Tuesday 8 June 2010

Setahun Tak Jumpa

Alah uncle tu. Cakap macam bff, tapi, diskaun sikit pun tak kasik.

Dua minggu lepas, aku nampak uncle tu jual rambutan. Itu petanda durian dah nak luruh sebab bagi aku, kumbang durian ngan rambutan ni sama kot. Mesti dia berpesta madu pada waktu yang sama. Tinggal lagi rambutan ranum dulu daripada durian kot. Isnin minggu lepas, dah nampak dia jual durian pulak. Nanti lah, tunggu lepas seminggu dulu baru aku beli.

Tapi, sampai hari khamis, aku dah tak boleh sabar. Berenti je lah. Turun2 je aku dari kereta, terus dia menyapa,

Waaa lama tak jumpa ha...? Sudah setahun.

(Sama je dialog uncle nih dengan dialog dia setahun lepas?) Hehehe.

Aku beli yang sekilo 5 hengget. Try 2 biji je dulu. Nak balik tu aku tanya, banyak ker durian kali ni? Wah macam pelik kan? Aku cuba berbasa basi di situ? Dia kata tak banyak sangat. Dan tak berapa laku. Maybe sebab cuaca panas kot. Alah, tak laku dia, bukannya rugi pun. Macam takde modal je bisnes durian ni ek? Ada laaa. Modal masa. Masa tunggu, kutip dan jaga gerai. Modal duit memang takde. Ada laaa, dulu2, modal tanam pokok dan baja gemuk dan baja buah. Berapa la sangat. Fuh! Mesti best ek? Untung kasar ngan untung bersih sama jek.

Durian kampung. Kalo durian kawen d101 tu, rm11 sekilo. Errr tunggu gaji nanti la ek?

Tengok warna kuning je pon dah terliur

Kucing tidooo. Aku punya!

Isinya dua lapis lagik. Ada 2 pangsa yang berlapis cenggini


3 komen:

Unknown said...

Hoho..durian..nasib dah merasa, kalau tak lagi ler meleleh air liur..hehe

AyunasiA said...

sebab tu wat entry ni selepas akak makan hihihi

Yayu said...

Terliur....