REPUBLISH!
Hah, sakit akibat jatuh pun dah tak sakit lagi. So, dah kuar tanduk balik. Sian korang... tak sempat makan kuih raya aku, kan? Ok, jom jom aku bukak semula rumah aku. Sila datang beraya ek...
Meh meh masuk. Susah2 je datang dari jauh. Jemput lah duduk. Sekejap eh, saya buatkan air sejuk. Panas nih...
Gitu lah kan kekdahnya kalau menerima tetamu yang datang beraya. Kalau tak raya, ada ko nak datang rumah aku? Ada? Takde kan. Time raya pon ko tak datang, apatah lagi tak raya. Eh, aku cakap ngan saper nih? Suka monolog tau.
Takde lah. Aku sebenarnya nak mengajak korang beraya di rumah ku secara maya. Virtual raya gitu. Ye lah, takkan korang sanggup datang dari kl semata2 nak makan kuih raya aku yang tak seberapa tu kan? Kurang2 kena lah ada lontong ke kan. Baru lah berbaloi bayo tol rm25.80 tu. Jadi, korang beraya kat blog je lah eh? Konon2 korang makan lah kuih tu.
Okeh, masuk2 jek, dah ready kuih raya 5 balang. 5 jer? Eh, jap2, saya ambik lagi kat dapo. Ada lagi...
5 jenis je kuih dia? Tak best langsung, kan? Macam kedekut je. Mesti duit raya pun dapat 5 posen je nih.
Eh, tapi langsir dia lawa lah. (hehehe motif?) Sedondon dengan kusyen dia.
Hah! Apa tuh? Aku dengar langsir2 je dari dapo tadi. Nak kutuk langsir aku lah tu kan. Jeles!
Nah ni, aku tambah kuih raya lagi 5.
Wahhh sekejap nya ko buat kuih. Tiba2 je dah siap ngan renda2 eh.
Ermmm baru lah menaikkan selera kami nak makan kuih2 nih. Takat balang plain2 ni, adik aku pun geti beli kat kedai 2 hengget.
Eh, korang ni. Takkan nak tengok je balang tu. Aku tau lah cantik kan. Bukak ler... makan ler kuih muih ku itu.
Sayang pulak nak bukak... hihihi...
Oklah. Biar aku bukak kan. Boleh jugak aku memperkenalkan nama2 kuih ni kat korang. Nak harapkan korang, tau makan je kan.
Yang ni kuih makmur nama dia. Intinya kacang tumbuk. Kalau mak aku buat, intinya kurma. Ni mak mentua aku yang buat. Tapi yang tukang cepit2 corak daun kat atas kuih tu, encik hairul yang buat.
Yang ni kuih jejari bersalut coklat dan kelapa. Sedap nih.
Ni kalau tak tau nama ni, memang saje la kan nak kena hempuk. Tat gulung nenas namanya. Sama seperti 2 kuih di atas, pon dibagi oleh ibu mertua ku.
Ini kuih ros saplayer nama dia kehkehkeh. Sebab supplier yang kasik hikhik.
Ini pulak kuih dodol kegemaranku (dah abis pun...). Ingat? Aku pernah cakap, aku suka kuih dodol, semperit dan sarang semut. Dodol ini memang sedang elok dengan selera aku. Liat2 manja, manis2 lemak2. Tapi stok takde. Abis kat balang ni, bermakna abis lah dia yea.
Owh! Kuih kegemaran ku selama 2 tahun. Biskut balqis namanya. First time aku beli tahun lepas, terus terpikat. Ada rasa susu dan cornflakes. Adalah pelik aku suka kuih ni sebab aku tak suka susu. Harap2 tahun depan dapat jumpa lagi.
Ah, ni takyah cakap ah. Dah tau kan? Biskut mazola bazooka ku.
Ini kerepek selayang @ kapal terbang @ kuih gunting. Aku beli dari student aku. Pon ku suka. Nipis dan rangup.
Uhuk! Biskut famos amos ku yang ntah, tak tau nak cakap macamana. Cuba lah kalau berani.
Seprais! Tahun lepas, aku ada beli satu batang buruk yang tersangat lah sedapnya. Konon tahun ni nak beli lagi, sekali kawan encik hairul yang jual tahun lepas tu dah sambung belajar pulak. Nak buat cemana? Lalu dia pun order pulak kat kawan lain. Sekali dapat2 je batang buruk tu, oh mak kau! Terkejut aku. Sebabnya, itu lah batang buruk yang aku nak beli sangat tuh. Hok aloh! Kenapa tak cakap sama. Mencik lah. Dah lah tak sempat nak order lagi dah. Dapat sebungkus jek. Sikit pulak tuh. Lenkali ingat eh. Nama batang buruk tu ialah 'KUNYAH'. Produk sungai abong muo. Tahun depan aku order sedozen terus eh.
Eh, dah cukup 10 jenis eh? Meh sambung lawatan tapak.
Ini lah langsir yang aku cari sampai ke klang tu. Biasa je kan? Lantak lah. Janji aku rasa cantik.
Mana lah aku tau kemain susah nak membuat langsir design nih. Sakit satu badan.
Tang ni takde perubahan.
Meja ku berwajah baru.
Oh, dah nak balik ker? Nah, duit raya sorang 5 posen. Setahun kumpul, dapatlah seratus lebih. Jalan baik2 naaa... See you next raya, insya Allah.