Monday 28 June 2010

Minah Kilang, Minah Karan Part II

Bersambung kembali.

Tak lama aku kerja di sana, belum pon result spm kuar, aku dah berenti. Kononnya yayu ajak keje nem!c lambda. Dulu yayu pernah keje situ (dekat dengan kilang v$ ni jugak) dan banyak ot. Bleh dapat lebih 1k sebulan. Eh, lupa lak, gaji aku kat v$ tu ialah rm420 sebulan tak termasuk elaun makan dan kedatangan yang aku dah lupa berapa. Jadi, kami pon pergi lah kilang ni. Interview, tak dapat. Kenapa ek? Maybe aku tercakap yang aku nak keje sementara je. Yayu pulak? Tah, lupa lak. Rasanya dapat kot. Ek? Lupa lah. Yang sadisnya, aku kena balik sendiri naik bas huuuuuu nangis. Eh, ke kita balik sama2 ek yu?

Dah sedih2 takde keje, aku mintak keje ngan ina (step sis). Masa tu dia pon dah berenti keje. Oh, dulu agak rapat jugak dengan ina ni. Sekarang je dah tak. Satu hari, ina ajak aku mintak keje kat v3nture. Kilang ni kat tampoi (kot, dekat2 kempas dan larkin). Kami pergi tu tengahari kot. Sampai sana, tah cemana, driver tu ajak mintak kat kilang lain. Aku pun tak faham, mengikut je. Dan kami dibawa ke kilang pn3 elektrik. Encik hairul pernah keje kat sini masa lepas grad dulu. Kira tempat pertama dia kerja la sebelum yusen dan uthm*.

Kat kilang ni, aku dapat jadi qc inspector. Ina pulak, errr tah, lupa lak. Tapi tak sama la. Selama ni aku ingat qc keje check2 barang dan keje merejectkan barang huhuhu. Rupanya itu keje qc operator. Kalau qc inspector keje kat line. Ala2 mandur gitu, memastikan operator buat keje dengan betul. Best jugak. Gaji kat sini lagi sikit. rm380 sahaja. Itu pon sebab qc. Kalau operator 350 je kot. Kat sini lah aku jumpa dengan ex-classmate aku kat sekolah bandar mas yang meninggal pesawat terhempas tu. Dia keje lebih kurang aku jugak kot, jaga line. Selalu sembang.

Result spm kuar masa aku keje kat sini. Tak lama kemudian, ina ajak berenti. Ni lah masalahnya keje mengikut2 orang ni. Orang pulak suka pindah2 keje. Actually ina ni cantik orangnya. Ramai beno peminat. Jadi, time keje pon aku jadi rimas. Tak ingat la aku apa kes nya sampai dia nak berenti. Rasanya sebab dia nak keje kat kenw00d. Aku menyesal sebenarnya berenti keje ni sebab akhirnya kami tak pergi pon mintak keje kat kenw00d. Tak pasal2 aku menganggur sekejap. Rugi giler. Masa menganggur ni pulak la aku kena gigit ulat bulu. Terkena masa nak pegi air terjun. Tangan aku membengkak dengan jayanya. Jadi, aku pun tak dapat mencari kerja yang baru.

Tak lama kemudian, ina ajak cari kerja lagi. Errr aku rasa ada la beberapa tempat yang aku pergi sebelum ni, tapi tak ingat bila. Antaranya kilang sunplas. Kilang kecik kat area tebrau. Kilang ni aku keje sehari je hihihi. Datang interview, terus masuk keje. Keje aku insert komponen. Ingat lagi, aku kena masukkan kapasitor seramik. Besok nya ina kata dia tak nak keje sini. Maka, berenti lah kami. Tah apa2.

Selepas itu, kami mintak keje di de5a c3merlang pula. Kilang EnQ. Ini lah kilang terakhir yang aku keje sebelum sambung belajar. Keje kat sini tak dapat elaun makan, sebaliknya dapat makan lunch free. Nama pon free, jadi, memang cikai abis. Biasanya nasi ngan lauk ikan selar kuning goreng (cinonet je ikan tu) ngan air sirap. Kadang2 lauk telur dadar je. Rasanya aku sempat keje sini 2 minggu je kot. Tak sempat gaji aku dah resign. Dalam banyak2 kilang, kilang ni antara yang aku resign secara betul. Yang lain tu ada yang ca alip bot je hehe. Sebelum sambung belajar, aku pergi ke kilang ni untuk mengambil gaji.

Maka berakhirlah dunia minah kilang ku untuk sementara waktu. Sebab apa aku kata sementara? Sebab masa belajar, aku pernah bekerja di beberapa kilang lagi semasa cuti semester. Itu akan aku ceritakan dalam episod seterusnya.

Ini pula kilang kedua yang aku keje lama sikit. Lelain tu tak sampai sebulan.

Chiow!



0 komen: