Tuesday 20 April 2010

Kualiti Air


Sangat teruk! Tapi, aku, takde lah terkejut. Masa awal2 aku duk bp ni, macam ni lah kekdahnya kualiti airnya. Sebijik, tak kurang sebijik pun. Dah lah masa tu aku baru pindah dari ganu kan. Air paip kat sana, kalau di minum, terasa manis lagik. Tetiba dok bp, hmph! Tapi kami ada sumber alternatif. Masa tu aku dok bukit perdana, so, senang dapatkan air bukit. Cuma, bila mandi tu, terasa lah tak best. Melekit2.

Tetapi, selepas peristiwa banjir besar yang melanda pada tahun 2006 & 2007, tanpa ku sedari, kualiti air sudah seperti normal. Kot lah pernah normal sebelum tu hehe. Yang penting, tidak seteruk sebelum itu la. A'ah ek? Tak perasan pon. Kalau orang tak cakap, aku pun tak terfikir yang air dah macam biasa. Biasa la. Kita akan menghargai sesuatu itu apabila ia sudah pergi. Oh, air yang bersih ku!

Dan situasi air tak sedap itu berulang kembali sejak musim kemarau baru2 ini. Bayang kan, time mandi, gosok gigi, pon boleh rasa kelainan rasa air paip tuh. Takyah bayang la air minuman. Loya tekak. Jangankan diamond, ko kasik penapis air jenama apa pon takde maknanya air tu jadi sedap.

Bukan setakat rasa, peralatan di rumah juga turut mendapat kesannya. Penapis pinggan pon dah mula karat2. Bila dah karat, letak sudu pun sudu menerima kesan karat. Sinki pon dah kuning2. Memang la dia tak karat, cuma air yang karat meninggalkan kesan karat pada peralatan stainless steel. Kalau stainless steel pon bleh stain? Camno?

Jadi, sejak water rationing itu ari, kami dah tak minum air dari paip. Terpaksa lah beli air mineral kat kedai. Kalau pergi kedai makan, tak boleh order air2 yang jernih. Nak kalo, beli air susu. Tak pon air limau ker. Baru lah tak rasa lain macam. Kalau air teh o ke, sirap ke, hmppp baik tak payah la. Ada kedai tu, siap tak ambik order teh o lagik.

Ada gak baca kat paper pasal komplen ni. Tapi, katanya, masih di atas standard who. Siapa? Alaaa yang kesihatan sedunia tu. Bila baca berita tu pulak, aku terus teringat cerita erin brockovich. Aku rasa, ada 10 kali kot aku tengok citer tu. Masa aku kursus research methodologi pon derang siap tayang citer tu. Kira macam salah satu kekdah research ar gitu. Yang aku takut, kalau2 kes macam citer tu terjadi kepada kami, penduduk bp. Uhuksss. Amit2.

0 komen: