Saturday 5 June 2010

Spell

Pernah dengar lagu Balasan Janji Palsu Mu? Meh dengar.



Pada suatu waktu
Engkau bersumpah
Bahawa engkau ikhlas menyintaku
Dan engkau berjanji
Akan setia kepadaku

Aku pun percaya
Sumpah setiamu
Lalu aku pun terima dirimu
Sebagai kekasih
Ku serah oh jiwa dan raga ini
Hanyalah untukmu

( korus )
Di awal percintaan
Sungguh indah hidup kita
Dan kemesraanmu
Membangkitkan kasih sayang
Betapa relaku
Berkorban untuk mu

Tetapi mengapa dengan tiba-tiba
Engkau membenciku
Hingga kau tergamak
Tidak sudi lagi memandangku

Oh dimana sumpah setiamu
Dahulu oh... sayang
Seandainya suatu hari nanti
Hidupmu tak bahagia
Itulah balasan
Sumpahan janji palsumu

Tak. Takde kena mengena pun dengan apa yang aku nak ceritakan nih.

Kata orang (tak ingat lah pulak siapa), kata2 adalah suatu doa. Walau pun kita tak bermaksudkannya. Sebab itu ada pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Pendek kata, kita perlu berhati2 dalam percakapan kita.

Tak berapa lama dulu, mala (my step sister) ada cakap ngan aku.

Nga, ingat tak dulu ko pernah cakap, "kalau takde anak pun tak per..."

Dan aku adalah terkejut? Eh, ada ek? Bila aku cakap cenggitu? Dia kata, ada, masa bujang dulu.

Selepas tu, aku fikir balik apa yang dia cakap kan. Yang pasti, aku tak terfikir yang aku akan bercakap sebegitu. Tapi, tak tau lah kalau aku tak perasan. Terlajak perahu. Kalau betul lah aku pernah cakap cenggitu, apa yang boleh aku buat ek?

Ni boleh dikira sebagai sumpahan ker?

2 komen:

Luna said...

mmg betul kata2 satu doa..tp masa tu thp pemikiran lum matang..aku pun byk benda gak terlepas dan skrg terasa lah balasannya...tp ini ujian bg kita gak...apa yg kita lebih percaya??qada' dan qadar Allah atau, adakah kata2 kita tu yg menentukan segala?Tidak...

hanya Allah yg mengetahui apa yg terbaik utk kita buat masa ni....bknlah kata2 di masa yg lepas..cuma sebaik2nya kita istigfar kalo ada lg kata2 seperti tu penah kita tuturkan.

AyunasiA said...

thanks lub...