Monday 3 May 2010

Semangat Kesukanan : Sempena Cawan Th0mas


Jumaat lepas, ada mesyuarat agong kelab. Aku berjaya mendapat cabutan bertuah yeyay! Asalnya aku dapat hamper jajan2. Aku tengok hamper tu, alahaiii, jajan2 je yang aku boleh makan. Biskut dan air gas tu komfem aku akan kasik orang. Sekali, sorang mamat ni dapat hadiah dalam kotak. Goncang2, bunyik macam cawan. So, dia mintak tukar ngan aku. Maka, bertukar lah sudah hamper dengan cawan. Boleh lah buat top up cawan2 untuk koktel.

Dalam meeting tu, turut dibangkitkan isu kurangnya perlibatan para wanita dalam aktiviti sukan. Bulan 7 ni ada sukan staf selatan. Cemana kalo takde peserta? Lalu, balik je dari kerja, aku pun terus kepochi2 ngan encik hairul. Nak main badminton. Bukan lah aku nak jadi wakil badminton, tapi dah lama tak main badminton. Nak main depan rumah, macam malu pulak.

Jadi, malam tu, kami terus ke kedai sukan untuk membeli raket hehehe. Asalnya aku dah ada raket. Tapi, raket murah dan berat. Belas2 hengget je kot. Pilih punya pilih, belek punya belek, aku pun beli raket ini.

Warna adalah mengikut tema laptop dan jam hehe.

Siap string '23lbs'. Tah, cemana dia ukur berat lbs tu. Rupanya kalo pompuan takleh tarik kuat sangat. Nanti sakit tangan. Mungkin bila terlalu tegang, bola melantun dengan kuat dan akan menolak tangan kiter ke arah berlawanan seterusnya menyebabkan tangan cepat penat aka lenguh.

Tahniah kak azie! Tepat sekali. Konon nak jenama y0nex. Tapi, takde diskaun lor. Uisy, ada yang regenya rm950??? Ni taraf chong wei nih.

Amacam? Ada berani? Eh, ni bukan tagline mak budak af8 tu eh.

Patut lah orang berebut2 bila chong wei campak raket dia lepas perlawanan ek? Rupanya mahal ek raket dia. Tapi, dia dah tentu lah ada penaja. Menang 17k dolar, setakat raket rm1k ni, tak luak la.

Sabtu pagi, tengah aku sedap2 tido, sayup2 kedengaran suara memanggil, 'Atlit, bangun!' Wah! Tak agak2 tu. Adoi laaa. Dah macam misbun sidek di zaman kanak2 la pulak. Pengaruh katun anak2 sidek la nih.

Lalu, kami pun pergi ke uth*m untuk bermain pukul2 bulu tangkis. Belum layak dipanggil badminton lagi. Tu pun dewannya tutup. So, kami main kat court takraw je lah. Lebih kurang je saiznya. Cuma, net dia besar2. Boleh tembus bulu tangkis.

Tak lama kemudian, tiba2, kasut ku pulak terkopak. Nampak sangat dah lama tak bersukan ek? Alaaa kasut tu memang dah lama. Aku beli pada tahun 2006, time nak pergi kursus usahawan pun*b. Logik la kalau dah kopak kan.

Balik rumah, terus siap2 nak pergi kenduri kawen. Nanti aku citer dalam entry yang lain. Selesai makan nasi minyak, terus pergi soping. Tujuan utama,, nak beli kasut hehehe. Ni dah macam nak masuk terbuka malaysia la pulak. Yo yo o betul.

Hehe sedondon tak? Poyo betul aku rasa.


Hari ahad pagi, tangan ku sudah mahu tercabut. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiii!!! Ini lah akibatnya lama tak bersenam dan bersukan. Takmo main badminton lagi!

Lepas asar, aku berkebun pulak. Tanam semula pokok bunga kertas yang baru beli minggu lepas ke dalam pasu. Pastu, kami pergi ke uth*m lagi. Tangan dah tak sakit sangat. Kali ni dapat main dalam dewan sauna. Panas gilos. Berpeluh2 aku.

Ni baru betul court badminton. Tapi macam masuk dalam oven.

Adeh!

Maka, hujung minggu yang lalu telah aku penuhi dengan aktiviti yang sihat. Mintak2 la tangan aku dah baik weekend ni. Nak main lagi. Ni kalo chong wei tau ni, mesti menangis terharu. Semoga skuad badminton berjaya menjulang piala th0mas pada tahun ini. Chaiyok!


2 komen:

Ajzie said...

amboiiiiiiiiii kasut... sedondon dengan raket...

AyunasiA said...

hahaha tak boleh tahan. terlebih sudah!