Tuesday 29 June 2010

Minah Kilang, Minah Karan Part III

Semester pertama pengajian, aku lum dapat scholar/loan. Camne nak bayar yuran yang rm3++ tuh? Tak lain tak bukan, kena la keje. Balik2 je ke kampung, ina tengah cari keje. Aku pon, tumpang la sekaki. Kami pergi 1 van, semua kawan2 ina dan friend of friend dia. Semuanya versi gedik2. Smoking lagik. Ada sorang tu mak orang, aku pernah kenal kat sekolah bandar mas. Tapi dia tak kenal aku la kot. Aku pasrah je ikut derang. Bukan aku nak jadi cam derang pon. Jati diri aku masih kuat kot.


Pergi2, semua dapat. Sibbaik aku baru je lepas spm kan. Takde lah orang pikir aku belajar ke haper. Kilang yang kami pergi ni kecik je. Santak namanya. Tak glemer langsung nama. Macam 'lantak ko lah' je. Walau pun kecik, kami keje shift malam. So, gaji nyer lebih la sikit. Aku keje sebulan lebih je. Cukup la wat bayar yuran. Sepanjang keje kat sini, macam2 drama berlaku. Banyak konflik berlaku pada adik aku tu. Ni lah masalahnya kalau silap memilih kawan. Aku pulak, mengambil tema kilang itu, lantak ko lah. Yang penting aku nak keje, dapat gaji, cukup haribulan sambung belajar balik.

Cuti semester kedua, bulan mac/april, lama sikit. 2bulan lebih kot. Ini lah peluang keemasan untuk aku keje lama sikit. Masa ni abang ipar aku baru keje kat kilang PN3 pcb. Jadi, kami (aku dan encik hairul) berpakat nak mintak keje kat sana. Bukan pakai kabel pon. Saje. Dulu kan aku ada keje kat PN3 letrik kan? Ni dekat area tebrau 4 gak. PN3 pcb ni tersenarai di papan kedua b5kl tau.

Tapi, aku tak pegi sekali. Dia pegi sendiri kot, ikut ngah. Aku pegi ngan eita (kakak aku yang sama2 belajo u1tm). Keje kat sini ikut shift. 7-3, 3-11, 11-7. Tapi biasanya kita keje 7-7. 4 jam kira ot. Ni kira ot wajib la. Yang hampehnya, aku ngan encik hairul tak pernah dapat satu shift. Aku siang dia malam. Aku malam dia siang. Tapi aku sempat siang seminggu je kot. Selebihnya malam je. Lagi best sebab dapat elaun malam lagi kan. Oleh kerana tak sama shift, kami selalu berkomunikasi melalui locker hehe. Bagi surat pon kat locker hihi. 1 mangga, 2 kunci.

Di sini kami ditempatkan di bahagian checker. Tah, agaknya ada cop checker kat dahi aku kot. Asik laaa jadi checker. Kejenya senang tapi, bosan. Dah la keje malam kan. Ngadap la pcb tu tiap2 malam. Cumanya, aku keje ngan kakak aku, senang la sembang. Dan kau rasa, ini antara kilang yang aku rasa selesa bekerja. Dan dapat gaji pun memuaskan hati la. Dalam 7-8 ratus gitu.

Kat sini juga, ramai bang la. Lelaki dan pempuan. Kami sempat berkenalan dengan leader kami seorang bang la yang tak lekeh sangat la. Rupa2nya dia ada degree ok. Kat sana takde kerja, tu yang datang sini. Derang keje setengah mati. Sabtu ke ahad ke, main langgar je. Income pon cecah 2k. Ada sorang ni pempuan, nama dia lovely. Kerek sehhh.

Kami pergi keje ni naik van dan bas. Oh, kami keluar rumah jam 5 pagi kalau siang dan 5.30 petang kalau malam. Kalau pagi, dari rumah, ada van ambik sampai depan simpang. Pastu tunggu bas yang ambik orang kat semencu. Bas mawar merah namanya. Kalau malam pulak, bas datang depan rumah dan terus ambik orang kat simpang at1. Balik pulak, kalau balik malam, bas turunkan kami kat at1 sebelum van datang bawak balik rumah. Kalau balik pagi, ermmm dah lupa la pulak. Rasanya bas hantar terus sampai rumah.

Pada suatu hari, encik hairul shift malam. Dia dah terlambat bangun agaknya, so dia terpaksa la kejar bas naik motor bersama adiknya. Tiba2, tereksiden la pulak. Dia takde apa sangat, tapi adiknya patah kaki. Tergezzzut aku bila dia telefon dari hospital, kata eksiden. Lepas tu dia berenti ke tak tah. Lupa lak.

Keje malam memang pelik. Sebab pukul 2 pagi kiter akan 'lunch'. Oh, kat sini derang bagi kupon makan bernilai rm2 sehari. Biasanya pukul 3-4 pagi tu lah timenya mata dah tak larat nak bukak. kadang2 kami bergilir2 gi toilet. Tidor cangkung wakakakak. Tak senonos. Abis, dah tak tahan sangat. Kadang2 time rehat kami tak makan sebab nak tido.

Habis cuti semester, kami pon berenti. Masa bagitau kat supervisor, dia pon cakap, patut lah pandai speaking london, rupanya kami ni student !tm. Mahap la encik, kami tak bagitau yang kami keje ni part time je. Ye lah, 2 orang terus hilang, kenalah dia cari pengganti.

Huwarghhh!!! Ngantuk lak aku menaip entry ni. Mungkin sebab aku menjiwai dan cuba kembali ke masa itu. Keje malam. Ngantuk.

Bersambung la ek.

4 komen:

catz said...

salam,

aku pun pernah mengalami keje kilang.
keje shift lagi.
hiksss...manis gaklah untuk dikenang.
pi keje naik van.

:)

AyunasiA said...

salam,
dulu, asal lps spm je, terus pkr keje kilang ek?

pening betol naik van sbb semua pki perfume lain2. kalo 8 org, 8 bau. pengsannn

catz said...

dulu keje kilang lah yang pemes..
lepas grad..mementang lah grad EE, antor resume pun mostly ke kilang sajork.
and end up mak koje kilang jugok time tuh..tapi best jugak. Bnyk kenangan..dingorat oleh QA Manager..wakakakaka. tah gapo2..
eh..aku boleh buat modal blogging lah kan....hikhikhik.

AyunasiA said...

a'ah la. tp aku lepas grad langsung tak laku di pasaran kilang. hampes.

sila blog kenangan itu okeh