku pun melalui laluan  bertali itu. Kiranya aku akan jumpa tali dulu, dan 3 langkah kemudian,  baru jumpa parit.
Lalu, aku pun menunduk,  mengangkat sikit tali itu (agak tegang dan aku perlu menunduk lebih  sikit) dan kita berlari dan teruskan menyanyi... Bila kita jatuh nanti,  kita siap tuk melompat lebih tinggi. Baru je aritu aku nyanyi2 lagu ni. 
Dan,  entah di mana silapnya, bila Allah mengatakan kun, maka aku pun  tersungkur dan tergolek dan tergolek (1 tergolek atas tanah, 2 tergolek  ke dalam parit). Sedar2, aku dah berada dalam parit. Uhuksss!
Dengan spontan otak aku berfikir, "Ada orang nampak tak?"
Aku  pun bingkas berdiri. Owh, memang agak dalam parit ini (boleh2 tak ngaku  bahawa sebenarnya longkang huahuahua kalau longkang macam busuk. tapi  ni, takde air, bersih je). Dan apakala aku melihat ke luar (ecehhh macam  tenggelam pulak), nahhh segerombolan students lelaki sedang berjalan  pulang menyusuri susur gajah dan sekumpulan students pompuan sedang  melopong di pinggir asrama dengan muka terkejut. Dan serta merta, satu  wajah yang aku kenali menerpa ke tempat aku tergolek. 
"Puan, puan, puan ok?"
Aku,  blur. Dan blank. Tak tau nak cakap apa. Ada sedikit rasa sakit, dan  lebih banyak rasa MALU huuuuuuuu. Kemudian, datang 3 orang lagi  kawannya. Lalu salah seorang daripadanya menarik tangan aku dan aku pun  keluar dari parit itu. Salah seorang daripada mereka menekan kunci  kereta ku dan memasukkan beg komputer dan henbeg ku ke dalamnya. Owh,  aku tergolek betul2 di depan kereta ku huhuhu.
Tiba2 aku berkata, "Saya hilang imbangan lah..."
Apa motifnya? 
Selepas  memastikan aku ok, aku pun masuk dalam kereta dan cuma sempat  mengucapkan, "Thanks" kepada salah seorang dari mereka. Rasanya masa tu  yang aku pikir hanyalah, nak menyorok cepat2! 
Masuk je dalam kete, apa lagi, terus lah aku telefon encik hairul.
Abanggg maluuu... uhuk uhuk uhuk...
Aku  pun bercerita sambil gelak dan sambil nangis. Perasaan bercampur baur.  Masa punch card, takde sesiapa tegur. Lega... Mesti takde staf yang  nampak nih. On the way pulak, telefon yayu. Gelak tak hingat kami  berdua. Padahal kaki dah rasa nyut2 tu.
Dah  sampai rumah, time nak mandi, aku gelak sorang2. Dah macam orang gila  dah. Kelakar pulak bila aku bayangkan, macamana lah agaknya gaya ku  tergolek tu ek? Lawak ngeri betul. 
Dan bila air menyirami tubuhku, baru lah terasa pedih di beberapa tempat. Ada kecederaan kecil rupanya. Adoyaiii...
p/s  agaknya inilah balasan atas entry tayang langsir ku semalam. padan  muka, menunjuk2 lagi. tp, kan dari semalam juga aku dah tarik balik  entry tu, kan?
p/s 2. anyway, terima kasih ye H.ilman, F.arid N.azmi (betul ke ada budak nih?) dan rakan2...
*UPDATED!
Ku sangka kan cerita ini hanya menjadi buah mulut student sahaja, rupa2nya ada saksi besar yang lain. Husband kawan aku yang berada di surau menjadi saksi kejadian itu. Dari jauh katanya dia nampak aku berlari dan tiba2 hilang. Hihihihihihi.
Pagi tadi, tiba2 kak bahi tanya, dengar2 cite asiah jatuh eh? Ha? Ko jatuh? Dah tersebar lak cerita aku jatuh huhuhu...
Dan sesampai je aku di tempat kejadian pagi tadi, bebudak ie yang melihat aku berdiri di tepi parit itu menegur, puan... baik2, jangan lalu situ hahahaha...
Dan masa yang tidak dinanti itu pun tiba bila mana aku menuju ke kelas budak yang menolong aku semalam.
Kami ingat puan dah mc tadi... (sebenarnya derang suka la kelas takde bila aku cuti)
Masing2 bercakap mengenainya. Salah sorang nya berkata, sibbaik bukan kat longkang tepi surau tu puan... situ lagi dalam.
Memang. Longkang kat situ dekat 2 meter dalam. Kalau aku jatuh sorang2, saper nak kuarkan???
Akhir sekali, aku tanya kat budak yang tolong aku tu...
H.ilman awak nampak ke masa saya jatuh tuh?
Saya nampak dari puan berlari2 lagi puan.
Alah, saya ingat takde orang nampak...
Ramai puan. Kan ramai budak2 ie kat tepi tu puan...
Errr tapi cemana ek gaya saya jatuh? Comel tak?
Memula puan macam nak tersungkur, pastu terus terjatuh dalam parit. KAKI KE ATAS.
Hah? Ye ker? Tak comelnya...
Berikut ialah kronologi kejadian...










Sakit perut ketawa tergolek-golek semalam bila dengar citer ni....
ReplyDeleteorg sorang2 pon gelak jugak. glemer sudah...
ReplyDeleteKeluar airmata baca entry ni. Bkn sbb sedih tapi sbb terlebih gelak. Hikhikhik....
ReplyDeleteisyyy kalau tgk sendiri tah macamana...
ReplyDeleteaku gelak tak henti tgk objek yg jatuh dalam longkang tu...kuncup je..hahahaha
ReplyDeletesiot jer...
ReplyDelete