Monday 19 April 2010

Maulud Nabi


Yuhuuu! Anybody home? Wah wah rumah sendiri lagi nak tanya siapa ada kat rumah eh. Orang bagi la salam. Assalamualaina. Eh, betul ke, kalau masuk rumah yang takde orang, kita bagi salam cenggini? Kira bagi salam untuk diri sendiri jawab. Tak kisah la tu. Yang penting selamat dan sejahtera ke atas segala makhluk.

Adoi mak aiii. Sakit betul kepalak aku. Minggu lepas aku dah demam selesema. Biasanya kalau demam selesema ni, badan masih cergas. Tapi, belum pun baik demam, dah ditimpa kepenatan lagi. Aku ni dah lah sedia lembik. 3 minggu berturut2 pulak tu penuh dengan aktiviti. Bilakah aku dapat berehat? Ok, ini bukan alasan, tetapi sebab, kenapa aku tidak mengupdate seperti biasa minggu lepas. Sebab itu, selain masa, kesihatan juga harus dijaga. Kita semua diberi 24 jam sehari. Takde sorang pun yang dapat lebih atau kurang. Tapi, bagaimana kita menggunakannya, tentu berbeza antara satu sama lain. Huh! Tetiba.

Adeh! Semakin sakit kepala ku. Tengok gambar je lah.








Perarakan

Doa

Makan dulu


Daging kicap. Tersedap.

Kambing rempah bermadu. Sedappp.

Ayam merah. Ponnn sedap.

Dimakan bersama nasi jagung dan pencok (vocab baru bagi ku) aka acar aka rojak.

Ceramah


Penyampaian anugerah kecemerlangan exam. Huh! Exam oriented betul.

2 komen:

Acik Erna said...

salam ayu..meriahnya majlis..sedap sedapnya makanan

AyunasiA said...

meriah mmg meriah, sedap mmg sedap kak. akibatnya, sakit kepala berhari2. xde la byk sgt mkn, tp penat tak berenti.