Thursday 2 September 2010

Projek Maz0la Baz00ka

Pecah rekod dunia dalam acara lari berpagar uolsss. Kali terakhir aku membuat kuih raya ialah pada tahun pertama bergelar isteri. Kengkonon nak memberi contoh teladan dan menunjuk2 depan ibu mertua la, ko menantu terhebat, pandai buat kuih bla bla bla. Masa tu, sanggup nih, balik bp dari dungun pada hujung minggu bulan puasa, semata2 untuk membuat kuih raya. Dan kuih yang aku buat ketika itu ialah almond londungun hihihi, kuih goyang dan kerepek pisang tanduk setandan. Amacam? Ad beran? Sehari suntuk aku mengadap kuali masa buat kuih goyang. Kerepek pula, sampai kena sambung besoknya, pon tak sudah2. Masa buat almond londungun pulak, huru hara coklat merata satu rumah. Time tu lah orang nak buat kuih, time tu lah lemari baju sampai. Kiranya macam trauma la. Sejak tu langsung putus asa.

Tapi ini tahun, sempena aben pon dah baru, aku pun memberanikan diri melawan trauma ku itu. Aben dah beso2 cenggini, sekali bakar je dah siap kot ek? Bukan macam jaman dulu, sekali bakar, satu penutup periuk besar sejengkal. Yang bawah dah masak, turunkan tudung periuk yang atas, masuk yang baru kat atas. Kini, ko gentel la kuih tu siap2. Dah siap semua baru onkan aben dan bakar. Tak sampai 20 minit dah siap 2 balang. Isy, kenapa lah dari dulu aku tak terpikir nak beli aben ni eh?

Maka, di hari ulangtahun kemerdeekaan malaysia yang ke 53 yang baru lalu, aku pon membuat projek maz0la bazooka. Heh, kenapa ada bazooka pulak? Sebab aku membuat kuih sambil gado2 dengan drill. Dari malam lagi aku dah cakap, aku nak buat kuih besok, abang nak grung greng gurng greng, sebelum ayang bangun. Dia dengan kompidennya, sebelum ayang bangun abang dah siap. Sekali, bila aku bangun, tengok2, dia baru nak start. Dah gitu, terpaksa lah aku menggentel kuih di dalam bilik. Kang jadi biskut berperisa batu bata pulak.

Apa lahhh rasanya agaknya eh?

Rupa dah lulus kot.

Dia adalah rapuh semasa panas. Yang pecah tu lah yang aku dok angkat2, nak tau dah masak belom huhu amatur sungguh.

Retak2 pulak. Lantak lah. Masuk perut nanti bukan setakat retak, hancur terus... sedapkan ati.

Tadaaaaaaa siap sebalang = 80 bijik + 5 bijik pecah.

Esok, ada satu lagi projek. Projek Gadis Kulim Famous Am0s (tah apa2 tah minah tu, pasal famos am0s pon kecoh 1malaysia). Sukses ya!

2 komen:

shue said...

kirim la kat aku sikit.....nak rasa biskut guna oven baru..hehe

AyunasiA said...

mai la dtg rumah. kang aku pos smpi kat ko dah tggl abuk ja...