Monday 30 August 2010

Isu Wanita

Heh, macam surat khabar sisipan keluaran khas hari wanita pulak ek. Sebenarnya dah beberapa kali gak aku nak tulis ni, tapi setiap kali ingat, tak duduk depan pc. Bila dah duduk depan pc, lupa lak apa ke bendanya yang aku teringat tadi. Padahal baru je perkara ni berlaku.

Gini. Masa aku pergi femli day kat d3saru itu ari, aku adalah bersembang dengan opismate dan isteri kepada staf ni. Biarlah aku menamakan opismate ni sebagai kak E dan isteri staf tu kak F (nama pun aku tak tau sebenarnya hihi). Sembang punya sambang (aku? sembang? pelik eh?), tah macamana termasuk la topik cancer. Rasa2nya masa tu asalnya kami cerita pasal h1n1.

Oh, bercakap tentang h1n1, baru2 ni ada dilakukan suntikan vaksin h1n1 kat opis aku. Memula tu derang wat survey dulu, berapa orang nak ambik. Aku tengok list tu, berapa ketul je yang nak. Ada tu, tulis, takut la, dah ambik la dll. Aku pulak, setelah berbincang dengan encik hairul, terus tanda ya. Sebenarnya aku ikut orang. Kalau ada geng, aku ambik la. Kalau tak, takut lak.

Pada hari kejadian, dah tengahari, barulah kawan aku ingatkan. Masa tu misi pun dah nak balik. Aku pun, ingat lepas zuhur la nak gi turun cucuk. Sekali time kat surau, jumpa member ni. Aku ajak la dia turun sama. Tapi, dia kata dia tak ambik. Sebab menurutnya, doktor sendiri pun tak ambik. Kenapa ek? Katanya, vaksin tu umpama trial version gitu. Aku dah terasa macam tikus putih la pulak. Pastu katanya lagi, ada dia dengar, sorang makcik ni ambik, besok tu terus lumpuh sebelah. Isy, langsung aku pun tak jadi nak ambik. Besoknya, aku tengok semua yang ambik semalam, selesema. Katanya, balik je semalam terus lemah2 badan. Kiranya vaksin tu sedang membentuk antibodi lah tu kot ek. Selepas tu pulak, dengar citer lagi, biasanya, kalau sampai misi datang ke tempat kita tu, sebab benda tu dah nak expired. Katanay aritu dia sediakan 1000 untuk opis aku (termasuk students). Sekarang ni, tak tau nak cakap, menyesal ke tidak.

Ok, berbalik kepada topik perbincangan kita tadi. Bila masuk bab cancer, offcourse la pompuan akan kaitkan dengan servik dan payudara kan. Dan bila masuk bab cancer cervik, offcourse la masuk ke bab pap sm3ar kan. Jadi, kami pun saling bertanya2, dah buat ke? Aku dengan konfidennya cakap la, aku dah buat 2 kali. Yang derang pulak, hampa! Sekali pun tak pernah. Padahal kak E tu dah 4+ dan kak F tu pun aku rasa dalam 45 ke gitu lah. Bukankah pada usia itu mereka kena lebih kerap melakukan pap sm3ar, kan? Boleh pulak derang tanya kat aku, sakit ke? Kena korek ke? Aku pun cakap la, takde maknanya sakit aih. Takde mende pun. Yang aku pelik tu, kak E tu dah beranak 2 kali. Gugur sekali. Yang kak F tu, dah beranak 6 kali. Gugur tak tau la pulak. Tapi??? Takut buat pap sm3ar. Apakah?

Pastu derang macam, eh, berani nya. Akak tak berani lah. Orang kata doktor masukkan benda macam muncung itik (???). Memang lah aku tak nampak alat yang digunakan tu, tapi takde lah pulak aku terpikir muncung itik ke haper.

Pastu pulak, kak F boleh tanya, aku dah kawen belum? Hah? Takkan lah aku sanggup mengorbankan keperawananku semata2 untuk membuat pemeriksaan itu? Lagi pun kan ujian tu untuk mereka2 yang 'aktif' sahaja? Kan?

Aritu sembang2 dengan mil pun ada dia cakap, kawan2 dia yang 'malu' nak buat pap sm3ar. Katanya, beranak tu dah memang terpaksa...

Hmmm...

p/s aku dah gugel, memang macam muncung itik pun benda tu hihi


5 komen:

kakLuna said...

wehh...aku kecik hati ni..sebab aku pun tak0t g pap smear hahahaha..aritu masa cek ngandung aku tatau itu pap smear..bila dh siap baru Dr bagitau.. hampeh

AyunasiA said...

ceh! nggak ngertik betul aku org yg dah beranak boleh takut. aku yg tak pernah beranak ni pun selamba jek. dah dah, pegi sekarang. org2 aktif mcm ko tu mmg kena buat selalu hihihi

Unknown said...

Wah! Bagusnya Asia....tp mmg untuk kesihatan kita juga kan.

Akak dah dua kali buat pap smear tu..InsyaAllah akan buat yang ketiga kali lepas habis waktu pantang ni..

AyunasiA said...

elok sgt la tu kak. kena cegah sebelum parah. marah sikit dak luna mayo tu.

kakLuna said...

huhuuu kena marah