Friday 9 July 2010

Pelaburan ASB*


Ramai orang memiliki akaun ASB*. Macam satu akaun yang wajib ada. Sebelum ASB*, aku pernah dengar ASN*, masa kecik2 dulu. Masa kursus btn* ada derang cerita pasal asal usul ASN* ni. Zaman awal dr m sebagai pm. Bagaimana tun da!m kot, pergi ke england untuk membeli tanah guthr!e kot dari omputih dengan duit asn itu. Kalau tidak, tak bertanah la kiter. Gitu lah kekdahnya derang memupuk semangat nasi0nalisme kepada jiwa ku. Kot gitu lah yang aku paham hehe. Pada tahun berapa tah, tiba2 ASN* umumkan dividen yang agak banyak. Errr sebelum tu takde dividen ke ek? Ke tak boleh keluarkan kot. Tah, aku pon tak paham.

Aku bukak akaun asb* selepas bekerja. Kumpul duit nak kawen pun dalam asb*. Masa tu tak pikir lagi ke mana dia laburkan duit kita tu. Halal ke haram. Asal ada satu akaun yang dapat menyusahkan aku untuk dikeluarkan jek. Selain untuk dilaburkan.


Bermula 2007, aku dah takde unit dalam asbi. Ada la kot sikit serdak plus dividen 3 tahun yang dah lama aku tak tengok. Seratus dua ada la kot. Tak tau nak buat apa.

Baru2 ini, aku mendengar cerita menarik tentang pelaburan asbi. Ok, aku masih belum pasti tentang hukum pelaburan ini, tapi, sekali dengar memang kalau boleh dan2 tu nak sambung melabur semula. Dah lama pintu hatiku tertutup kepada asbi, tetiba terkuak pulak. But still, aku masih menutupnya.

Sebenarnya benda ni dah lama, cumanya, aku yang malas nak layan. Yelah, tiap kali pergi mebenk, terutamanya kalau berurusan bukan di kaunter (meja), mesti ada yang cuba cucuk kiter untuk buat loan mebenk - asb, kan? Pernah la jugak dengar cerita orang pung pang pung pang hepi seronok soping bila update buku pada awal tahun. Tapi, dah lama giler aku tak ambik port. Takut syubhah. Hai lah suami... lihat lah betapa patuhnya dinda terhadap perintah kanda. Kanda tak kasik masuk asbi, dinda tak masuk. Lagi nak pikir dulu 88x bila dinda mintak diwasiatkan rete2mu kepada ku. Giler punya pengikis nih. Mesti la weiii. Dah la belum berwaris kan.

Tapi, baru2 ni, aku mendengar pengalaman daripada yang empunya badan. Wallawehhh... syok giler bila dengar tu. Derang ni kan, dah tau pelaburan tu untuk bumi, cuba lah pastikan tempat dilaburkan tu menepati syariat. Sayang je.

Gini, kan asbi ni allow maksimum pelaburan sehingga rm200,00 kan. Dan kawan aku ni (suami dia actually, keje kat sini jugak, so, kira kawan aku jugak la), buat full loan rm200,000 uolsss. Kencang sayyy. Ye lah, boleh la... gaji derang laki bini dah rm11,000. Celah gigi je kan. Duduk kat bp ni, gaji rm11,000 ni umpama rm20,000 kot kalau kat kl. Erkkk over sangat ek? Tak la... maksudnya, duit tu takde mende nak buat. Cost of living kat sini masih rendah. Sama la jugak, aku pikir, kawan2 aku yang dah jadi lecturer kat shah alam tu. Memang gaji derang besar daripada aku, tapi, macam2 ada kat sana kan. Rumah mahal, makan mahal, hiburan banyak, tol parking, bla bla bla. Sebenarnya sama je. Aku bersyukur sangat sebab rezeki kami di sini.

Ok, kawan ni buat loan panjang la jugak. 20+ tahun. Bulan2 dia bayar +-rm1,200. Macam bayar installment rumah semi-d 2 tingkat je kalau kat bp ni. Mari kita buat calculation.

rm1,200 x 12 bulan = rm14,400 setahun

Maknanya, secara tersiratnya, simpanan dia dalam asbi kalau tak buat loan ialah rm14,400. Tetapi, oleh kerana dia buat loan, simpanan dalam asbi dia ialah rm200,000 sepanjang tahun. Maknanya, purata simpanan dia yang dikira dividen ialah rm200,000.

Kalau ikut tahun ni punya dividen, lebih kurang 8 sen seunit, maknanya, dia dapat dividen sebanyak rm16,000! Buta2 gitu je.

Ok, mungkin ada yang cakap. Alah, kalau compare ngan installment dia, beza rm1,600 je. Tak la untung mana. Ok, itu kira2 secara mata kasarnya. Fakta sebenarnya, dia untung keseluruhan rm16,000 tersebut. Percaya tak? Tak banyak? Ye lah, keje gomen mana nak dapat bonus 6 bulan gaji kan. Ini je lah caranya. Paling mudah.

Ok. Tidak seperti loan kereta atau rumah yang kalau kiter jual kete atau rumah tu kita tak dapat apa2, tetapi dalam pinjaman ini, kita akan dapat duit. Uwang! Kaya kaya kaya! Jadi, walau pun kiter membayar pinjaman setiap bulan, duit itu tetap menjadi milik kita.

Gini, menurut perjanjian, kalau sekiranya kiter nak terminate loan ni, kita still akan dapat sebahagian daripada duit yang telah kita bayar bulan2 tu. Tapi, ada lah syaratnya. Kalau nak dapat banyak, tunggu la sampai 3 tahun, pastu baru berenti. Kalau sebelum 3 tahun, dia akan ambik 40% (kot) dari jumlah tu. Sebaliknya, selepas 3 tahun, dia cuma ambik 10% sahaja. Mari kita buat matematik lagi. Kita ambik contoh kawan di atas.

Katakan Z nak terminate loan itu pada tahun ke-2. Let say, bulan februari la (lepas enjoy2 pegi d!sneyland h0ng k0ng hasil dividen bulan januari). Jadi, jumlah pelaburan dia setakat 2 tahun itu ialah

rm14,400 x 2 tahun + rm1,200 (januari) = rm30,000

Dalam tempoh itu, dia dah menikmati dividen lebih kurang rm16,000 x 2 = rm32,000.

Ok, nampak macam dia baru untung rm2,000 je kan?

Hakikatnya, dia masih ada lebih kurang 60% x rm30,000 = rm18,000 di dalam akaun asbi dia. 40% lagi dikira penalti kerana terminate awal. Jadi, untung ke tidak? Walau pun dia kehilangan 40% itu, tetap lah dia tak rugi sebenarnya. Berbanding dengan dia takde buat loan langsung la kan.

Itu kalau dia tak tahan dah nak teruskan loan tu. Manalah tau kan, tiba2 masa tu dia memerlukan sangat duit ke kan. Memang la terpaksa. Tapi, kalau takde sebab apa2, apa salahnya dia tunggu sikit lagi, barang 11 bulan lagi? Jom kita kira lagi, apa jadi kalau dia tunggu sampai 3 tahun.

Jumlah pelaburan setakat 3 tahun ialah rm14,400 x 3 = rm43,200

Dividen untuk 3 tahun (kira purata la ni) rm16,000 x 3 = rm48,000

Secara kasar, keuntungan sebanyak rm4,800

Simpanan selepas terminate loan 90% x rm43,200 = rm38,880, di mana 10% ialah penalti kerana terminate awal.

Cuba bayangkan, encik Z hanya kehilangan rm4,320 sahaja sedangkan dia telah menikmati rm48,000 sepanjang 3 tahun itu, selain rm38,880 yang stay dalam akaun asbi dia. So, untung ke rugi?

Harap2 kalau salah kira2 aku ni, ada yang boleh betulkan sebab bab % terminate tu aku tak pasti (sebab bab terminate tu aku dengar dari kawan yang lain pula). Tapi yang dividen rm16,000 tu memang betul dan komfem la.

Haihhh... kalau tak memikirkan halal haram, sekarang jugak aku nak buat loan ni. Dapat rm100,000 je pon cukup la kan?

p/s mula2 aku tulis ribu dalam k, tapi tak nampak macam banyak. bila dah tukar kepada 000, baru lah nampak macam banyak duit tu huhu.

4 komen:

Irfa said...

suka betul saya baca blog awak ni.
sempoi je ayat dan bahasanya

AyunasiA said...

hehehe blushing i. timer kasih la yek...

kakLuna said...

nasib baik aku dah faham sifir ni..tak payah baca dah..


irfa : blog sempoi ek?kat mana?kat mana?


hahaha

AyunasiA said...

luna maya kekasih ari3l peterp0rn: ko pegi kelas tuisyen, ngelat ar. org lain terpaksa masuk kelas hari2 baru boleh faham.

irfa: sila jelaskan. ada org jeles sy curi peminat dia ;P