Thursday 22 April 2010

Makanan Kesihatan, Makanan Tambahan Atau Ubat

Images by google image.


Hari ni aku nak cerita pasal makanan tambahan. Aku tau, pemakanan aku sehari2 memang tak seimbang. Dah la tak makan sayur sangat, benda lain yang dimakan pon, asal boleh jer. Janji perut berisi. Ada la sikit, fikir pasal nutrien yang terkandung dalam makanan. Tapi, biasanya yang muncul dalam benak fikiran, yang penting ada karbohidrat, protein dan vitamin. Tu pun, bukan kisah pun, vitamin apa yang ada dalam tuh. Dah tentu2 at least ada vitamin A-E dan K. Dalam satu huruf tu pun kengkadang ada 1-100 kot. B12 pon ada, kan? Tah, tak tau pulak aku ada sampai berapa. Pernah baca, pasal pemakanan Rasulullah. Darat dan laut takleh bercampur. Nanti jadi racun. Ikan takleh makan ngan salad. Susu takleh makan ngan apa tah. Tapi, tau gitu je lah. Kekadang teringat, tapi tak teramal sangat. Adoiii banyak lagi benda nak fikir selain dari makanan lor. Nak padan2kan ikan ngan sayur yang sesuai pun aku malas nak pikir. Huh! Macam professor pulak, banyak sangat berfikir sampai tak sempat fikir pasal makanan.

Tapi, yang pasti, aku dah slow down memasak lauk lemak. Setahun tak sampai 5 kali kot. Hahaha memasak pun berapa kali je dalam setahun hukhuk. Tah, aku rasa kalau makan lauk lemak tu, rasa perut sebu dan tak selesa. Natijahnya, tido pun tak lena. Camne nak lena. Sambil tido, sambil fikir, apa la jadi ngan lemak2 yang aku makan tadi. Mesti dia berlambak kat dinding2 perut aku. Pastu dia menebal. Sampai la perut aku jadi semakin kecik. Metabolisme menurun. Pastu menyumbatkan salur darah. Ngeri.

Hello! Baca semula ya. Aku katakan 'memasak'. Tapi, yang aku makan kat kedai tak masuk tau. Nasi lemak tu bukan lemak ker? Syukur lah peniaga2 sekarang memang jenis kedekut santan dalam nasi lemak, kan? Derang salu ganti ngan taruk halia banyak2 untuk cover rasa lemak tu. So, sohih la nasi lemak tu dah kurang lemak. Tapi, nasi lemak g@m par1t r@ja tak masuk dalam ni ek. Nasi lemak dia memang lemak gilos. Bila dimakan malam2, pergh! Sila la sediakan sportshoes untuk bersenam besok paginya yea. Atau anda akan diserang stroke di usia muda.

Ok. Menyedari akan ketidakseimbangan diet itu, aku pernah dan sedang mengconsume makanan tambahan aka supplement. Kalau dengar atau baca iklan derang ni, mesti akan ditekankan, ini bukan ubat, tetapi makanan tambahan yea. Ye lah ye lah. Kami percaya. Tetapi, ada juga yang dipanggil makanan kesihatan. Ni kira makanan tambahan yang otomatik leh jadi ubat sekaligus. Tapi, tah lah. Mana2 pon sama je lah. Masing2 akan memberitahu kebaikan makanan tersebut. Kalau tak menyembuhkan, mengelakkan certain penyakit. Dan biasanya senarai penyakit itu sangat lah panjang, sehingga kan, kalau aku la, hampir sukar nak percaya. Takkan lah begitu hebat? Pastu, mesti ada disclaimer, oleh kerana ianya adalah supplement, kalau tak mujarab, tu bukan salah makanan itu, tetapi pemakan yang tak serasi. Yang penting tokey dah kaya hehehe. Berbeza dengan ubat, yang secara saintifiknya memang straight to the point merawat sesuatu penyakit dan tidak berpura2. Pengesahan kelulusan kkm tu aku rasa sekadar nak pastikan ia selamat digunakan atau tidak memudaratkan, bukan kerana ia terbukti berkesan. Betul, tak?

Walau bagaimana pun, tak tau siapa nak disalahkan. Kita pembeli, membeli sebagai satu ikhtiar. Macam aku, bila aku cakap aku tengah makan sumthing supplement, aku dah rasa secure semacam. Takde dah orang tanya, kenapa tak berusaha, berikhtiar? Selesai satu masalah. Selagi tak, orang akan mencadangkan macam2. Makan itu makan ini, jumpa si itu jumpa si ini. Cuba itu cuba ini. Last2, satu pon aku tak buat. Benda2 macam2 ni aku nak tengok depan mata, baru aku percaya. Kalau dengar2 maklumat sekunder, tertier ke haper, susah lah.

Selepas grad dulu, aku berkenalan dengan luxor network. Satu syarikat mlm yang boleh tahan la pada waktu tu. Boleh tahan sebab derang ada bangunan sendiri di sebelah tol damansara. Sempat la aku pergi malam anugerah derang yang dihiburkan oleh ct nurhalija. Aku tak join pon, tumpang sekaki jek. Masa tu, aku makan spirulina seperti di atas. Masa tu memang tengah 'in' la spirulina nih. Semua mlm berlumba2 mengeluarkan produk spirulina. Masing2 mengaku dia punya yang terbaik di dunia. Ditanam di laut paling suci dari baka terbaik. Yo yo o jek. Tengok2, ko tanam dalam tangki belakang rumah je. Ces!

Selain itu, aku juga minum jeli gamat ini.

Kenapa aku ambik benda alah ni? Biasa orang beranak je minum jeli nih. Aku minum atas kapasiti untuk kesihatan. Di samping menyokong bisnes kekasih kikiki. Isy, teringat aku, masa baru2 keje pertama selepas grad, encik hairul berniaga kuih raya jenama luxor ni lah. Kesian pulak. Takde lah untung sangat, tapi demi semangat keniagaan (ada ke perkataan nih?) dan demi kelangsungan hidup, diteruskan jua. Alahaiii tak sanggup aku nak bayangkan.

Bila aku mula bekerja, aku cuba meminum gamogen. Time aku kat mersing dulu. Sempat lah aku minum 3 botol kot, sebelum aku stop. Sebabnya, aku kena kursus kat ci@st. Kat sana, aku dok hostel. Kat hostel takde peti ais. Benda ni kena simpan dalam fridge selepas dibuka. Jadi, aku terpaksa la berenti.

Selepas abis kursus, aku diperkenalkan dengan produk usana pula. Ni pun katanya supplement terbaik dari ladang di dunia. Kira ranking nombor 1 la kononnya. Untuk set 4 botol di bawah, harganya rm3++. Masa mula2 makan, punya lah seksa hidup aku. Aku makan sekali je sehari, belah malam. Jadi, bila dah petang tu, runsing kepala aku memikirkan yang malam ni nak makan benda nih. Sebabnya, dia dalam bentuk pil. Dan pil itu sangat besar. Dan keras.


Salah satu daripada dua ni, warna oren. Rasa dia macam kunyit. Dah lah besar, keras pulak tu. Aku ni tak geti makan ubat. Selalunya, untuk 4 biji pil nih, aku sediakan air 1 tumbler. Yang oren tu kalau perisa oren tak pe jugak. Sedap la jugak kan. Ini, tidak. Bila aku nak telan tu, dari dia besar, sampai kadang tu dah nipis, tak masuk2 ke dalam tenggorokan ku. Air dah nak abis 1 tumbler, sebijik pon tak lepas lagi. Kalau aku belah dua pun, tetap susah nak masuk. Kalau 1 tu ok lah, tak masuk tak masuk pun, last2 bila masuk tu, sekali je. Kalau dah pecah 2? Tak ke 2x seksa? Tu baru sebijik. Kalau 4 bijik? Kadang2 je dia boleh masuk cepat. Kadang2 tu pulak, dia masuk tak membujur. Melintang kut celah tekak. Dahhh sakit pulak. Pastu takut pulak dia tersekat. Camno? Tak bernapas ar aku? Huh! Psiko giler ar ubat nih. Siap aku doa2, cepat la ubat ni abis. Trauma gue.


Yang ni pun besar dan tak sedap giler. Cumanya dia tak rasa macam kunyit. Pahit2 ubat gitu. Tapi, tetap menyeksakan. Bila dia semakin kecik, tekstur nya jadi berbiji2. Tambah ar aku ngeri nak telan. Tiap kali nak makan benda ni, aku kena tarik nafas dalam2, tenangkan fikiran dan cari alasan untuk delay hahaha.

Ni je satu2nya yang bukan dalam bentuk tablet. Dia macam vitamin E, lembut dan ada cecair di dalam. Minyak ikan rasanya. Yang ni memang besar jugak, tapi sebab dia lembut, takde lah aku takut dia mencederakan tekak aku. Rasanya, ni je yang aku tak takut nak telan.

Bila ubat ni dah nak abis, aku pun suh la encik hairul top up. Kawan dia yang jual. Tapi, kawan tu pulak seolah2 melarikan diri. Eh, ko nak berniaga ke tak nih? Sampai la ke sudah, ubat pun abis. Kesan belum dapat lagi. Last2, aku berenti begitu saja. Gembira lah jugak sebab dah lepas seksa kehkehkeh. Tapi frust la jugak sebab belum mendapat manfaat daripadanya. Tak lama kemudian, aku terjumpa ejen lain, tapi, masa tu dah tawar hati. Lagi pun, kalau aku sambung, seolah2 misi meyeksa diri pulak. Biar lah aku cari makanan tambahan lain yang lebih throat friendly hehehe.

Tak lama kemudian, aku cuba balik gamogen. Tapi, tak sampai sebotol, badan aku gatal2. Tiba2 lak alah pada gamat. Bukan aku sorang, encik hairul pun sama sebab kami makan sama2. Jadi, tak dapat lah aku teruskan dengan gamogen.

Sekarang, aku tengah makan something, tapi tak perlu lah aku war2kan di sini sekarang. Tunggu je lah testimoni aku nanti, kalau2 dah berkesan. Setakat ni, belum ada apa2. Cuma aku dah demam selesema, pening dan sakit2 badan sejak memakannya. Mungkin kesan daripada kerja kuat makanan itu yang sedang membaik pulih sistem pertahanan badan ku. Harap2 tak lama la. Tak larat dah. Bukan apa, bila aku pening2, loya2, orang dah tanya2, Malas nak layan. Tak boleh aku nak sakit2 sikit, membersihkan dosa. Biasa ar demam2, pening2, loya2. Kalau ya, pon, ado ko kesah?



3 komen:

Tok Rimau said...

Thanks kerna audit kira-kira Tok.

AyunasiA said...

tok: ehehe silap kat formula excel je tu kot.

Keon said...

Ok la ubat ni...semakin ok ja aku mkn...