Tuesday 20 July 2010

Pulut Kuning & Rendang Daging




Eee sedapnyaaa. Kalau lah pulut ni boleh dimakan macam nasik, memang la aku dah makan 3 pinggan. Tapi, apakan daya. Takleh makan banyak2. Karang masuk angin, boleh naik angin dibuatnya.

Petang semalam, aku dengan gigihnya memasak benda alah ni. Memula pergi kedai ain. Tengah aku membeli belah, tiba2 kedengaran wanita memekik2. Eh eh kenapa nih? Nak kata nampak eksiden, tak jugak. Suasana harmoni jek. Tapi, kelihatan mamat tukang potong ayam kecik2 sedang berlari2 menyeberang jalan. Sepulangnya mamat tu semula ke kedai, barulah tersebarnya cerita. Lorrr ada maling deh.

Menurut cerita akak cashier kepada adik cashier anak sedara mak aji jiran sebelah rumah di kampung ku itu, mula2 dia nampak maling ni masuk kedai dan terus memandang cctivi. Pastu dia pergi ke belakang. Akak ni dah suspek maling tu nak curik beras. Pastu dia pusing2 dalam kedai tu 5-6 kali sebelum dia cabut lari bersama2 helmet yang didakwa oleh akak itu mengandungi barang curi. Tah, tak tau pulak aku, apa ke bendanya yang dicuri itu. Adik cashier pulak cakap, maling itu ada menjatuhkan besi dekat2 rak ubat gigi sebagai modus operandi mengalihkan perhatian adik cashier. Aku pulak suspek maling itu cuba mencuri duit di cash register tapi gagal. Demikian lah kisah di kedai ain ebergrin pada petang semalam.

Ada lagi satu kejadian. Masa aku tengah tunggu mamat potong ayam kecik2 tu memotong daging untuk aku, kedengaran suara seorang gadis remaja,

"Bang, boleh siang kan ikan ni?"

Mamat menjawab,"Sorry dik, tak boleh la. Kalau ikan merah ke, boleh la."

Isy, malu malu malu! Ko pun, agak2 la. Ikan kembung pon nak suh orang siangkan ker? Nak kalo, pegi la pasaraya, atau pun time tak ramai orang. Ni tengah padat manusia. Malu la weiii...

Sampai rumah, terus arahkan (durhaka nyer!) encik hairul cabut serai dan mintak daun pisang kat jiran. Pas solat, terus klung klang klung kleng. Rendam pulut, siang bawang2, potong daging dll. Tengah nak blend bawang, baru teringat, terlupa beli kelapa parut. Rendang tanpa kerisek adalah sate goreng. Maka, dekat2 nak maghrib itu, encik hairul pergi la meround kot2 ada kedai yang menjual kelapa parut. Selalunya susah nak jumpa sebab derang jual kelapa dan santan pada waktu pagi sahaja. Sibbaik ada kat kedai dekat2 ess0.

Tengah2 blender pulak, alamak! Lupa siang lada kering pulak. Aduiii nampak sangat dah lama tak masak, kan? Dan2 tu lah baru nak siang lada. Tak sempat nak rebus (takde pon deadline, tapi tergesa2 tak tentu pasal), aku rendam je ngan air panas 2x. Sementara memasak rendang, konon nak buat kerisik, tapi, dah maghrib pulak. Tinggal lah dulu. Pas maghrib baru menyangai kelapa. Dalam hati dah agak cuak, lain macam je kaler rendang ni? Macam pedas je gayanya?

Dah siap kerisik, baru lah boleh mengukus pulut. Punya lah tak sabar nak kasik kuning, siap ku perah2 kunyit hidup yang ditumbuk ke dalamnya. Lepas kukus sampai agak masak, alamakkk bau kunyit la pulak. Mulut kumat kamit berdoa mudah2an santan akan menghilangkan bau kunyit itu. Eh, bukan orang panggil pulut kunyit ker? Normal la kot?

Lesai menyantan (ikut suka je tambah imbuhan), jam dah pukul 9.30pm. Biler nak makan nih? Sambil menunggu masak, baru teringat, tak tengok s0 u think u can dance. Dah nak abis pon. Huh! Malam raya pun tak sibuk camnih.

Akhirnya, dekat pukul 10pm baru kami bersantap. Fuhhh sedap bangat. Sebijik macam rendang mak siti (berapa kali tah nak ulang stetmen nih?).

Sebahagian yang habis dimakan malam tadi.

Aku makan secara asing2, lauk taruk jauh2. Kalau makan roti canai pun aku tak suka banjir.


Aku masak 1 kilo daging. Maka, pagi ini, kami semua makan pulut kuning dengan rendang daging sempena merasmikan kukus (yang tersurat) yang baru ku beli hihi. Tak sabar nak balik makan rendang lagi. tapi, pulut dah abis. :(

2 komen:

kakLuna said...

hmm nmpk sedap, strukturnya pun lembut tapi tak lembik, rendangnya sebati, dagingnya juga lembut. pedas tak pedas, manis masin smua cukup.

aku bagi A

AyunasiA said...

boleh pulak? pakai instinct pon boleh rasa ek? tapi, mmg 5 daripada 5 responden memberi komen sedemikian hehehe